SEREMBAN: Pementasan teater 'Moyang Salleh' yang memaparkan perjuangan pahlawan Negeri Sembilan dalam memperjuangkan kedaulatan Jelebu satu ketika dahulu, diharap dapat menyuntik semangat patriotik dalam kalangan masyarakat.
Pementasan teater muzikal Moyang Salleh yang dihasilkan oleh Karyawan Negeri Sembilan dengan kerjasama Badan Kebajikan Ahsan Undang Luak Jelebu itu dijadualkan berlangsung selama tiga hari mulai 23 Sept ini di Auditorium Raja Melewar Kompleks JKKNNS.
Penerbitnya Siti Salbiah Zahari berkata beliau berpandangan persembahan teater yang memaparkan sejarah, seni dan budaya masyarakat Melayu Negeri Sembilan itu perlu dihayati generasi muda, yang mungkin sudah melupakan sejarah itu.
"Fokus teater ini adalah bagi menerapkan jati diri yang tinggi kepada masyarakat dan rasa sayang kepada negara, selain tidak ingin golongan belia terus melupakan sejarah negeri ini, mungkin juga ramai yang tidak biasa dengan cerita Moyang Salleh.
"Jadi sebab itu kita bawa ia ke teater, lebih-lebih lagi di bulan kemerdekaan ini, kita mahu semangat patriotik itu membara dalam diri. Pelbagai program dan kempen dibuat kerajaan untuk semarakkan kemerdekaan, ini adalah usaha kecil kami untuk sama-sama membantu," katanya kepada Bernama pada Ahad.
Beliau berkata pihaknya sangat menitikberatkan fakta yang tepat dalam mementaskan teater itu, termasuk merujuk sumber daripada Undang Luak Jelebu dan pengkaji akademik Moyang Salleh selain mengambil lapan bulan menyiapkan skrip tulisan Subroto Katimin itu.
Anak jati Kuala Pilah itu berkata meskipun isu kewangan antara kekangan terbesar, namun dengan pelbagai bantuan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sembilan (JKKNNS) seperti lokasi, teknikal dan kostum, teater itu berjaya dihasilkan.
"Penaja mungkin kurang yakin bahawa pementasan teater adalah medium penyampai maklumat yang hebat, lebih-lebih lagi kos menghasilkannya kira-kira RM1.6 juta, kerana kita ada produksi yang ramai untuk beri impak berkesan," katanya dan menambah bercadang mengangkat teater itu ke filem.
Beliau berkata pementasan teater arahan Pengarah Roslee Mansor itu membabitkan 33 pelakon berdialog termasuk watak Moyang Salleh yang dibawa oleh Datuk Ahmad Tamimi Siregar selain 37 penari profesional serta menampilkan lebih 16 buah lagu yang digubah khas.
Lebih menarik lagi, Siti Salbiah berkata pementasan teater muzikal ini menggunakan 90 peratus loghat Negeri Sembilan kecuali bagi watak sultan, pembesar dan pengawal Johor sekali gus membawa penonton 'menyelami' setiap babak dengan berkesan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 21 2022
Pementasan teater muzikal ini menggunakan 90 peratus loghat Negeri Sembilan. - Foto Facebook/Muzikal Moyang Salleh
Rumah terbakar, sambutan Tahun Baharu Cina empat sekeluarga bertukar suram
Kegembiraan menyambut Tahun Baharu Cina bagi empat sekeluarga bertukar duka apabila kediaman dihuni mereka di Hulu Langat, pagi tadi.
Ratusan peminat sambut kedatangan Lionel Messi di Peru
Ratusan peminat bola sepak menyambut bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi, di ibu kota Peru, Lima, pada Selasa.
Al-Hilal kena bayar Neymar RM175 juta
Neymar tidak meninggalkan Al-Hilal dengan tangan kosong apabila dilaporkan kelab itu perlu membayar pampasan sekitar 38.33 juta euro kepada pemain itu.
JPJ keluar 1,968 saman menerusi OP TBC 2025
Pengarah JPJ Terengganu Zamri Samion berkata saman itu hasil pemeriksaan terhadap 19,597 kenderaan termasuk motosikal, kereta, lori, bas dan lain-lain kenderaan persendirian.
JPJ kesan masih ada pemandu bas ambil dadah
Jalan (JPJ) dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) melaksanakan ujian saringan air kencing terhadap pemandu bas di seluruh negara bagi mempertingkat pematuhan sepanjang tempoh Op Khas Tahun Baharu Cina (TBC) 2025.
Perkembangan terkini di Sarawak
Operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit di Miri, Sarawak sedang giat dijalankan.
Tanah runtuh Miri: Dua lagi mayat ditemukan
Dua lagi mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri telah dijumpai pada pagi Rabu, menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban kepada tiga orang.
Ahmad Zahid meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA
Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA berlangsung meriah dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Masters Thailand: Era baru bermula, gandingan tumpuan Malaysia-Korea Selatan menang aksi sulung
Gandingan terbaharu di antara pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Goh V Shem dan pemain Korea Selatan, Choi Sol Gyu, menampilkan aksi positif.
AWANI Ringkas: Ujian air kencing ke atas pemandu bas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Teater muzikal Moyang Salleh suntik semangat patriotik
Pementasan teater muzikal Moyang Salleh dijadualkan berlangsung selama tiga hari mulai 23 Sept di Auditorium Raja Melewar Kompleks JKKNN.