KUALA LUMPUR: Pertukaran tarikh bagi Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa bukan perkara baharu dan pernah berlaku beberapa tahun lepas.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata malangnya, ada pihak cuba mensensasikan perkara ini hingga menimbulkan persepsi yang tidak baik kepada kerajaan.
"Tilawah al-Quran diadakan setiap tahun dan menjadi satu program besar di peringkat negara. Dari semasa ke semasa kita perkukuhkan lagi penganjuran tilawah dalam pelbagai bentuk," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri program World #QuranHour 2024 di Masjid Negara hari ini.
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, berkenan berangkat ke program itu.
Semalam, Zulkifli berkata dakwaan kononnya pertandingan tilawah al-Quran tidak dianjurkan di Malaysia pada tahun ini, adalah tidak benar.
Beliau dilapor berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah menetapkan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan akan diadakan pada 23 hingga 28 Mei ini di Kuantan, Pahang manakala Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa pada 5 hingga 12 Okt.
Kenyataan itu susulan dakwaan yang tular di media sosial terutamanya di Facebook dan Twitter, kononnya Malaysia tidak lagi menganjurkan pertandingan tilawah al-Quran dan hanya fokus kepada penganjuran konsert.
Mengulas kenyataan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang memaklumkan pihaknya mengesan satu hantaran mesej tersusun memburukkan kerajaan, dengan mendakwa tiada pertandingan tilawah al-Quran tahun ini, Zulkifli berkata ruang perlu diberikan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat perkara itu.
"Kami akan terus berikan kefahaman supaya kita dapat pentingkan perpaduan dan hormati satu sama lain," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 04 2024
![Pertukaran tarikh Majlis Tilawah al-Quran bukan perkara baru Pertukaran tarikh Majlis Tilawah al-Quran bukan perkara baru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709376852_TBZULKIFLIHASAN.jpg)
Zulkifli berkata malangnya, ada pihak cuba mensensasikan perkara ini hingga menimbulkan persepsi yang tidak baik kepada kerajaan. - Gambar fail/Bernama
Kinabatangan dilanda banjir terburuk dalam tempoh lapan tahun
Kinabatangan kini berdepan banjir terburuk dalam tempoh lapan tahun, dengan paras air melepasi tahap bahaya dan memaksa penduduk di beberapa kampung berpindah ke pusat pemindahan sementara.
![Canselor Jerman Scholz kecam dasar luar Trump Canselor Jerman Scholz kecam dasar luar Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738553906_TBOlafScholzjp.jpg)
Canselor Jerman Scholz kecam dasar luar Trump
Scholz mengecam cadangan Trump agar bantuan ketenteraan berterusan kepada Ukraine harus dikaitkan dengan akses kepada sumber asli negara itu.
![Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739010550_TBMAJLISBELIA.jpg)
Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM
Anwar menggesa seluruh rakyat supaya jangan sekali-sekali mengizinkan mana-mana pihak untuk merosakkan keamanan negara.
Assalamualaikum RARA tarik lebih ramai pengunjung
Program Assalamualaikum RARA 2025 berlangsung di Murtadha Dakwah Centre (MADAD), di Sungai Petani jadi tarikan menarik ramai pengunjung, hadir ke program anjuran Astro.
![Nilai perpaduan, integriti, keadilan Tunku Abdul Rahman jadi pegangan kemudi Kerajaan MADANI - Anwar Nilai perpaduan, integriti, keadilan Tunku Abdul Rahman jadi pegangan kemudi Kerajaan MADANI - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739009614_anwarrahman.jpg)
Nilai perpaduan, integriti, keadilan Tunku Abdul Rahman jadi pegangan kemudi Kerajaan MADANI - Anwar
Anwar berkata nilai perpaduan, integriti dan keadilan buat semua yang diwariskan Tunku Abdul Rahman menjadi pegangan beliau dalam mengemudi Kerajaan MADANI.
CIMB peruntuk RM3.6 juta buat 9,000 penghuni empat PPR melalui program Santuni MADANI
CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) memperuntukkan RM3.6 juta bagi program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni MADANI) buat lebih 9,000 penghuni PPR sekitar Lembah Klang.
![Kerja 45 jam: KKM adakan libat urus sebelum muktamad, diumumkan masa terdekat - Dzulkefly Kerja 45 jam: KKM adakan libat urus sebelum muktamad, diumumkan masa terdekat - Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739007308_DzulkeflyAhmad.jpg)
Kerja 45 jam: KKM adakan libat urus sebelum muktamad, diumumkan masa terdekat - Dzulkefly
Dr Dzulkefly berkata beliau sendiri telah hadir ke beberapa sesi libat urus bagi mendengar pandangan semua pihak.
![Trump akan umumkan tarif 'timbal balik' selanjutnya minggu depan Trump akan umumkan tarif 'timbal balik' selanjutnya minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738727270_tbDonaldTrump.jpg)
Trump akan umumkan tarif 'timbal balik' selanjutnya minggu depan
Trump merujuk kepada 'perdagangan timbal balik', supaya AS dilayan secara adil dengan negara lain.
![Peruntukan RM18.9 juta bagi transformasi digital di 100 klinik kesihatan tahun ini Peruntukan RM18.9 juta bagi transformasi digital di 100 klinik kesihatan tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739007969_DzulkeflyAhmad.jpg)
Peruntukan RM18.9 juta bagi transformasi digital di 100 klinik kesihatan tahun ini
Transformasi digital itu termasuk pelaksanaan sistem pengurusan digital berasaskan awan (CCMS) di 100 klinik kesihatan (KK) seluruh negara.
![Saingan semakin sengit, Malaysia perlu terus perkasa ekosistem halal - Zahid Saingan semakin sengit, Malaysia perlu terus perkasa ekosistem halal - Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739002734_ZahidHamidi.jpg)
Saingan semakin sengit, Malaysia perlu terus perkasa ekosistem halal - Zahid
Meskipun diiktiraf sebagai peneraju industri halal di peringkat global, Malaysia tidak boleh sekadar berpuas hati dengan pencapaian sedia ada.
![PM Anwar sertai solat jenazah ghaib ke atas Ismail Haniyeh PM Anwar sertai solat jenazah ghaib ke atas Ismail Haniyeh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81722586692_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar sertai solat jenazah ghaib ke atas Ismail Haniyeh
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyertai kira-kira 3,000 jemaah menunaikan solat jenazah ghaib buat Ismail Haniyeh.
![TPM New Zealand kagum reka bentuk, kemudahan Masjid Negara TPM New Zealand kagum reka bentuk, kemudahan Masjid Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717831176_rekabentukkemudaha.jpg)
TPM New Zealand kagum reka bentuk, kemudahan Masjid Negara
Timbalan Perdana Menteri New Zealand, Winston Peters terpesona dengan reka bentuk dan kemudahan yang terdapat di Masjid Negara di sini.
![Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713586798_TBRAZARUDIN.jpg)
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
![Pertukaran tarikh Majlis Tilawah al-Quran bukan perkara baru Pertukaran tarikh Majlis Tilawah al-Quran bukan perkara baru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709376852_TBZULKIFLIHASAN.jpg)
Pertukaran tarikh Majlis Tilawah al-Quran bukan perkara baru
Pertukaran tarikh bagi Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa bukan perkara baharu dan pernah berlaku beberapa tahun lepas.
![Raja Permaisuri Agong berangkat ke World #QuranHour 2024 Raja Permaisuri Agong berangkat ke World #QuranHour 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712214983_ZarithSofiahjpg.jpg)
Raja Permaisuri Agong berangkat ke World #QuranHour 2024
Penganjuran kali kesembilan World #QuranHour dengan tema "Ummah #GrandReset: Kesatuan dan Transformasi Sosial" itu dihadiri kira-kira 4,000 jemaah, mengangkat surah Al-Jumu'ah sebagai surah pilihan.
![Upacara penghormatan Tun Abdul Taib selesai disempurna di Masjid Negara Upacara penghormatan Tun Abdul Taib selesai disempurna di Masjid Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708490875_TBTAIBMAHMUD.jpg)
Upacara penghormatan Tun Abdul Taib selesai disempurna di Masjid Negara
Upacara penghormatan peringkat Semenanjung jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, selesai pada jam 11.30 pagi.
![Solat jenazah Abdul Taib selesai disempurnakan di Masjid Negara Solat jenazah Abdul Taib selesai disempurnakan di Masjid Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708485688_TBtaibmahmud.jpg)
Solat jenazah Abdul Taib selesai disempurnakan di Masjid Negara
Antara yang menyertai solat jenazah itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof dan Ketua Polis Negara, Razarudin Husain.
![Jenazah Tun Abdul Taib Mahmud tiba di Masjid Negara Jenazah Tun Abdul Taib Mahmud tiba di Masjid Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708480816_TBtaibmahmudj.jpg)
Jenazah Tun Abdul Taib Mahmud tiba di Masjid Negara
Jenazah akan dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz Shah, di Subang pada jam 12 tengahari.
![Jakim anjur Program Kerohanian Ambang Tahun Baharu 2024 Jakim anjur Program Kerohanian Ambang Tahun Baharu 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683710345_TBDATUKHAKIMAHMOHDYU.jpg)
Jakim anjur Program Kerohanian Ambang Tahun Baharu 2024
Jakim akan menganjurkan Program Kerohanian Ambang Tahun Baharu 2024 pada Ahad ini di Masjid Negara di Kuala Lumpur serta Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.
![Banjir: Solat hajat di masjid seliaan Jakim malam ini Banjir: Solat hajat di masjid seliaan Jakim malam ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51664882348_solatsolatjenazah.jpg)
Banjir: Solat hajat di masjid seliaan Jakim malam ini
Solat hajat di Masjid Negara di Kuala Lumpur serta Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya akan dimulakan malam ini.