KUALA LUMPUR: 'Muzikal Moyang Salleh,' yang dijadualkan pada hujung Ogos ini, merupakan teater pertama yang akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya tahun ini.
Pementasan teater muzikal itu adalah berdasarkan legenda figura seorang pemimpin bernama Moyang Salleh yang mengetengahkan konsep perjuangan, pengorbanan, seni dan budaya masyarakat Melayu Negeri Sembilan suatu ketika dahulu.
Undang Luak Jelebu Datuk Maarof Mat Rashad menjadi Penaung Diraja Kehormat bagi teater muzikal itu manakala Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri sebagai Penaung Kehormat.
Teater muzikal arahan Roslee Mansor dan terbitan Siti Salbiah Zahari itu dibintangi barisan pelakon terkemuka tanah air seperti Datuk Ahmad Tarmimi Siregar serta Khir Rahman.
Berdurasi sejam 45 minit, pementasan teater Muzikal Moyang Salleh akan bermula pada 26 Ogos dan berakhir pada 31 Ogos dari 8.45 malam hingga 10.30 malam.
Tiket bagi menyaksikan teater muzikal itu akan mula dijual minggu depan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 11 2022
Pementasan teater Muzikal Moyang Salleh akan bermula pada 26 Ogos dan berakhir pada 31 Ogos. - Foto Facebook/Muzikal Moyang Salleh
Lima tentera India maut selepas kenderaan terjunam dalam gaung di Kashmir
Sekurang-kurangnya lima tentera India maut manakala lima lagi cedera selepas kenderaan mereka terjatuh ke dalam gaung.
Jual saham MAHB: Langkah tidak adil, bertentangan kepentingan negara - Hamzah
MAHB merupakan aset strategik negara yang penting dan perlu kekal sebagai syarikat awam tersenarai di Bursa Malaysia.
AWANI Pagi: Penyelidikan bencana berasaskan komuniti
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama Editor Kanan Nazri Kahar menemubual Prof Dr Syamsidik, Profesor Kejuruteraan Hidraulik, Pusat Studi Tsunami Dan Mitigasi Bencana (TDMRC), Universitas Syiah Kuala mengenai proses pemulihan pasca tsunami 2004 menggunakan pendekatan pengurusan bencana berasaskan komuniti sehingga menjadikan Aceh sebuah makmal hidup (living lab) terbaik pernah disaksikan selepas berlakunya tsunami dua dekad lalu.
Van Nistelrooy anggap sokongan peminat Manchester United di Malaysia seperti di Old Trafford
Pengendali Leicester City itu berasa kagum melihat peminat The Red Devils di Kuala Lumpur.
Kerajaan mulakan kajian semula antilambakan ke atas import besi
Pemulaan kajian semula pentadbiran ini adalah berdasarkan permohonan daripada Mycron Steel CRC Sdn. Bhd.
Halal Business: Scaling success without sacrificing ethics
Southeast Asia's startup ecosystem is booming, but a shift is underway. While traditional models priorities rapid scaling and revenue growth, a new wave of entrepreneurs is focused on building ethical, sustainable business that align with community values, especially halal principles. Discover how startups can balance revenue pressures with ethical integrity and understanding the role of accelerator program in guiding these ventures and local dynamics that can support businesses grow sustainably with Managing Partner, HASAN.VC, Umar Munshi.
Lelaki maut kereta terbabas langgar tiang lampu
Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam nahas melibatkan empat kenderaan di Kilometer 12.1 Jalan Permas.
Agong, Permaisuri ucap Selamat Hari Krismas
Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Krismas.
Lebih 5,000 pekerja Starbucks di AS mogok, libat 300 kedai
Kesatuan pekerja mendakwa lebih 290 kedai "ditutup sepenuhnya" dan lebih 300 kedai melancarkan mogok di 45 negeri.
Tinjauan 2025: Peranan aktif belia mencorak dasar ekonomi, sosial
Menurut United Nations Youth Office, 1.9 bilion belia berusia 10 hingga 24 tahun, ini merupakan generasi belia terbesar dalam sejarah, memberi peluang besar untuk mereka memimpin perubahan. Namun, suara mereka sering terpinggir, dengan kurang dari 3 peratus penggubal dasar berusia bawah 30 tahun dan kurang dari 1 peratus wanita muda dalam politik. Dalam konteks ini, bagaimana Malaysia boleh mengambil pendekatan proaktif bagi memperkasa belia untuk memainkan peranan penting dalam membentuk dasar ekonomi dan sosial negara?
'Muzikal Moyang Salleh' teater pertama dipentaskan di Istana Budaya tahun ini
'Muzikal Moyang Salleh,' yang dijadualkan pada hujung Ogos ini, merupakan teater pertama yang akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya tahun ini.