PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) akan menganjurkan Program Kerohanian Ambang Tahun Baharu 2024 pada Ahad ini di Masjid Negara di Kuala Lumpur serta Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini.
Ketua Pengarah Jakim Datuk Hakimah Mohd Yusoff dalam kenyataan hari ini berkata pelbagai aktiviti kerohanian diadakan di masjid yang terlibat sebagai alternatif kepada masyarakat Islam di negara ini yang menjadi kelaziman menyambut tahun baharu masihi.
Beliau berkata antara aktiviti yang dirancang ialah bacaan Surah Yaasin, majlis zikir dan doa selamat di Masjid Negara.
"Di Masjid Putra pula, selain aktiviti bacaan Yaasin, zikir dan doa selamat, akan turut diadakan ceramah khas ambang tahun baharu yang akan disampaikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Prof Madya Dr Luqman Abdullah, serta bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh Naib Johan Qari Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Tahun 2022 Ustaz Aiman Ridhuan.
"Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pula menampilkan program khas Ambang Gema Syukur dengan pengisian Kuliah Maghrib Khas, sesi Tadabbur Surah Al-Mulk dan refleksi," katanya.
Hakimah berkata Program Kerohanian Ambang Tahun Baharu akan diteruskan pada Isnin ini dengan acara Qiamulail Tahun Baharu; Solat Subuh berjemaah; Ceramah Khas Subuh 4 GAZA yang akan disampaikan oleh salah seorang aktivis Palestin Dr Abdelrahman Ibrahim.
Beliau berkata selain itu Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin turut membuka aktiviti gerai jualan yang mana sebahagian hasil jualan akan disumbangankan kepada tabung Palestin.
"Jakim ingin mengajak seluruh lapisan masyarakat hadir beramai-ramai bersama ahli keluarga untuk sama-sama mengimarahkan masjid dengan pelbagai aktiviti kerohanian.
"Di samping bermunajat dan berdoa semoga negara kita dijauhi dari segala musibah, bala bencana dan wabak penyakit, doa juga dipohon agar Palestin diberikan keamanan dari pergolakan yang berpanjangan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 29 2023
![Jakim anjur Program Kerohanian Ambang Tahun Baharu 2024 Jakim anjur Program Kerohanian Ambang Tahun Baharu 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683710345_TBDATUKHAKIMAHMOHDYU.jpg)
Hakimah berkata antara aktiviti yang dirancang ialah bacaan Surah Yaasin, majlis zikir dan doa selamat di Masjid Negara. - Gambar fail/Bernama
Persiapan pentas akhir Gegar Vaganza
Pentas akhir Gegar Vaganza kini tinggal sehari sahaja dan persiapan rapi sedang giat dijalankan.
![PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735575444_NikRosAzhanNikAb.jpg)
PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menggagalkan cubaan menyeludup 80 pokok bonzai kayu hitam di Jalan Kasban, hadapan Pos Pok Teh Kana, Rantau Panjang, menerusi Op Taring Wawasan pada Khamis.
Kementerian ekonomi perlu masa, data perlu tepat
Kerajaan tidak mahu terburu-buru dalam memuktamadkan tangga pendapatan bagi klasifikasi T15.
Statistik pembuangan sisa Malaysia
Sumber: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Majlis Keselamatan Negara (MKN) & SWM Environment.
[TERKINI] Sultan Selangor tidak setuju wujud garis panduan
Sultan Selangor pendirian tegas tidak bersetuju cadangan mewujudkan garis panduan kepada umat Islam yang menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam khususnya di Selangor.
Jangan hina rezeki tong sampah
Bapa yang juga OKU kepada tiga anak, sanggup dipandang hina mencari sisa di tong sampah demi kelangsungan hidup sekeluarga.
Pengguna lebuh raya sambut baik larangan kenderaan berat waktu puncak
Pengguna jalan raya termasuk pemandu lori menyambut baik pelaksanaan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memperluas larangan pergerakan kenderaan berat memasuki lebuh raya pada waktu puncak di beberapa jajaran lebuh raya terpilih di sekitar Lembah Klang bermula pada 19 Feb ini.
Penduduk ambil keputusan berpindah, enggan tanggung risiko
Kediaman yang diduduki sejak enam tahun lalu itu juga berada hampir dengan lereng bukit dan sudah menunjukkan tanda rekahan baharu di lantai dan dinding rumah
Jumlah mangsa di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di PPS kembali meningkat, manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat 4 petang.
![Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738664694_TBAZALINA.jpg)
Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Azalina menjelaskan kenyataan Ahmad Zahid merujuk kepada pendirian Ahli Parlimen blok BN berhubung isu gag order, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(2).
![Tidak perlu garis panduan, umat Islam tahu jaga batas akidah - Anwar Tidak perlu garis panduan, umat Islam tahu jaga batas akidah - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738922827_AnwarIbrahim.jpg)
Tidak perlu garis panduan, umat Islam tahu jaga batas akidah - Anwar
Tidak perlu garis panduan tertentu untuk umat Islam berkunjung ke rumah ibadat bukan Islam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Garis panduan Muslim hadiri majlis perayaan bukan Islam dimuktamad hujung bulan ini Garis panduan Muslim hadiri majlis perayaan bukan Islam dimuktamad hujung bulan ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738751064_DatukMohdNaimMok.jpg)
Garis panduan Muslim hadiri majlis perayaan bukan Islam dimuktamad hujung bulan ini
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kini sedang memuktamadkan satu garis panduan mengenai penglibatan orang Islam dalam sambutan perayaan agama lain.
![JAKIM berhak tarik balik sijil halal jika terdapat ketidakpatuhan JAKIM berhak tarik balik sijil halal jika terdapat ketidakpatuhan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738747260_CawanganEmart.jpg)
JAKIM berhak tarik balik sijil halal jika terdapat ketidakpatuhan
Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) mempunyai kuasa untuk menarik balik pensijilan halal yang diberikan kepada syarikat dan peniaga pada bila-bila masa sekiranya berlaku sebarang ketidakpatuhan.
![Dakwa paksa peluk Islam, Jakim seru pengamal media hormati sensitiviti masyarakat tempatan Dakwa paksa peluk Islam, Jakim seru pengamal media hormati sensitiviti masyarakat tempatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712831684_jakim.jpg)
Dakwa paksa peluk Islam, Jakim seru pengamal media hormati sensitiviti masyarakat tempatan
Pengamal media perlu sentiasa menghormati sensitiviti budaya, agama dan Perlembagaan Persekutuan dalam melaporkan sebarang isu yang melibatkan masyarakat tempatan.
![Syarikat pembekal sandwic kontroversi dakwa bahan mentah ada sijil halal Syarikat pembekal sandwic kontroversi dakwa bahan mentah ada sijil halal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736935767_TBsandwich.jpg)
Syarikat pembekal sandwic kontroversi dakwa bahan mentah ada sijil halal
Syarikat itu memberitahu, penghasilan sandwic itu menggunakan roti, keju, dan kepingan daging ayam yang diperakukan halal oleh Jakim.
![Umat Islam wajib pertahan, sokong Palestin - MKI Umat Islam wajib pertahan, sokong Palestin - MKI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81735661232_Palestinians.jpg)
Umat Islam wajib pertahan, sokong Palestin - MKI
Umat Islam wajib membela serta mempertahankan rakyat dan Palestin daripada segala bentuk kezaliman, pencerobohan dan penjajahan rejim Zionis Israel.
![Tiada undang-undang wajibkan permohonan sijil halal, ia bersifat sukarela - KP JAKIM Tiada undang-undang wajibkan permohonan sijil halal, ia bersifat sukarela - KP JAKIM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81730627173_tbSirajuddinSuhaime.jpg)
Tiada undang-undang wajibkan permohonan sijil halal, ia bersifat sukarela - KP JAKIM
Tiada undang-undang yang mewajibkan mana-mana pihak untuk memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dan permohonan sijil itu di negara ini masih bersifat sukarela.
![Kebanyakan yang terlibat dalam sambutan Krismas di KPKT adalah bukan Muslim Kebanyakan yang terlibat dalam sambutan Krismas di KPKT adalah bukan Muslim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51735289787_TBNgaKorMing.jpg)
Kebanyakan yang terlibat dalam sambutan Krismas di KPKT adalah bukan Muslim
Kebanyakan petugas KPKT yang terlibat dalam sambutan di Krismas di bangunan kementerian itu di Putrajaya baru-baru ini sebagaimana yang ditularkan, adalah mereka yang beragama Kristian.
![Perluas industri halal Malaysia melangkaui pensijilan - PM Perluas industri halal Malaysia melangkaui pensijilan - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733566365_AnwarIbrahim.jpg)
Perluas industri halal Malaysia melangkaui pensijilan - PM
Perdana Menteri berkata industri ini mempunyai potensi yang besar dengan nilai dagangan halal dunia mencecah berbilion dolar.
![Banjir: Masjid seliaan JAKIM, JAWI anjur solat hajat esok Banjir: Masjid seliaan JAKIM, JAWI anjur solat hajat esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708827701_TBsolatsubuh.jpg)
Banjir: Masjid seliaan JAKIM, JAWI anjur solat hajat esok
Kesemua masjid berkenaan akan mengadakan solat hajat bagi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan susulan bencana banjir, esok selepas solat Jumaat.