KUALA LUMPUR: Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) pada Isnin meminta Majlis Keselamatan Negara (MKN) membenarkan Mahkamah Syariah dan firma peguam syarie di seluruh negara beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0).
Presiden PGSM Musa Awang berkata ini kerana kes di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah bukan hanya tertumpu kepada permohonan pernikahan, perceraian dan rujuk (NCR) tetapi turut meliputi keganasan rumah tangga, permohonan perintah injunksi membabitkan harta, perebutan hak jagaan serta lawatan anak-anak, perintah interim jagaan anak dan lain-lain.
"Menurut statistik, terdapat peningkatan luar biasa dalam kes perceraian semasa PKP.
"Apabila berlaku perceraian dalam tempoh PKP, sepatutnya individu terlibat dapat merujuk permasalahan mereka kepada Mahkamah Syariah atau peguam syarie, sekiranya kedua-dua institusi ini dibenarkan beroperasi.
"Rujukan dan tindakan kedua-dua institusi ini penting supaya permasalahan yang berlaku dapat diselesaikan dalam tempoh sepatutnya dan sewajarnya agar tidak timbul rentetan masalah lain," menurutnya dalam kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata kes keganasan rumah tangga sepanjang tempoh pelaksanaan PKP meningkat dengan ketara dan memerlukan intervensi serta kerjasama pelbagai pihak termasuk langkah membenarkan Mahkamah Syariah seluruh negara dan firma peguam syarie beroperasi sepanjang PKP 3.0.
Musa berkata operasi Mahkamah Syariah tidak semestinya berjalan secara fizikal sepenuhnya kerana ia juga boleh dibuat secara dalam talian tanpa melibatkan perjumpaan fizikal.
Beliau berkata peguam syarie juga boleh berurusan dengan Mahkamah Syariah secara dalam talian untuk prosiding sebutan atau pendengaran kes tertentu.
"Sekiranya operasi firma peguam syarie tidak dibenarkan, risiko untuk pemberhentian pekerja atau menawarkan pilihan cuti tanpa gaji kepada kakitangan adalah tinggi kerana seorang majikan tidak mampu menanggung bayaran gaji disebabkan tiada pendapatan diperoleh sepanjang tempoh PKP.
"Sebagai sebuah persatuan yang menaungi lebih 4,500 peguam syarie di negara ini, kami amat prihatin dengan keadaan yang menimpa ahli persatuan dan keseluruhan peguam syarie di negara ini termasuk rungutan masyarakat awam berhubung penangguhan prosiding kes," katanya.
PKP 3.0 dilanjutkan selama dua minggu lagi yang berkuat kuasa dari 15 hingga 28 Jun susulan peningkatan kes COVID-19 di negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 14 2021

Operasi Mahkamah Syariah tidak semestinya berjalan secara fizikal sepenuhnya kerana ia juga boleh dibuat secara dalam talian tanpa melibatkan perjumpaan fizikal. -Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Bakal kembali bergelar duda, Along selesai urusan pengesahan lafaz taklik
Along Cham atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, memaklumkan, dia sudah menyelesaikan urusan berkaitan mahkamah syariah.

Kaji klausa dalam enakmen yang tidak relevan, kurang sesuai - Sultan Nazrin
Sultan Nazrin Shah bertitah, undang-undang yang digubal hendaklah bersifat dinamik dan bertenaga agar kekal relevan.

Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah
Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan bahawa keputusan kes Nik Elin Zurina tidak langsung merungkai atau menghakis bidang kuasa mahkamah syariah.

Mahkamah Syariah, undang-undang Islam tidak akan terkubur. Ini apa yang anda perlu tahu
Hari ini, Mahkamah Persekutuan memutuskan Parlimen dan Badan Perundangan Negeri tidak boleh membuat undang-undang melangkaui senarai perundangan dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

Hampir 90 peratus kes sulh berjaya diselesaikan pada 2023 - Mohd Na'im
Sebanyak 10,607 kes atau 88.98 peratus daripada 11,921 kes sulh yang didaftarkan di mahkamah syariah seluruh negara tahun lepas berjaya diselesaikan secara damai.

Jawatankuasa khas perkasa Mahkamah Syariah ditubuhkan - Anwar
Kerajaan bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa khas yang diperakui oleh Majlis Raja-Raja dalam usaha untuk mengangkat martabat Mahkamah Syariah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perlu cari penyelesaian isu tempoh perbicaraan di Mahkamah Syariah
Mohd Na'im berkata ia susulan kebimbangan berlakunya kezaliman antara pihak-pihak terlibat akibat tempoh menunggu yang lama bagi sesuatu kes.

85 peratus kes sulh antara 2019 hingga 2022 berjaya diselesaikan
Sebanyak 32,718 kes atau 85 peratus daripada 38,683 kes sulh yang didaftarkan di mahkamah syariah seluruh negara sejak 2019 hingga 2022, berjaya diselesaikan secara damai melalui prosiding sulh.

Maria Chin dapat kebenaran cabar prosiding komital Mahkamah Syariah
Hakim juga juga membenarkan permohonan Maria untuk mendapatkan perintah penangguhan prosiding komital di Mahkamah Syariah.

Isu murtad: Bukan bidang kuasa mahkamah sivil - Hakim
Hakim berkata mahkamah syariah tidak salah dan tidak bertindak ultra virus dalam memutuskan permohonan wanita itu.