SEPANG: Sebanyak 32,718 kes atau 85 peratus daripada 38,683 kes sulh yang didaftarkan di mahkamah syariah seluruh negara sejak 2019 hingga 2022, berjaya diselesaikan secara damai melalui prosiding sulh.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata bagi kes-kes yang tidak berjaya diselesaikan melalui prosiding sulh, ia akan dibicarakan di hadapan hakim.
"Antara kes yang berjaya diselesaikan menerusi prosiding sulh ialah pertikaian anak, harta, nafkah dan tuntutan mutaah," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sijil Profesional Kursus Kemahiran Sulh-Mediasi dan Pelancaran Skuas Sulh di sini pada Isnin.
"Bayangkan jika tiada sulh mediasi ini, 38,000 kes yang didaftarkan tadi akan terus pergi ke hadapan mahkamah sedangkan kes-kes ini boleh diselesaikan dengan baik melalui sulh-mediasi," tambahnya.
Mohd Na'im berkata sulh bukan sahaja menyelesaikan pertikaian pihak-pihak yang terlibat tetapi lebih daripada itu, contohnya jika melibatkan perebutan hak jagaan anak, pegawai sulh akan turut menekankan bagaimana membina hubungan yang baik demi menjaga kebajikan anak-anak.
"Itu pentingnya sulh berbanding kes hak jagaan anak ini dibicarakan dan dipertikai di hadapan hakim, sedangkan sulh-mediasi diselesaikan dalam kawasan yang tertutup, suasana yang penuh harmoni, maka dalam konteks itu anak itu insya-Allah kita harapkan besar dalam keadaan tenang sejahtera, maknanya walaupun ibu bapa bercerai tapi dapat lihat kepentingan anak," katanya.
Terdahulu dalam ucapannya Mohd Na'im berkata sulh-mediasi merupakan satu pendekatan yang meraikan pandangan pihak-pihak, mengiktiraf kepentingan, mencari penyelesaian bersama dan mengutamakan pendamaian yang bersifat lestari dalam masyarakat.
Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan Sijil Kemahiran Sulh-Mediasi kepada 99 pelajar Universiti Sains Islam (USIM) yang menghadiri kursus tersebut selama lima hari dan lulus penilaian mengikut standard yang telah ditetapkan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 30 2023

Mohd Na'im berkata bagi kes-kes yang tidak berjaya diselesaikan melalui prosiding sulh, ia akan dibicarakan di hadapan hakim. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Hampir 90 peratus kes sulh berjaya diselesaikan pada 2023 - Mohd Na'im
Sebanyak 10,607 kes atau 88.98 peratus daripada 11,921 kes sulh yang didaftarkan di mahkamah syariah seluruh negara tahun lepas berjaya diselesaikan secara damai.

85 peratus kes sulh antara 2019 hingga 2022 berjaya diselesaikan
Sebanyak 32,718 kes atau 85 peratus daripada 38,683 kes sulh yang didaftarkan di mahkamah syariah seluruh negara sejak 2019 hingga 2022, berjaya diselesaikan secara damai melalui prosiding sulh.