LANGKAWI: Kes penyakit tuberkulosis (tibi) atau batuk kering yang dicatatkan di Malaysia pada tahun ini sehingga 4 Jun lalu dilaporkan adalah sebanyak 9,474 kes.
Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali memaklumkan ianya menunjukkan satu trend peningkatan iaitu sebanyak 13 peratus berbanding tempoh yang sama bagi tahun 2021.
Bagaimanapun, menurutnya, jika dibandingkan dengan tahun 2019 iaitu sebelum pandemik COVID-19, jumlah berkenaan mencatatkan penurunan sebanyak 11 peratus.
Sehubungan itu, beliau memaklumkan bahawa aktiviti pengesanan kes tibi akan dipertingkatkan dengan pihak kementerian akan memperkukuhkan saringan golongan berisiko tinggi terutama dalam kalangan kontak kepada indeks kes tibi.
Tambah Azmi, saringan tibi turut dilakukan dalam kalangan kumpulan berisiko tinggi seperti pesakit HIV, diabetes (kencing manis) dan penghuni institusi tahanan seperti yang dilakukan di Pusat Tahanan Imigresen di Belantik, Sik sebelum ini.
Ianya dilihat selaras dengan Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan sempena dengan Jelajah ANMS ini dengan tagline 'Jom Saring!' serta usaha Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mahu menghapuskan penyakit tibi menjelang tahun 2035.
"Bagi tahun 2022, sehingga hari terakhir tempoh epidemiologi (ME 22), jumlah kes tibi yang dilaporkan adalah sebanyak 9,474 iaitu peningkatan sebanyak 13 peratus berbanding tempoh sama pada 2021.
"Manakala jika dibandingkan dengan tahun 2019, terdapat penurunan sebanyak 11 peratus, walau bagaimanapun, jumlah kes tibi yang dilaporkan masih belum mencapai sasaran seperti dianggarkan WHO sebanyak 29,000 hingga 30,000 setahun," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Tibi Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 dan Pelancaran Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) di Telaga Walk, Jalan Pantai Chenang, Langkawi pada Sabtu.
Dalam perkembangan sama, Azmi turut menyeru orang ramai yang mempunyai simptom penyakit tibi seperti batuk yang berpanjangan melebihi dua minggu, demam, berpeluh waktu malam, kurang selera makan, susut berat badan dan batuk berdarah, untuk segera menjalani pemeriksaan dan rawatan di klinik kesihatan dan hospital yang berhampiran.
Abd Hadi Che Awang
Sat Jun 11 2022
![9,474 kes tibi dikesan setakat 4 Jun, meningkat 13 peratus berbanding 2021 9,474 kes tibi dikesan setakat 4 Jun, meningkat 13 peratus berbanding 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41646582452_NoorAzmiGhazalit.jpg)
Menurut Dr Noor Azmi, jika dibandingkan dengan tahun 2019 iaitu sebelum pandemik COVID-19, jumlah berkenaan mencatatkan penurunan sebanyak 11 peratus. - Gambar fail
![Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719354914_Destroyedbuildings.jpg)
Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB
Beliau berkata tahap pertempuran dan kemusnahan yang melampau di Gaza tidak dapat difahami dan tidak boleh dimaafkan.
![Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721121786_MuhyiddinYassin.jpg)
Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin
Muhyiddin memberitahu bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary.
![Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712376317_TujuanForensik.jpg)
Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas
Gen HNF4A (Hepatocyte Nuclear Factor 4 Alpha) didapati akan berhenti berfungsi pada tubuh pesakit kanser pankreas.
Pantau Agenda Reformasi: Potensi dan cabaran percambahan e-Sukan di Malaysia
Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Selangor
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
Jualan kereta di Malaysia diunjur cecah 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) melakukan semakan semula berkaitan sasaran jumlah keseluruhan industri (TIV) kepada 765,000 unit berbanding unjuran awal 740,000 unit untuk 2024. Semakan dibuat disokong oleh persekitaran ekonomi yang positif dan jumlah tempatan tertunggak yang masih berada pada tahap yang baik
Kementerian Digital cari kaedah kurangkan kos pelaksanaan sistem e-invois
Kerajaan sedang mencari kaedah mengurangkan kos pelaksanaan sistem e-invois untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) selepas sistem itu diwajibkan untuk semua perniagaan pada 1 Julai 2025
Perbelanjaan pengguna dijangka meningkat tahun ini
Perbelanjaan Pengguna Malaysia dijangka meningkat sepanjang tahun ini
dengan unjuran sebanyak RM904.6 bilion, ketika proses pemulihan ekonomi menunjukkan kemajuan pada ketika ini.
dengan unjuran sebanyak RM904.6 bilion, ketika proses pemulihan ekonomi menunjukkan kemajuan pada ketika ini.
![Suspek bunuh Nur Farah Kartini dibawa ke lokasi kejadian Suspek bunuh Nur Farah Kartini dibawa ke lokasi kejadian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721123609_lokasi.jpg)
Suspek bunuh Nur Farah Kartini dibawa ke lokasi kejadian
Suspek kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Selangor.
Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi
Penambahbaikan aspek perundangan akan diteliti kerajaan, termasuk mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian berkaitan dalam masa terdekat, bagi memperketatkan undang-undang berkaitan buli siber.
Denda terhadap syarikat ADSSB lewat bekal Black Hawk
Adly berkata, pihak ADSSB juga turut telah memohon tuntutan lanjutan masa kedua kepada pihak kementerian.
![Pekerja kedai makan ditemukan maut di hostel Pekerja kedai makan ditemukan maut di hostel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51673850068_TBgarisanpolis.jpg)
Pekerja kedai makan ditemukan maut di hostel
Hasil pemeriksaan pegawai perubatan telah mengesahkan punca kematian adalah disebabkan penyakit Tibi.
![Tahanan lelaki meninggal dunia di Kuantan kerana Tibi - Bukit Aman Tahanan lelaki meninggal dunia di Kuantan kerana Tibi - Bukit Aman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71642578563_TBPrison.jpg)
Tahanan lelaki meninggal dunia di Kuantan kerana Tibi - Bukit Aman
OKT disahkan mengidap penyakit Tuberkulosis (Tibi) hasil bedah siasat yang dijalankan.
![Penularan kes tibi di Malaysia menurun Penularan kes tibi di Malaysia menurun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/41443195114_DatukDrNoorHisham.jpg)
Penularan kes tibi di Malaysia menurun
Penting pesakit mendapatkan rawatan awal bagi mengelak komplikasi dan kematian serta mencegah penularan.
Penghidap tibi dihukum penjara dan sebatan kerana menculik dan mencabul
Majistret Siti Shakirah Mohtarudin menjatuhkan hukuman tersebut terhadap G.Jagajasen, selepas dia mengaku bersalah.