KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke World #QuranHour 2024 yang berlangsung di Masjid Negara di sini hari ini.
Ketibaan Seri Paduka Baginda pada 11.45 pagi diiringi Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Penasihat Kumpulan Media Karangkraf yang juga Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) Datuk Hussamudin Yaacub.
Penganjuran kali kesembilan World #QuranHour dengan tema "Ummah #GrandReset: Kesatuan dan Transformasi Sosial" itu dihadiri kira-kira 4,000 jemaah, mengangkat surah Al-Jumu'ah sebagai surah pilihan.
Bermula tepat pukul 12 tengah hari, majlis dibuka dengan bacaan surah Al-Fatihah dan ayat satu hingga lima Surah Al-Baqarah, sebelum diteruskan dengan penerangan sinopsis, bacaan dan tadabbur surah Al-Jumu'ah.
Jemaah yang hadir turut mendengar Pesan Ulama oleh Timbalan Mufti Perak Datuk Zamri Hashim dan bacaan ikrar Quran diketuai penuntut Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Munqiz Mohd Subki.
Sebanyak 5,139 hotspot didaftar oleh pelbagai organisasi bagi penganjuran serentak program itu di seluruh negara.
Setakat 3 April, lapan lokasi di enam negara turut berdaftar sebagai hotspot World #QuranHour iaitu Singapura, Brunei, Indonesia, Bangladesh, Thailand dan Arab Saudi.
Program selama sejam itu disiarkan secara langsung menerusi Astro Oasis yang menjadi penyiar rasmi bagi World #QuranHour, selain lima stesen TV lain iaitu RTM, TV9, TV AlHijrah, Bernama TV dan Astro Awani.
World #QuranHour dianjurkan WUIF dengan Masjid Negara sebagai penaja lokasi, dan antara rakan strategik program ialah USIM, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Islamic Tourism Malaysia, Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM), Akademi Sinergi Ikhlas Sdn Bhd, Rumah Ngaji dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).
Antara yang turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 04 2024
![Raja Permaisuri Agong berangkat ke World #QuranHour 2024 Raja Permaisuri Agong berangkat ke World #QuranHour 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712214983_ZarithSofiahjpg.jpg)
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke World #QuranHour 2024 yang berlangsung di Masjid Negara hari ini. -X Bernama
Persiapan pentas akhir Gegar Vaganza
Pentas akhir Gegar Vaganza kini tinggal sehari sahaja dan persiapan rapi sedang giat dijalankan.
![PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735575444_NikRosAzhanNikAb.jpg)
PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menggagalkan cubaan menyeludup 80 pokok bonzai kayu hitam di Jalan Kasban, hadapan Pos Pok Teh Kana, Rantau Panjang, menerusi Op Taring Wawasan pada Khamis.
Kementerian ekonomi perlu masa, data perlu tepat
Kerajaan tidak mahu terburu-buru dalam memuktamadkan tangga pendapatan bagi klasifikasi T15.
Statistik pembuangan sisa Malaysia
Sumber: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Majlis Keselamatan Negara (MKN) & SWM Environment.
[TERKINI] Sultan Selangor tidak setuju wujud garis panduan
Sultan Selangor pendirian tegas tidak bersetuju cadangan mewujudkan garis panduan kepada umat Islam yang menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam khususnya di Selangor.
Jangan hina rezeki tong sampah
Bapa yang juga OKU kepada tiga anak, sanggup dipandang hina mencari sisa di tong sampah demi kelangsungan hidup sekeluarga.
Pengguna lebuh raya sambut baik larangan kenderaan berat waktu puncak
Pengguna jalan raya termasuk pemandu lori menyambut baik pelaksanaan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memperluas larangan pergerakan kenderaan berat memasuki lebuh raya pada waktu puncak di beberapa jajaran lebuh raya terpilih di sekitar Lembah Klang bermula pada 19 Feb ini.
Penduduk ambil keputusan berpindah, enggan tanggung risiko
Kediaman yang diduduki sejak enam tahun lalu itu juga berada hampir dengan lereng bukit dan sudah menunjukkan tanda rekahan baharu di lantai dan dinding rumah
Jumlah mangsa di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di PPS kembali meningkat, manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat 4 petang.
![Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738664694_TBAZALINA.jpg)
Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Azalina menjelaskan kenyataan Ahmad Zahid merujuk kepada pendirian Ahli Parlimen blok BN berhubung isu gag order, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(2).
![Waspada akaun Instagram palsu menyamar sebagai Raja Permaisuri Agong Waspada akaun Instagram palsu menyamar sebagai Raja Permaisuri Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738819188_Akaun.jpg)
Waspada akaun Instagram palsu menyamar sebagai Raja Permaisuri Agong
Akaun ini adalah palsu dan menyamar menggunakan identiti Raja Permaisuri Agong.
![Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732269692_SultanIbrahimSulta.jpg)
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
![Manfaat AI untuk tingkatkan kualiti hidup, bukan keuntungan semata - Raja Permaisuri Agong Manfaat AI untuk tingkatkan kualiti hidup, bukan keuntungan semata - Raja Permaisuri Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731739988_ZarithSofiah.jpg)
Manfaat AI untuk tingkatkan kualiti hidup, bukan keuntungan semata - Raja Permaisuri Agong
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah bertitah teknologi kecerdasan buatan (AI) seharusnya dimanfaatkan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat dan bukan keuntungan ekonomi sahaja.
![Raja Permaisuri Agong akhiri lawatan rasmi ke Labuan Raja Permaisuri Agong akhiri lawatan rasmi ke Labuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61730881003_RajaZarithSofiah.jpg)
Raja Permaisuri Agong akhiri lawatan rasmi ke Labuan
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah mengakhiri lawatan rasmi sulung selama dua hari ke Labuan hari ini.
![Raja Zarith Sofiah berkenan melawat Kolej Matrikulasi Labuan Raja Zarith Sofiah berkenan melawat Kolej Matrikulasi Labuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41730802637_TBRAJAZARITH.jpg)
Raja Zarith Sofiah berkenan melawat Kolej Matrikulasi Labuan
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan mengunjungi Kolej Matrikulasi Labuan hari ini bersempena dengan lawatan sulung ke Labuan.
![Raja Permaisuri Agong tiba di Labuan untuk lawatan rasmi Raja Permaisuri Agong tiba di Labuan untuk lawatan rasmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41730789824_RajaZarithSofiah.jpg)
Raja Permaisuri Agong tiba di Labuan untuk lawatan rasmi
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat tiba bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari ke Labuan hari ini.
![Permaisuri Agong gayakan Kain Benang Johor semasa Lawatan Negara ke Brunei Permaisuri Agong gayakan Kain Benang Johor semasa Lawatan Negara ke Brunei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61730362123_tbBENANGJOHOR.jpg)
Permaisuri Agong gayakan Kain Benang Johor semasa Lawatan Negara ke Brunei
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menggayakan baju kurung Kain Benang Johor semasa Lawatan Negara ke Brunei baru-baru ini.
![Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Deepavali Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Deepavali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71730326614_TBSultanIbrahim.jpg)
Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Deepavali
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Deepavali kepada penganut Hindu di negara ini.
![Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan tahniah kepada Prabowo Subianto Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan tahniah kepada Prabowo Subianto](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51729404939_SultanIbrahimSulta.jpg)
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan tahniah kepada Prabowo Subianto
Ucapan itu dizahirkan menerusi poster khas yang turut memaparkan gambar Sultan Ibrahim dan Prabowo berjabat tangan, yang dimuat naik di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
![Agong, Permaisuri tiba di tanah air dari Brunei Agong, Permaisuri tiba di tanah air dari Brunei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71728972512_TBSultanIbrahim.jpg)
Agong, Permaisuri tiba di tanah air dari Brunei
Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pesawat dinaiki Seri Paduka Baginda berdua selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bharu.