KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lokaliti di Negeri Sembilan, Kelantan dan Sabah.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob arahan itu akan mula berkuat kuasa pada 2 Julai sehingga 15 Julai depan.

PKPD Penjara Jelebu (kecuali Blok Muhasabah yang menempatkan tahanan PTP) dan Kuarters Kakitangan, Jelebu, Negeri Sembilan

- 793 ujian saringan dilakukan, 132 daripadanya dikesan positif COVID-19
- Kes positif melibatkan tahanan, kakitangan penjara dan ahli keluarga
- Bertujuan menyekat pergerakan dan penularan jangkitan dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti

PKPD Kampung Pangkal Jetas, Machang, Kelantan

- Trend kes harian meningkat, 172 penduduk disaring dan 28 kes dikesan positif COVID-19
- Bertujuan mengelak penularan ke dalam komuniti bersebelahan
- Memudahkan KKM menjalankan aktiviti mengesan kontak rapat

PKPD Taman Public, Kota Kinabalu, Sabah

- 16 ujian saringan, sembilan daripadanya direkodkan positif COVID-19
- Kadar positiviti 56.25 peratus
- Memastikan penduduk yang berisiko dijangkiti COVID-19 kekal berada dalam kawasan

Pelanjutan PKPD Kampung Landung Ayang, Kudat, Sabah

- 935 ujian saringan, 89 daripadanya disahkan positif COVID-19
- Penularan masih berlaku dalam komuniti, terdapat kes baharu direkodkan di lokaliti tersebut
- PKPD dilanjutkan sehingga 15 Julai 2021

Sementara itu, empat lokaliti di Sabah dan satu di Sarawak yang dilaksanakan PKPD sebelum ini diisytihar tamat pada 1 Julai 2021 jam 11.59 malam.

Berikut lima lokaliti tersebut:

1. PKPD Kampung Bukit Gemuk, Tawau, Sabah
2. PKPD Kampung Tanjung Batu Keramat, Tawau, Sabah
3. PKPD Perumahan Etara, Jalan Agaseh, Lahad Datu, Sabah
4. PKPD Taman Lavender, Kudat, Sabah
5. PKPD Kampung Serikin, Bau, Kuching, Sarawak