Dakwaan peguam Matthias Chang bahawa beliau ditempatkan di dalam sel tahanan bersama penghidap HIV dan batuk kering adalah tidak tepat, kata Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan, Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Supri Hashim.
Supri berkata Chang ditahan reman di Penjara Sungai Buloh dan beliau sememangnya ditempatkan di klinik Penjara Sungai Buloh atas syor pegawai perubatan yang memeriksa dan merawatnya.
Menegaskan bahawa setiap banduan akan menjalani pemeriksaan dan saringan kesihatan, Supri berkata penempatan secara berasingan adalah mengikut prosedur penjara dan bagi kepentingan kawalan kesihatan untuk semua banduan.
"Begitu juga banduan-banduan lain yang disyorkan sedemikian oleh pegawai perubatan akan ditempatkan di klinik penjara untuk pemantauan atau rawatan lanjut demi kepentingan kesihatan mereka.
"Banduan reman ditempatkan secara berasingan daripada banduan yang disahkan pegawai perubatan menghidap HIV dan tibi (batuk kering)," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Supri berkata semua kerja-kerja pengurusan dan rawatan banduan berpenyakit tibi dan HIV hanya dikendalikan oleh pegawai perubatan, pembantu pegawai perubatan dan pegawai penjara sahaja.
"Tidak ada arahan atau paksaan yang dibuat oleh pihak penjara untuk banduan reman Matthias Chang membantu banduan lain yang sakit (bukan sakit berjangkit) yang berada di klinik penjara," katanya.
Media sebelum ini melaporkan Chang mendakwa beliau diletakkan dalam sel tahanan bersama penghidap HIV dan batuk kering.
Chang memaklumkan perkara itu di Mahkamah Tinggi pada Khamis lepas ketika membantah keputusan mahkamah menolak permohonan beliau dan bekas naib ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu kes mereka disebut pada 18 Nov.
Chang, 65, dan Khairuddin, 53, menghadapi pertuduhan cuba melakukan sabotaj terhadap perkhidmatan perbankan dan kewangan negara di lima lokasi antara 28 Jun hingga 26 Ogos tahun ini mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan (Akta 547) dan dibaca bersama-sama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun, jika sabit kesalahan.
Bernama
Sat Nov 07 2015

Chang (gambar) ditahan reman di Penjara Sungai Buloh dan beliau sememangnya ditempatkan di klinik Penjara Sungai Buloh atas syor pegawai perubatan. -Gambar fail

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Tibi terpendam cabaran terbesar menuju negara bebas tibi
Antara punca peningkatan kes tibi atau batuk kering ini adalah kerana pandemik COVID-19 yang mengganggu akses kepada diagnosis dan rawatan tibi.

9,474 kes tibi dikesan setakat 4 Jun, meningkat 13 peratus berbanding 2021
Kes penyakit tuberkulosi atau tibi yang dicatatkan di Malaysia pada tahun ini sehingga 4 Jun lalu dilaporkan adalah sebanyak 9,474 kes.

ASEAN perlu perhebat sokongan kewangan untuk akhiri TB - KKM
Negara anggota ASEAN (AMS) perlu memperhebat sokongan kewangan untuk membawa diognastik, ubat dan regimen ubat, serta vaksin baharu ke dalam pasaran bagi melawan penyakit batuk kering (TB).

Kes tibi di Malaysia masih tinggi - Pakar
Jumlah kes pesakit tibi atau batuk kering masih tinggi di negara ini walaupun pelbagai rawatan diperkenalkan dan peningkatan pengesanan kes telah dijalankan, kata pakar perubatan respiratori.

PATI punca penularan kes tibi - Dr Hilmi
Pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini adalah antara punca berlakunya penularan penyakit tuberkulosis (tibi) atau batuk kering.

24,000 kes tibi dilaporkan dan ditahap membimbangkan - Dr Subramaniam
Kira-kira 24,000 kes penyakit tibi atau batuk kering telah dilaporkan di negara ini tahun lepas dan ia berada ditahap membimbangkan.

Penjara nafi dakwaan Matthias ditempatkan bersama penghidap HIV, batuk kering
Supri berkata Chang ditahan reman di Penjara Sungai Buloh dan beliau sememangnya ditempatkan di klinik Penjara Sungai Buloh atas syor pegawai perubatan yang memeriksa dan merawatnya.