KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah hari ini mendapat kebenaran untuk memulakan prosiding undang-undang bagi mencabar keputusan Mahkamah Tinggi Syariah yang membenarkan prosiding komital terhadapnya kerana mengkritik keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara ke atas bekas isteri seorang ahli perniagaan.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh juga membenarkan permohonan Maria untuk mendapatkan perintah penangguhan prosiding komital di Mahkamah Syariah sementara menunggu permohonan semakan kehakiman itu selesai.
Hakim membenarkan permohonan Maria untuk semakan kehakiman selepas memutuskan beliau tidak mencabar mana-mana bahagian undang-undang Islam yang termasuk dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah tetapi beliau mencabar bidang kuasa Mahkamah Syariah berhubung prosiding komital terhadapnya.
Beliau berkata Maria (pemohon) mengemukakan permohonan berdasarkan haknya di bawah Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali mengikut undang-undang.
"Tidak kira sama ada beliau Ahli Parlimen atau penjaja jalanan, mahkamah tidak akan berdiam diri. Pemohon telah mengemukakan bahan yang cukup untuk berhujah bahawa prosiding penghinaan itu boleh dicemari dengan ketidakpatuhan prosedur," kata hakim ketika menyampaikan keputusan melalui prosiding dalam talian.
Beliau kemudian menetapkan 15 September bagi pengurusan kes.
Maria, 65, memfailkan permohonan itu pada 3 Mac tahun lepas, menamakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada masa itu, Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri; Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Kehakiman Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai responden pertama hingga ketiga.
Maria, antara lain, memohon satu perintah certiorari membatalkan tindakan dan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah bertarikh 14 Okt 2019 yang membenarkan Perintah Kebenaran Pengkomitan dan Notis Tunjuk Sebab dikeluarkan ke atasnya.
Maria mendakwa pengeluaran perintah dan notis tersebut adalah bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan serta menyalahi Aturan 52 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan 1998).
Pada 4 Disember 2020, Maria diperintah mengemukakan tunjuk sebab mengapa beliau tidak boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah kerana mengkritik keputusan Mahkamah Tinggi Syariah itu.
Ini berikutan mahkamah berkenaan menolak permohonannya untuk mendapatkan tempoh lanjutan masa bagi mencabar keputusan mahkamah itu membenarkan prosiding menghina mahkamah (komital) dimulakan terhadapnya.
Permohonan untuk memulakan prosiding komital itu dikemukakan oleh seorang ahli perniagaan berikutan Maria mengeluarkan komen dan mengkritik keputusan mahkamah yang memerintahkan hukuman penjara tujuh hari dijatuhkan terhadap bekas isterinya, Emilia Hanafi kerana mengubah tarikh lawatan anak-anaknya untuk bersama bapa mereka.
Peguam Rosli Dahlan mewakili Maria manakala Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly bertindak bagi kesemua responden.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 22 2022

Hakim juga juga membenarkan permohonan Maria untuk mendapatkan perintah penangguhan prosiding komital di Mahkamah Syariah. - Gambar fail

Trafik penumpang udara Malaysia melonjak, catat 9.2 juta penumpang pada Januari - MAVCOM
MAVCOM mengumumkan prestasi trafik penumpang udara Malaysia bagi Januari 2025 yang mencatatkan 9.2 juta penumpang.

Bekas kakitangan Teresa Kok disiasat SPRM
Teresa terkejut apabila mendapat tahu dua bekas pembantunya dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Shahidan sedia pertahan jawatan Presiden KOM
Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan akan mempertahankan jawatan nombor satu badan induk itu dalam pemilihan kepimpinan yang dijadualkan pada 15 Jun depan.

Rumah, dua kereta musnah dijilat api di Kuala Kangsar
Dalam kejadian kira-kira 5.56 petang itu, rumah terbakar 90 peratus, manakala dua kereta masing-masing terbakar 70 peratus dan 40 peratus.

Tiga rumah terjejas dalam kebakaran sebelum buka puasa di Tawau
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, beberapa penghuni yang sibuk menyediakan hidangan berbuka puasa tidak sempat menyelamatkan barang-barang penting mereka.

Piala Esports Malaysia 2025 janji saingan sengit pasukan terbaik MLBB
Kejohanan itu diadakan dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Liga Profesional MLBB (MPL) Malaysia.

KBS tingkat usaha tangani isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempergiatkan usaha menangani isu sosial dalam kalangan belia terutama berkaitan penyalahgunaan dadah.

4 termasuk seorang penjaja wanita ditahan serang pegawai DBKL
Polis menahan empat penjaja termasuk seorang wanita melibatkan dua kes serangan berasingan ke atas pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pada Rabu.
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mahkamah Rayuan ketepi kebenaran diperoleh Maria Chin untuk cabar notis tunjuk sebab
Mahkamah Rayuan hari ini mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan bekas Ahli Parlimen Petaling Maria Chin Abdullah memulakan semakan kehakiman bagi mencabar notis tunjuk sebab dikeluark

Cadangan awal laluan MRT3 tidak masuk akal - Maria Chin
Projek MRT3 dimansuhkan oleh kerajaan PH namun disambung semula apabila kerajaan PN bersetuju untuk meneruskan projek berkenaan.

Maria Chin dihukum penjara tujuh hari kerana hina mahkamah
Ahli Parlimen Petaling Jaya dijatuhi hukuman berkenaan selepas didapati bersalah menghina mahkamah dengan mengkritik keputusan mahkamah itu.

Isu perarakan: 20 Ahli Parlimen selesai beri keterangan - Polis
Ia berhubung isu perarakan Ahli Parlimen pembangkang ke bangunan Parlimen pada Isnin lepas.

Undi 18: Lebih 200 peserta berhimpun aman, 'bersila' atas jalan selama 18 minit
Kumpulan tersebut yang bergerak dari Padang Merbok turut mengadakan bantahan dengan duduk di atas jalan raya selama 18 minit.

Podcast Realiti Rakyat: Kehidupan rakyat di Petaling Jaya
Paparan realiti kehidupan rakyat berdepan dengan norma baharu kehidupan ketika menghadapi pandemik COVID-19.

KRPPM: Platform perbincangan dasar Ahli Parlimen dan rakyat
KRPPM merupakan badan tidak formal yang didaftarkan di bawah Parlimen Malaysia

Tak perlu mansuh SOSMA - Mohamad Sabu
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berpandangan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) tidak seharusnya dimansuhkan.

Anwar sakit belakang, Azizah batal hadir ke majlis Aidilfitri
Ketua Umum PKR itu terpaksa dikejarkan ke wad kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk pemeriksaan lanjut.

FRU dikerah ke pusat mengundi SK Taman Dato' Haron (1)
Lebih 100 pengundi didakwa dihalang daripada mengundi Sekolah Kebangsaan Taman Dato Harun (1) berikutan sudah jam 5 petang.