KUALA LUMPUR: Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menggesa kerajaan Persekutuan mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah Negeri menjalankan semakan kehakiman berhubung keputusan dibuat oleh Majlis Agama Islam Negeri.
Presidennya Musa Awang berkata pindaan itu perlu untuk memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah negeri menjalankan semakan kehakiman ke atas apa-apa keputusan oleh jawatankuasa yang menjalankan fungsi di bawah undang-undang syariah negeri termasuk jawatankuasa fatwa negeri-negeri.
"PGSM berpandangan bahawa apa-apa semakan kehakiman terhadap keputusan tersebut sewajarnya dibuat oleh Mahkamah Syariah memandangkan ia adalah forum sesuai dan kompeten kerana melibatkan pihak dalam kalangan orang beragama Islam dan berpaksikan kepada hukum syarak.
"Oleh itu, PGSM menggesa pihak kerajaan mengambil pendekatan jangka panjang untuk meminda Butiran 1, Senarai II (Senarai Negeri), Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan bagi tujuan tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.
BACA: DUN Selangor tiada kuasa buat undang-undang benar Mahkamah Syariah semak fatwa
Beliau berkata demikian susulan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini mengisytiharkan bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor tidak mempunyai kuasa untuk membuat enakmen yang membenarkan Mahkamah Syariah negeri mendengar semakan kehakiman berhubung keputusan oleh pihak berkuasa agama negeri.
Panel sembilan hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat dalam keputusan sebulat suara berkata mahkamah mendapati Seksyen 66A Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 tidak mengikut perlembagaan dan tidak sah kerana ia adalah peruntukan yang DUN Selangor tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.
Seksyen 66A menyatakan bahawa Mahkamah Tinggi Syariah, boleh, demi kepentingan keadilan, atas permohonan mana-mana orang, menggunakan bidang kuasanya untuk mendengar dan membenarkan permohonan bagi semakan kehakiman terhadap keputusan yang dibuat oleh Majlis atau jawatankuasa dalam menjalankan tugas di bawah Enakmen ini.
Mahkamah Persekutuan memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan SIS Forum (Malaysia) selaku pempetisyen untuk mencabar peruntukan enakmen berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 21 2022

Musa berkata pindaan itu perlu untuk memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah negeri menjalankan semakan kehakiman ke atas apa-apa keputusan oleh jawatankuasa yang menjalankan fungsi di bawah undang-undang syariah negeri. - Gambar fail/Astro AWANI

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Operasi khalwat: Tidak wajar rakam guna kamera telefon peribadi - Peguam
Menurut Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang pegawai penguat kuasa agama hanya boleh membuat rakaman untuk tujuan siasatan atau prosedur mahkamah.

Kesalahan khalwat tidak terhad kepada dua individu sahaja - Peguam
Seseorang individu yang ditemui bersama lebih dari seorang individu yang berlainan jantina yang bukan mahram di dalam sesebuah premis terselindung tetap dianggap melakukan kesalahan khalwat.

Usaha PGSM sediakan bantuan syariah, bantu bela mangsa GISB
Kesediaan Persatuan Peguam Syarie Malaysia menawarkan bantuan dari segi syariah kepada isteri dan anak-anak berkaitan dengan GISBH dilihat sebagai satu tindakan yang tepat.

"Hanya Mahkamah Syariah boleh menentusahkan lafaz cerai paksa" - Peguam
Hakim Mahkamah Syariah juga akan tentukan sama ada lafaz talak berkenaan merupakan Lafaz Soreh atau Lafaz Kinayah.

Persatuan peguam syarie gesa wujud jawatankuasa khas kaji pindaan Perlembagaan Persekutuan
Ia untuk memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah Negeri menjalankan semakan kehakiman berhubung keputusan dibuat oleh Majlis Agama Islam Negeri.

PGSM minta MKN benar mahkamah syariah beroperasi sepanjang PKP 3.0
Operasi Mahkamah Syariah tidak semestinya berjalan secara fizikal sepenuhnya kerana ia juga boleh dibuat secara dalam talian.

Debat Piala Tun Razak: Penganjur perlu dikenakan tindakan tegas - Peguam Syarie
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata, negara perlu dipelihara daripada pihak atau individu yang cuba menggugat keharmonian bangsa dan agama.

Takut pada isteri tua punca nikah ekspres?
Ketakutan suami untuk memaklumkan kepada isteri niat berpoligami menyebabkan mereka mengambil jalan mudah berkahwin di luar negara.

Isu mak nyah: PGSM tubuh kumpulan peguam Islam
Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menubuhkan kumpulan 'Lawyers For Islam' untuk membantu pihak berkaitan memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan berhubung kes golongan lelaki berpakaian wanita