TAIPING: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, undang-undang yang digubal hendaklah bersifat dinamik dan bertenaga agar kekal relevan serta berupaya memenuhi keperluan, situasi, cabaran, kemajuan dan teknologi semasa.
Oleh itu, titah baginda, amatlah penting kajian dilakukan untuk mengenal pasti klausa-klausa di dalam enakmen yang tidak lagi relevan atau didapati kurang sesuai dengan perkembangan semasa, sekali gus meningkatkan kualiti sistem perundangan dan kehakiman syariah di negeri Perak.
Baginda bertitah, klausa dan peraturan yang dilihat boleh menghalang, melewatkan, dan menggelincirkan proses keadilan, termasuk kaedah penguatkuasaan dan hukuman, perlu dibincangkan untuk dilakukan penambahbaikan.
“Undang-undang merujuk kepada peraturan atau ketetapan untuk mengawal selia tatakelakuan masyarakat, berperanan penting dalam kehidupan masyarakat demi menjamin terlaksananya keadilan.
“Prinsip kedaulatan undang-undang yang diterapkan sebagai Rukun Negara keempat, meletakkan undang-undang berada di kedudukan yang tinggi; dan tiada kerajaan, tiada organisasi, tiada institusi atau orang perseorangan yang kebal, boleh melakukan sekehendak hati, mengatasi undang-undang yang telah ditetapkan dan memiliki keabsahan dan legitimasi,” titah baginda.
Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Bangunan Mahkamah Syariah Taiping, di sini, hari ini.
Titah baginda, mahkamah berperanan sebagai dewan atau majlis pengadilan di mana hakim mentafsir undang-undang, mendengar hujah mengenai perkara yang dipertikaikan, meneliti bahan bukti dan membuat pengadilan berlandaskan undang-undang yang telah dikanunkan.
Menurut Sultan Nazrin, hakim diamanahkan untuk mentafsir undang-undang dan kebebasan mentafsir itu turut dimiliki oleh Mahkamah Syariah.
“Para hakim Mahkamah Syariah hendaklah memiliki iltizam, keberanian, ketegasan mengadili kes-kes dengan penuh berintegriti, tanpa kelengahan, tanpa gentar dan tanpa pilih kasih supaya tidak mencalarkan kepercayaan masyarakat terhadap mahkamah,” tambah baginda.
Dalam pada itu, titah Sultan Nazrin, selaras dengan perkembangan teknologi masa kini, kualiti penyampaian perkhidmatan mahkamah syariah juga perlu dipertingkatkan.
Menurut baginda, kemudahan sistem teknologi perbicaraan seperti sistem kemudahan rakaman audio perbicaraan dan sistem transkrip rakaman perbicaraan yang sudah diguna pakai di mahkamah sivil hendaklah turut diguna pakai di mahkamah syariah.
Untuk itu, baginda menyeru agar Kerajaan Perak mempertimbangkan peruntukan dalam belanjawan negeri pada tahun 2025, bagi membolehkan mahkamah syariah dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan tersebut agar dilihat tidak tertinggal jauh ke belakang berbanding di mahkamah sivil.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Jul 29 2024

Sultan Nazrin Shah (tiga, kanan) dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim (empat, kanan) berkenan melawat galeri kompleks mahkamah pada Majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Syariah Taiping hari ini. - Gambar/ Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Sultan Nazrin berkenan rasmi Hospital UTAR di Kampar
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menyempurnakan majlis perasmian Hospital Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) di Kampar.

Sultan Nazrin berkenan rasmi Menara Hasil LHDN Teluk Intan
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan berangkat merasmikan Menara Hasil Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Teluk Intan.

Sultan Nazrin lancar buku berkaitan sejarah PDRM pertahan keamanan negara
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, hari ini berkenan melancarkan buku yang memaparkan sejarah dan pencapaian Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sultan Nazrin berkenan rasmi Sambutan Jubli Emas Hospital Fatimah
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan berangkat merasmikan Majlis Sambutan Jubli Emas Hospital Fatimah.

Perlakuan rasuah ketika ini amat mengaibkan negara - Sultan Nazrin
Perbuatan itu menyebabkan rakyat terpaksa menanggung beban dengan menyifatkan ia ibarat barah yang merosak anatomi negara.

“Jangan ambil mudah soal pembangunan negara” - Sultan Nazrin
Dunia memerlukan pendekatan pembangunan baharu yang berani dan inovatif untuk menangani kemelut yang semakin kompleks.

Sultan Nazrin berkenan meriahkan Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak di Stadium Indera Mulia di Ipoh hari ini.

Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen USAS ke-17
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-17 hari ini.

Sultan Nazrin lancar buku Tun Abdul Razak mengenai visi untuk Malaysia
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan melancarkan buku bertajuk Tun Abdul Razak: Imagining Malaysia's Future Through His Lenses.

Isu kaum dan agama ancam perpaduan, perlu segera dibendung, titah Sutan Nazrin
Apabila agama dan kaum dijadikan 'mata wang yang sah' untuk meraih laba politik, retorik-retorik atas nama agama yang keterlaluan semakin dicetuskan, titah Sultan Nazrin.