KUALA NERANG: Perkara penting berkaitan meningkatkan taraf hidup rakyat termasuk pesawah, penoreh dan nelayan kini sedang diusahakan Kerajaan Perpaduan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
Sehubungan itu, Anwar menyeru rakyat di Kedah memberikan peluang kepada gabungan parti dalam Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan beliau dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk menjaga dan meningkatkan taraf hidup mereka.
"Cerita politik ini untuk apa? Betul untuk jaga Islam, jaga orang Melayu, Siam, Cina dan India, tetapi yang penting adalah untuk meningkatkan pendapatan rakyat. Saya tak bangga jadi Perdana Menteri kalau saya tak boleh buat apa-apa tolong rakyat miskin," katanya ketika berucap pada Ceramah Jelajah Perpaduan MADANI di Naka dekat sini hari ini.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah Datuk Mahfuz Omar turut serta dalam ceramah itu.
Anwar mengulangi bahawa hubungan kerajaan negeri dengan kerajaan pusat perlu baik untuk melancarkan rancangan pembangunan termasuk menarik pelabur luar.
"...saya minta semua bagilah peluang agar kerajaan negeri boleh bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk faedah rakyat," katanya.
Mengulas lanjut, Anwar yang juga Pengerusi PH berkata kestabilan Kerajaan Perpaduan sekarang memainkan peranan penting dalam usaha menarik minat pelabur luar untuk membuat pelaburan di negara ini termasuk di Kulim, Kedah.
Beliau berkata beberapa soalan terhadapnya termasuk jaminan kestabilan kerajaan dan usaha mengawal golongan pelampau ditanya pihak syarikat Infineon Technologies AG (Infineon) dari Jerman yang memutuskan membuat pelaburan tambahan sejumlah RM25 bilion di Kulim bulan lepas.
"Soalan pertama apakah Kerajaan Perpaduan ini stabil dan kekal lima tahun, saya kata Insya-Allah saya bagi kenyataan (yang) UMNO, Barisan Nasional, pendirian PH, pendirian Abang Johari (Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg) dan pendirian GRS (Gabungan Rakyat Sabah), Ketua Menteri Sabah.
(Soalan) yang kedua dia (pihak Infineon) baca dasar ekonomi kita, dia kata dia puas hati apakah kerajaan akan tukar dasar ini, saya kata tidak, selagi kita dalam kerajaan ekonomi MADANI... telah diterima dalam Kabinet dan akan dijalankan.
"Soalan ketiga susah sikit nak jawab dia tanya di utara, ada golongan pelampau, apakah boleh kerajaan Anwar kawal benda ini takut mereka (golongan pelampau) rosak dasar ini, saya jawab tak apa, Insya-Allah dalam pilihan raya enam negeri ini terjamin, kita akan tambah satu atau dua lagi (negeri termasuk tiga disasarkan menang)," katanya.
Anwar turut menempelak Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mendakwa pihak syarikat Jerman itu telah datang ke Kedah dan memaklumkan lebih awal untuk membuat pelaburan baharu pada tahun lepas.
"Tolong Google bila keputusan dibuat (iaitu) hujung Julai, lembaga putuskan 5 bilion euro (atau) RM25 bilion dilabur di Malaysia dan kita setuju dimasukkan di Kulim," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 11 2023
Anwar menyeru rakyat di Kedah memberikan peluang kepada gabungan parti dalam Kerajaan Perpaduan untuk menjaga dan meningkatkan taraf hidup mereka. - Gambar Bernama
Bom UXO tinggalan Perang Dunia Kedua di Semporna dimusnahkan
Bom itu berjaya dimusnahkan oleh pasukan penyelam ranjau Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 3.10 petang Sabtu.
'Sebagai respon kepada kenyataan Tun M, saya dengan tegas menafikannya'
Kamaluddin berkata, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian atau melakukan perkara seperti didakwa Mahathir.
EPL: Bekas jurulatih Manchester United ke Everton
Moyes kini kembali untuk membantu Everton bagi menghadapi baki saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Biden sampai ucapan perpisahan dari Oval Office Rabu depan
Pada Rabu, 15 Januari jam 8 malam waktu tempatan, presiden akan menyampaikan ucapan perpisahan kepada rakyat dari Oval Office.
Polis tahan lelaki warga China disyaki curi dalam pesawat
Suspek berusia 54 tahun itu juga disyaki adalah ahli sindiket berkait tiga lelaki lain yang diberkas berhubung kes kecurian dalam pesawat pada hujung tahun lalu.
KPT pujuk tenaga pengajar bertugas di luar negara curah khidmat di Malaysia - Zambry
Zambry berkata pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan pihak berkaitan bagi mencari peluang untuk mereka menyumbang khidmat kepada negara.
Kotak hitam Jeju Air berhenti merakam 4 minit sebelum insiden
: Kementerian Pengangkutan Korea Selatan maklumkan, kotak hitam yang menyimpan data penerbangan dan perakam suara kokpit untuk penerbangan Jeju Air yang terhempas dan mengorbankan 179 orang Disember lalu, dilaporkan berhenti merakam empat minit sebelum bencana itu berlaku.
Biden sampai ucapan perpisahan dari Pejabat Oval, Rabu depan
Kenyataan White House maklumkan, Presiden Amerika Syarikat (AS) yang akan tamat tempoh perkhidmatannya, Joe Biden, dijadual menyampaikan ucapan perpisahan kepada rakyat dari Pejabat Oval pada Rabu ini.
Mangsa di Johor terus meningkat
Jumlah mangsa banjir Sabtu malam terus meningkat di Johor selepas Johor Bahru menjadi daerah terkini dilanda bencana alam itu.
Banjir: Mangsa di Johor terus meningkat
Jumlah mangsa terus meningkat di Johor selepas Johor Bahru menjadi daerah terkini dilanda bencana alam itu.
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.