PUTRAJAYA: Sebanyak 10,607 kes atau 88.98 peratus daripada 11,921 kes sulh yang didaftarkan di mahkamah syariah seluruh negara tahun lepas berjaya diselesaikan secara damai.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata kejayaan penyelesaian melalui sulh amat digalakkan kerana Islam amat menganjurkan untuk menyelesaikan setiap pertikaian secara baik.
"Bayangkan daripada semua kes (sulh) yang difailkan, lebih 10,000 kes diselesaikan tanpa dibicarakan. Ia satu kejayaan dan tahniah kepada pegawai sulh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sijil profesional kemahiran Sulh-Mediasi (Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)-JKSM) kepada 30 anggota Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) di sini hari ini.
Sementara itu, Mohd Na'im berkata latihan kemahiran sulh perlu diperluaskan kepada semua pihak termasuk penghulu dan ketua kampung bagi membolehkan mereka mengetahui cara penyelesaian pertikaian dengan betul.
Sulh merupakan suatu perundingan dan perbincangan antara pihak-pihak di hadapan seorang pegawai sulh berkaitan perkara yang dipertikaikan terhadap satu atau beberapa tuntutan di mahkamah syariah.
Sementara itu Mohd Na'im berkata beliau berpendapat satu garis panduan atau prosedur operasi standard (SOP) perlu diwujudkan untuk setiap mufti mengeluarkan pandangan atau kenyataan.
"Saya harapkan supaya ada nanti garis panduan atau SOP bagi seseorang mufti keluarkan pandangan. Terus terang saya kata kalau (kenyataan mufti) tiada kegusaran, isu tidak timbul," katanya.
Beliau berkata demikian mengulas jawapan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di laman sesawangnya, baru-baru ini yang dilaporkan menasihati pekerja beragama Islam di bank konvensional agar mencari pekerjaan lain kerana institusi kewangan itu mempunyai muamalat berasaskan riba yang boleh menjurus kepada hukum haram.
Sabtu lepas, Mohd Na'im menyarankan institusi mufti untuk membawa sebarang isu yang bersifat nasional ke Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) sebelum mengeluarkan sebarang jawapan terhadap isu itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 23 2024

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar ketika sidang media pada majlis perasmian penyampaian Sijil Profesional Kemahiran Sulh-Mediasi (USIM-JKSM) untuk Anggota Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT). - Foto BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Hampir 90 peratus kes sulh berjaya diselesaikan pada 2023 - Mohd Na'im
Sebanyak 10,607 kes atau 88.98 peratus daripada 11,921 kes sulh yang didaftarkan di mahkamah syariah seluruh negara tahun lepas berjaya diselesaikan secara damai.

85 peratus kes sulh antara 2019 hingga 2022 berjaya diselesaikan
Sebanyak 32,718 kes atau 85 peratus daripada 38,683 kes sulh yang didaftarkan di mahkamah syariah seluruh negara sejak 2019 hingga 2022, berjaya diselesaikan secara damai melalui prosiding sulh.