KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) sedia bekerjasama dengan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) mengenai kajian mereka berhubung dokumen yang dikeluarkan jurutera aeronautik Britain, Richard Godfrey yang mendakwa terdapat petunjuk baharu dalam mengenal pasti lokasi pesawat MH370 yang hilang.
Menurut MOT dalam kenyataan hari ini, kementerian mengambil maklum ATSB sedang meneliti data baharu yang dikeluarkan Godfrey namun tidak boleh mengulas secara terperinci tentang kesahihan penilaian itu tanpa semakan dan pengesahan pihak ketiga.
"Sebarang perbincangan lanjut akan diadakan dengan Kerajaan China dan Australia berdasarkan bukti yang boleh dipercayai, yang mungkin membawa kepada pencarian baharu bagi pesawat yang hilang MH370.
"MOT bersimpati kepada ahli keluarga mangsa serta berpandangan bahawa sebarang bukti baharu yang boleh dipercayai yang mungkin membawa kepada penemuan lokasi pesawat MH370 perlu dipertimbangkan dan diteliti sewajarnya," katanya dalam kenyataan itu.
ATSB sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya telah meminta pihak ketiga untuk menyemak data yang diperoleh daripada carian untuk mengesahkan semula bahawa tiada item yang menarik dikesan dalam carian sebelumnya berdasarkan dokumen Godfrey, 'MH370 Flight Path'.
Menurut ATSB lagi, penemuan semakan itu dijangka dikeluarkan dalam beberapa minggu lagi dan menyatakan bahawa sebarang keputusan untuk menjalankan pencarian lanjut pesawat MH370 akan menjadi urusan kerajaan Malaysia dan ATSB tidak mengetahui sebarang permintaan untuk menyokong pencarian baru untuk pesawat yang hilang itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 18 2022

Sebarang perbincangan lanjut akan diadakan dengan Kerajaan China dan Australia berdasarkan bukti yang boleh dipercayai. - Gambar fail

Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir 6 jam, dipanggil semula Isnin ini
Ismail Sabri Ykeluar dari ibu pejabat SPRM pada jam 5.42 petang selepas selesai memberi keterangan hampir enam jam pada Jumaat.
Kuih tradisional nekbat jadi pilihan ketika berbuka puasa
Kuih tradisional nekbat sentiasa dinanti dan menjadi pilihan ramai, khususnya pada bulan Ramadan.

Jumlah kes HFMD di Terengganu meningkat
Terengganu merekodkan 533 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dalam tempoh 1 Jan hingga 8 Mac lepas.
Usaha berterusan mampu penuhi keperluan 60,000 jurutera
Malaysia berkemampuan melahirkan graduan untuk memenuhi keperluan 60,000 jurutera mahir.
Dua rakan bebas hukuman gantung sampai mati
Pesuruhjaya Kehakiman, Kan Weng Hin menyatakan dalam penghakiman pihak pendakwaan gagal membuktikan hubungan antara bot menyimpan dadah dengan kedua-dua tertuduh dan bot itu boleh juga diakses orang lain.

Dua rakan terlepas hukuman mati, dibebaskan tuduhan edar dadah
Dua lelaki yang berdepan pertuduhan mengedar lebih 32.15 kilogram dadah lima tahun lepas, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi.

Krisis kebuluran di kem Zamzam, Sudan semakin meruncing
Keluarga yang kelaparan di sebuah kem yang dilanda kebuluran di barat Sudan terpaksa memakan makanan ternakan, menurut petugas kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis.

'Syukur Alhamdulillah' - Faisal Halim teruja kembali sarung jersi kebangsaan
Penyerang Harimau Malaya, Faisal Halim, mendedahkan kegembiraan apabila namanya kembali tersenarai dalam skuad kebangsaan menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Nepal.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu Mahkamah Tinggi dia tidak nampak mangsa dibelasah beramai-ramai.

'Zarul Solo' samun kedai emas ditahan
Polis menahan seorang penganggur digelar 'Zarul Solo' yang dipercayai terbabit dalam kes samun barang kemas melibatkan kerugian RM12,000 di sebuah kedai emas di Taman Paya Rumput Utama, Melaka.

MH370: 11 tahun berlalu, mungkinkah misteri terungkai?
Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China.

Malaysia komited teruskan usaha pencarian MH370 - MOT
Meskipun sudah 11 tahun berlalu, ia tidak mengurangkan rasa duka dan ketidakpastian kepada waris penumpang dan kru pesawat MH370.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 25 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kementerian Pengangkutan sokong usaha Ocean Infinity cari semula MH370 di Lautan Hindi
Kementerian Pengangkutan menyatakan sokongan penuh terhadap langkah proaktif Ocean Infinity dalam menggerakkan kapal sokongan laut dalam di Lautan Hindi bagi meneruskan pencarian MH370.

Pencarian terbaru Ocean Infinity untuk MH370: Keluarga ikuti melalui laman web khas
Keluarga penumpang MH370, yang hilang dalam perjalanan ke Beijing hampir 11 tahun lepas, kini mengikuti pencarian terbaru bagi kehilangan misteri tersebut melalui laman web khas.

Pencarian baharu MH370 bermula di Lautan Hindi
Misi pencarian baharu pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang 11 tahun lalu telah dimulakan di Lautan Hindi.

Kerajaan sedia beri kerjasama jika usaha pencarian MH370 membuahkan hasil - PM Anwar
Anwar berkata kerajaan perlu mengimbangi keperluan mencari pesawat tersebut, tetapi pada masa sama, memastikan penggunaan dana rakyat dilakukan dengan berhemah.

MH370: Waris penumpang, kru harap pencarian baharu dimulakan segera
Ahli keluarga penumpang dan kru pesawat Malaysia Airlines MH370 menyambut baik usaha pencarian baharu oleh Ocean Infinity di kawasan seluas 15,000 kilometer (km) persegi di selatan Lautan Hindi.

Kabinet setuju secara prinsip teruskan pencarian MH370 dengan Ocean Infinity
Kerajaan bersetuju secara prinsip menerima tawaran syarikat dari United Kingdom, Ocean Infinity untuk meneruskan operasi pencarian dasar laut bagi mengesan bangkai pesawat MH370.