KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual akan meneruskan siri lawatan ke Sabah pada Sabtu dengan menghadiri sesi taklimat pembangunan negeri serta majlis berbuka puasa bersama rakyat di Tuaran.

Lawatan kerja Anwar ke Sabah pada petang akan dimulakan dengan sesi taklimat pembangunan negeri yang berlangsung di Pejabat Daerah Tuaran.

Sesi tersebut dijangka akan dihadiri oleh kepimpinan negeri, pegawai kerajaan, serta wakil-wakil industri bagi membincangkan hala tuju pembangunan ekonomi dan infrastruktur di Sabah.

Selepas sesi taklimat, Anwar dijadual berangkat ke Padang Istiadat Tuaran bagi menghadiri Majlis Berbuka Puasa Madani peringkat negeri Sabah.

Majlis akan turut dihadiri oleh pemimpin negeri, masyarakat setempat sekitar Tuaran.