KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menonton persembahan Teater Perdana 'Haji Murat' yang dipentaskan selama empat hari di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di sini bermula malam ini.
Pementasan teater berdasarkan dari novella penting dan karya terakhir sasterawan ulung Rusia Leo Tolstoy itu turut dihadiri isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan tiga orang cucu mereka.
Turut hadir Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh dan Sasterawan Negara Datuk Dr Anwar Ridhwan.
Karya yang berasal daripada novel pendek tulisan Tolstoy itu diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh penggiat sastera dunia Dr Victor Pogadaev dan disunting Dr Anwar, sebelum diterbitkan DBP pada 2001.
Perdana Menteri dalam ucapannya berkata novel itu dianggap antara karya penceritaan yang terindah dan terbaik di dunia dan perlu dihebahkan dengan lebih meluas.
"Saya fikir perlu untuk ajak anak-anak muda lihat kekuatan novel pendek yang dianggap seperti saya sebut antara karya penceritaan yang terindah dan terbaik di dunia.
"Saya masih belum mengerti mengapa di dunia barat ini tidak terlalu dihebahkan?. Kita tak payah tunggu mereka, biar kita hebahkan tentang manfaat perjuangan ini dan karya sastera yang luar biasa," katanya.
Sementara itu, Dr Anwar berkata skrip drama pentas itu telah disiapkan 23 tahun lalu dan dapat dipentaskan sempena Ulang Tahun ke-68 DBP.
"Karya pada malam ini terasa kehebatan kerana novelnya mengandungi pemikiran luar biasa tentang perjuangan dan pengorbanan, yang berkuasa dan yang dikuasai, mengandungi emosi yang mengguris hati," katanya sambil merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan drama itu.
Karya berkenaan yang mengangkat tema jihad dan perjuangan bangsa ditulis berdasarkan kisah benar yang berlaku pada 1851, melibatkan pejuang Chechen bernama Haji Murat yang membentuk perikatan dengan Rusia yang pernah ditentangnya, kerana ingin membalas dendam.
Novella itu yang mengisahkan penaklukan empayar Rusia ke atas warga Muslim di wilayah Dagestan, Kaukasus Utara, dibawa Perdana Menteri ketika mengajar di Amerika Syarikat sebelum ini, di saat ramai ketika itu membicarakan soal Islamofobia dan terorisme pasca serangan 9/11.
Pementasan Teater Perdana Haji Murat yang diarahkan A Wahab Hamzah dan diuruskan Badan Budaya DBP itu melibatkan sekitar 100 pelakon termasuk nama-nama gah dalam seni teater seperti Che Kem, Dr Rusdeen Suboh dan Ard Omar.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 26 2024

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar bersama para pelakon teater ‘Haji Murat’ pada pementasan perdananya di Balai Budaya Tun Syed Nasir Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka hari ini. - Foto BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Pementasan naskhah agung Sulalatus Salatin langkah berani - JKKN
Pementasan karya agung itu juga membuka peluang kepada golongan muda menghayati naskhah hebat dalam bentuk yang lebih mudah difahami.

PM luang masa tonton pementasan teater Sirih Bertepuk, Pinang Menari
Teater itu diangkat daripada karya Sasterawan Negara Datuk Noordin Hassan bertujuan memartabatkan seni, budaya, bahasa dan sastera kebangsaan.

'Tok Janggut 13 Liang' wajar dipertimbang ke layar perak
Kisah perjuangan 'Tok Janggut' wajar dipertimbangkan untuk diangkat ke layar perak kerana mempunyai mesej perjuangan pahlawan Melayu.

PM Anwar luang masa tonton pementasan teater Haji Murat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menonton persembahan Teater Perdana 'Haji Murat' yang dipentaskan selama empat hari di Balai Budaya Tun Syed Nasir.

Pementasan OlaBola kembali, rai pembukaan semula industri kreatif
Tiara juga melihat pementasan OlaBola kali ini sebagai petanda baik bagi industri seni kreatif yang suram susulan pandemik COVID-19.

Teater muzikal Moyang Salleh suntik semangat patriotik
Pementasan teater muzikal Moyang Salleh dijadualkan berlangsung selama tiga hari mulai 23 Sept di Auditorium Raja Melewar Kompleks JKKNN.

'Muzikal Moyang Salleh' teater pertama dipentaskan di Istana Budaya tahun ini
'Muzikal Moyang Salleh,' yang dijadualkan pada hujung Ogos ini, merupakan teater pertama yang akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya tahun ini.

Sarah Jessica Parker dikesan positif COVID-19, persembahan teater dibatal
Sarah Jessica Parker dikesan positif COVID-19, lagi persembahan teater ditangguh

Teater "Night, Mother" bukan sekadar selami isu kesihatan mental
Teater ini akan dipentaskan di sebuah venue teater baru, PJPac di One Utama mulai 6 hingga 16 Januari 2022.

Intai dari lubang... Teater Jepun tawarkan pengalaman baharu
Moonlight Mobile Theatre memperkenalkan cara baharu untuk membawa penonton kembali ke persembahan avant-garde mereka dengan mematuhi penjarakan fizikal.