Dalam perjuangan ke arah mencapai status negara maju, peranan keluarga, sekolah dan komuniti harus terus diperkukuh, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurut beliau ia perlu diperkukuh dengan menerap nilai-nilai murni dan memupuk budaya kebangsaan khususnya dalam kalangan generasi muda.
"Ini juga selari dengan Islam sebagai addin. Setiap gerak-geri, perbuatan dan tindakan kita adalah tertakluk kepada nilai agama kita.
"Oleh itu, janganlah kita ikuti perbuatan mahupun perkara-perkara lain yang bertentangan dengan Al-Quran dan hadis sahih yang akan membawa kerosakan, seterusnya menghalang kita daripada mencapai kejayaan dan kemajuan," katanya.
Perdana menteri berkata demikian ketika merasmikan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-63, Tahun 1441H/2020M di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, pada Ahad.
Sejumlah 28 qari dan qariah mengambil bahagian dalam tilawah yang bemula hari ini yang bertemakan 'Negara Rahmah Ummah Sejahtera'. Tilawah itu akan berakhir Jumaat ini.
Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata apabila kerajaan bertekad untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju, kerajaan sedar terdapat keraguan akan hala tuju negara pada masa depan.
"Ada yang risau apabila maju ia bermakna kita hilang keinsafan dan meminggirkan nilai dan seruan Islam. Tetapi jelas, kemajuan dan kemakmuran yang kita capai itu saling berkait dan ketika kita meraikan kepelbagaian bangsa dan agama di dalam negara.
"Syiar Islam berkembang pesat dan turut menjadi pemangkin kepada kemajuan yang tercapai. Perseimbangan ini dicapai dan kekalkan jika kita berpegang dan melalui hidup kita seharian dengan berpegang kepada asas Islam iaitu addin, satu cara hidup," katanya.
Seiring dengan falsafah itu, Dr Mahathir berkata pada 25 Okt tahun lepas kerajaan bersetuju agar gagasan RAHMAH dijadikan sebagai dasar pentadbiran Islam Model Malaysia, berteraskan Maqasid Syariah dan Rahmatan Lil 'Alamin yang bersifat universal, inklusif, telus dan menyantuni, bertepatan dengan suasana, adat serta budaya bangsa Malaysia sendiri.
Kerajaan percaya dasar ini mampu memberi impak positif kepada rakyat dan negara dalam meningkatkan kesejahteraan sosial, kemakmuran dan perpaduan hidup masyarakat berbilang kaum dan agama.
Ia selari dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang telah dilancarkan oleh kerajaan, katanya.
Pada ucapan di majlis itu, Dr Mahathir turut menyentuh arus revolusi perindustrian 4.0 di mana semua sedia maklum dunia hari ini menyaksikan arus Revolusi Perindustrian 4.0 yang begitu cepat dan kuat cabarannya.
"Kita mesti bersedia berhadapan dengan cabaran-cabaran itu. Kita mesti lebih berinovatif, kreatif dan terus memperkasa diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran tinggi, daya saing dan jati diri, dalam membangun dan memajukan bangsa Malaysia mengikut acuan kita sendiri.
"Ini adalah negara kita. Kitalah yang akan menentukan nasib kita. Tidak ada orang lain yang boleh mencorakkan masa hadapan kita melainkan diri kita sendiri, dengan izin Allah SWT," kata perdana menteri.
Beliau berkata negara juga memerlukan rakyat yang matang, berilmu, bekerja keras dan mementing perpaduan.
Oleh itu, beliau mengajak rakyat bersama bersatu padu untuk terus membina negara yang maju lagi makmur, untuk Malaysia yang lebih berdaya saing, bersih dan berintegriti.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 16 2020
Dr Mahathir berkata negara juga memerlukan rakyat yang matang, berilmu, bekerja keras dan mementing perpaduan.
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Tumpuan Isnin – 23 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Siasatan undang-undang tentera: Polis analisis rekod telefon Presiden Yoon
Polis menganalisis rekod telefon peribadi Yoon Suk Yeol selepas mendapatkannya sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal awal bulan ini.
10 Berita Pilihan - (22 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Polis selamatkan dua OKU warga China dijadikan pengemis
Polis menyelamatkan dua Orang Kurang Upaya (OKU) warga China yang dipercayai dijadikan sebagai pengemis.
Op Gempur: JAS Pulau Pinang periksa 250 premis, loji kumbahan sepanjang 2024
Sebanyak 250 premis dan loji kumbahan diperiksa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang sepanjang tahun ini menerusi 12 siri Op Gempur melibatkan semua lima daerah dalam negeri ini.
46 kes tidak patuh SHMMP di Johor tahun ini
Sebanyak 46 kes tidak mematuhi peraturan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) dengan jumlah kompaun RM5,100 direkodkan di Johor tahun ini.
Tujuh sekeluarga tinggal dalam kereta penerima Zakat Pulau Pinang
Tujuh sekeluarga yang terpaksa tinggal di dalam kereta selepas mendakwa ditipu tuan rumah di sini adalah penerima Zakat Pulau Pinang (ZPP).
Majoriti mahu kerajaan menentang keganasan tanpa terlalu mengongkong - Kajian Projek SAMA
Majoriti rakyat Malaysia mahu kerajaan bertindak menentang keganasan tanpa terlalu mengongkong sekiranya ada pihak ingin membincangkan isu 3R.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Ahli Amanah perlu main peranan tangani takfiri, persepsi salah - Mohamad Sabu
Sikap mudah menuduh orang lain keluar daripada Islam atau takfiri dan penyebaran persepsi bahawa Islam perlu 'diselamatkan' di negara ini adalah berbahaya dan perlu ditangani segera.
Umat Islam di India pergiat bantahan terhadap RUU kontroversi mengenai pentadbiran harta
RUU Pindaan Wakaf 2024 dikritik sebagai pencabulan hak asasi perlembagaan dan usaha melemahkan pengurusan komuniti Muslim terhadap hartanya.
GISB: Jika itu kena kompromi, tiada guna saya jadi PM - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendirian untuk tidak berkompromi dalam menyelesaikan isu membabitkan syarikat Gisb Holdings (GISB).
Pelajar tahfiz perlu bersedia, tangani ekstremis dan pembenci Islam - PM Anwar
Kata Anwar, semua pihak harus menggunakan kewarasan akal dan kembali ke asas agama Islam sebenar seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
Malaysia belum merdeka, rakyat 'dijajah' kerajaan - Dr Mahathir
Rakyat tidak bebas bersuara dan mengkritik kerajaan dalam banyak hal termasuk membabitkan 3R.
Keindahan Islam perlu dijelmakan penganutnya - Sultan Nazrin
Titah Sultan Nazrin, keagungan dan kemuliaan Islam perlu dicerminkan melalui sifat dan watak insaniah ummah.
Wanita minta Mahkamah Persekutuan semak semula keputusan status agamanya
Seorang wanita berusia 37 tahun telah memfailkan permohonan semakan di Mahkamah Persekutuan dalam usaha untuk membatalkan keputusan sebelum ini yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
'Pakar pengajian Islam jangan jumud, mesti dinamik dan profesional'
Pakar dalam bidang pengajian Islam mesti dinamik, berfikiran luas dan profesional, tidak 'jumud' dan bersandarkan kepada sejarah sahaja.