Presiden Indonesia Joko Widodo, atau Jokowi, mengharapkan kerjasama dari Sabah dan Sarawak berhubung keputusan kerajaannya memindahkan pusat pentadbiran dari Jakarta ke Kalimantan.
Dalam temubual eksklusif bersama Editor Astro AWANI Rizal Zukapli di Istana Negara, Jakarta baru-baru ini, Jokowi berkata, kajian yang dibuat memperlihatkan keputusan itu antara lainnya akan meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi di Kalimantan.
Dan beberapa pemerhati melihat ia juga akan sedikit sebanyak menyebabkan limpahan kemakmuran ekonomi kepada jirannya di Kalimantan, iaitu Sabah dan Sarawak.
“Ya, jadi memang sudah kita putuskan, pindahnya ke Kalimantan, tapi di mana..belum tentu. Apakah Kalimantan Timur, Kalimantan Selatan atau Kalimantan Tengah? Insha Allah nanti di bulan Ogos ini, kita umumkan di sini (Jakarta).
“Kalau kita pindah ke Kalimantan kita harapkan nanti juga ada pemerataan jumlah penduduk, dan kita berharap juga dengan Sabah, dengan Sarawak nanti ada kerjasama kerana juga caranya tidak jauh dalam satu pulau,” katanya dalam temubual eksklusif itu.
Menerangkan lebih lanjut, Jokowi berkata, keputusan itu dirasakan perlu memandangkan beberapa masalah sedang dihadapi Jakarta sekarang, antaranya - ketepuan dalam soal pembangunan, isu kesesakan jalan raya, dan bencana alam sekitar.
Selain itu, kota metropolitan yang menempatkan sekitar 10 juta penduduk itu, turut mengalami tahap tenggelam paling pantas di dunia, iaitu sekitar 1-15sm setahun, dan ada di antara kawasan terjejas dengan 25sm setahun.
Dalam temubual itu, Jokowi turut ditanyakan tempoh masa yang diperlukan untuk merealisasikan keputusan perpindahan itu.
“Target kita selesai lima tahun. Tetapi untuk pengembangannya pasti perlulah 10 tahun, 15 tahun atau 20 tahun. Tetapi lima tahun itu harus kita selesaikan dan kita bisa pindah untuk step pertama,” ujarnya lagi.
Firdaus Azil
Thu Aug 08 2019
Presiden Indonesia Joko Widodo akan mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia bermula hari ini yang dijangka mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang sedia akrab antara Malaysia dan Indonesia. - Gambar fail
Insiden cederakan peguam: Polis tahan 22 individu, empat didakwa
Polis menahan 22 lelaki termasuk suspek utama bagi membantu siasatan berhubung insiden menyerang seorang peguam sehingga cedera.
Fazzrudin gesa Chong minta DAP pusat selesaikan isu agihan gas
Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Datuk Fazzrudin Abdul Rahman mahu Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen menggunakan hubungan dengan pemimpin DAP persekutuan jika ikhlas mahu menyelesaikan isu berkaitan pertikaian pengagihan gas untuk Sarawak.
Wanita dipedaya pempengaruh media sosial, rugi hampir RM9,000
Seorang wanita di Sibu kerugian hampir RM9 ribu selepas terpedaya dengan taktik jualan pakaian oleh seorang pempengaruh tempatan dan ejen jualan sebuah syarikat jualan langsung.
Sarawak antara penyumbang eksport utama bagi November 2024
Sarawak menyumbang 7.9 peratus eksport negara sekaligus menjadi antara lima negeri yang mendominasi eksport Malaysia bagi bulan November.
Jasad nelayan ditemui terapung selepas 48 jam hilang
Mayat Jolkepli Hamidi, 60 tahun, ditemui selepas 48 jam hilang selepas terjatuh daripada bot di Sungai Kelaoh, Lundu pada pagi Jumaat.
Bapa mengaku tidak bersalah cederakan anak dengan lilit leher, lambung ke katil
Seorang lelaki warga Mesir mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan melilit leher anak lelakinya dengan kabel telefon dan melambung anak perempuannya ke atas katil.
Beri insentif kepada operator kenderaan berat adaptasi teknologi keselamatan - Penyelidik MIROS
Operator kenderaan berat dalam negara wajar diberikan insentif untuk menggalakkan adaptasi teknologi keselamatan bagi mengurangkan risiko kemalangan.
Melaka umum dua Bantuan Khas Kewangan minimum RM2,600 untuk penjawat awam
Kerajaan Negeri Melaka mengumumkan dua Bantuan Khas Kewangan untuk penjawat awam di negeri ini, hari ini.
Pantau Agenda Reformasi: Lori pencabut nyawa, apa tindakan keselamatan?
Ikuti ulasan Pegawai Penyelidik, Unit Kenderaan Dagangan (CVU), Pusat Keselamatan Kenderaan dan Biomekanik (VSB), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Ts. Ahmad Saife Salleh, mengenai tindakan yang wajar diambil untuk menjamin keselamatan pengguna jalan raya daripada nahas akibat kenderaan berat yang tidak mengikut piawaian keselamatan pihak berkuasa.
Sebatan di khalayak: Perlu pendekatan harmoni peruntukan undang-undang sivil, syariah - KP IKIM
IKIM akan menganjurkan sidang meja bulat tertutup bagi membincangkan beberapa isu berbangkit termasuk pelaksanaan hukuman sebatan syariah di khalayak ramai di Terengganu.
Perdana Menteri Jepun Ishiba lawat Malaysia, Indonesia 9-12 Januari
Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dan Indonesia dari 9 hingga 12 Jan untuk memperkukuh kerjasama dengan negara Asia Tenggara.
Thaksin ada jaringan meluas, mampu bantu ASEAN berdepan isu serantau - PM Anwar
Pelantikan bekas Perdana Menteri Thailand, Dr Thaksin Shinawatra sebagai penasihat tidak rasmi kepada Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 dalam usaha melonjak ekonomi dan perkembangan teknologi baharu.
Anwar ucap selamat ulang tahun kepada Ramos-Horta
Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
GMS penting untuk pemusatan ASEAN, kata ahli akademik
GMS yang dimulakan oleh Bank Pembangunan Asia pada 1992, terdiri daripada Kemboja, Laos, Myanmar, Thailand, Vietnam serta wilayah Yunnan dan Guangxi di China.
Kepengerusan ASEAN: MAHB tingkat sistem pengurusan operasi, keselamatan lapangan terbang
MAHB akan meningkatkan kemudahan infrastruktur, sistem pengurusan operasi dan tahap keselamatan di lapangan terbang.
Ringgit ditutup tinggi mendapat rangsangan daripada kenaikan harga minyak
Ringgit mengekalkan trajektori menaiknya untuk ditutup tinggi hari ini berbanding dolar AS dan beberapa mata wang utama lain, mendapat rangsangan terutamanya daripada kenaikan harga minyak.
Indonesia komited percepat tubuh pusat kawalan jerebu rentas sempadan
Hanif berkata pengoperasian pusat penyelarasan itu tertangguh kerana menunggu pemeteraian perjanjian oleh Thailand, Vietnam dan Filipina.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit mencatat pemulihan kukuh apabila ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS pada Isnin berikutan kenaikan harga komoditi dan bacaan inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah.
Prabowo demam, mohon pertemuan dengan Anwar ditangguh
Anwar menerusi perkongsian di laman media sosialnya berkata, Prabowo memohon untuk menangguhkan pertemuan tersebut kerana mengalami demam.
Malaysia akan sesuaikan diri dengan era Trump, kata Anwar
Anwar menegaskan kepentingan AS sebagai pelabur kumulatif utama Malaysia, di samping kuasa besar global lain seperti China dan Jerman.