Pada masa yang sama beliau menggesa seluruh rakyat supaya jangan sekali-sekali mengizinkan mana-mana pihak untuk merosakkan keamanan negara.
“Sarung ini ada budaya dia, terkenal dengan seantero rantau Melayu ini. Ya, jadi kalau ada sarung pakai, tak ada, tak payah. Yang penting semangatnya.
"Saya doakan semua selamat, negara selamat, rakyat selamat, ekonomi baik dan pendapatan juga naik," katanya ketika berucap ringkas sebelum melepaskan peserta peserta Acara Malaysia Sarong Music Run 2025 (MSMR 2025) yang berlangsung di Petronas Twin Towers, hari ini.
Turut memeriahkan acara itu ialah Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil; Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd. Sharif.
MSMR 2025 bertujuan mengangkat budaya, warisan dan gaya hidup aktif mendapat sambutan hangat dengan disertai seramai 10,500 orang dari pelbagai peringkat usia dan kaum dengan sebahagian besar memakai kain sarung dengan pelbagai gaya.
Menurut siaran media, keunikan MSMR 2025 adalah mengintegrasikan elemen budaya sepanjang laluan larian, memberikan peserta pengalaman menyelami tradisi Malaysia dengan lebih mendalam.
Antara intipati utama acara ini ialah pemakaian kain sarung sebagai simbol perpaduan dan warisan yang mana peserta mengenakan sarung tradisional yang mencerminkan identiti budaya Malaysia yang pelbagai tetapi bersatu.
Acara itu dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) bersama Malaysia Marathon sebagai Penganjur Bersama serta SCORE Sports Management sebagai Rakan Teknikal.
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)