Beliau berkata industri ini mempunyai potensi yang besar dengan nilai dagangan halal dunia mencecah berbilion dolar.
"Industri halal tidak hanya terhad kepada penyembelihan daging, malah ia turut berkaitan dengan sektor pembuatan, kosmetik dan sebagainya.
"Kita harus memandang serius bagaimana kita boleh angkat supaya kita dapat betul-betul menjadi pusat kegiatan industri halal termasuk kewangan Islam secara menyeluruh mengikut matlamat Maqasid Syariah," katanya dalam ucapan pada Majlis Perasmian Ekspo Halal Antarabangsa Pulau Pinang, di sini hari ini.
Dalam hal ini, Anwar berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) perlu bekerjasama dengan agensi kerajaan lain termasuk Halal Development Corporation, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) supaya pengertian berkenaan industri ini lebih lengkap dan mantap khususnya dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana.
-- BERNAMA