KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah selamat tiba di tanah air hari ini, selepas mengadakan lawatan negara selama tiga hari ke Brunei bermula Ahad.


Ringkasan AI
  • Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong selamat tiba di tanah air selepas lawatan negara selama tiga hari ke Brunei.
  • Pesawat yang membawa Seri Paduka Baginda berdua mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru.
  • Brunei adalah negara ketiga yang dikunjungi oleh Seri Paduka Baginda selepas Singapura dan China sejak menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari.


Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pesawat dinaiki Seri Paduka Baginda berdua selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bharu.


Terdahulu, pesawat khas yang membawa Seri Paduka Baginda berdua berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada 9.31 pagi.

Brunei merupakan negara ketiga dikunjungi Seri Paduka Baginda untuk lawatan negara selepas Singapura dan China, sejak menaiki taktha sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Jan.

-- BERNAMA