Depardieu yang merupakan nama besar dalam dunia perfileman Perancis, berdepan banyak dakwaan serangan seksual sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Namun begitu, Depardieu yang berusia 76 tahun secara konsisten menafikan sebarang salah laku dan perbicaraan ini akan menjadi kes pertama beliau akan dibicarakan.
Wakil kumpulan memperjuangkan hak wanita, Sophie Barre, memberitahu pergerakan #MeToo membuka ruang untuk perbicaraan terhadap kes ini.
"Sudah tentu, #MeToo telah membawa kemajuan yang tidak dapat dinafikan dalam hal ini. Ya, terdapat pembebasan suara (mangsa), dan kita dapat melihat bahawa sebahagian besar masyarakat Perancis telah menyedari skala keganasan seksual," katanya.
Namun, beliau berkata, masih sukar bagi mangsa untuk melalui proses kehakiman terhadap lelaki yang berpengaruh terutama dari segi kewangan, dengan mendapatkan khidmat peguam mahal selama berbulan-bulan atau bahkan bertahun-tahun.
Peguam Depardieu, Jeremie Assous, berkata kes itu berdasarkan tuduhan palsu terhadap anak guamnya, dan menambah bintang filem itu dijangka menghadiri perbicaraan dua hari selepas pendengaran awal ditangguhkan kerana kesihatannya yang merosot.
Pendakwa raya berkata serangan itu berlaku semasa penggambaran pada tahun 2021 filem Les Volets Verts (The Green Shutters).
Serangan didakwa dilakukan ketika Depardieu sedang dalam siasatan rasmi atas tuduhan merogol seorang pelakon muda pada tahun 2018.
