RANTAU PANJANG: Peningkatan paras air Sungai Golok di sempadan Malaysia-Thailand tidak menghalang penduduk di kawasan bersempadan untuk terus menjalankan aktiviti seharian mereka.
Tinjauan Astro AWANI ke dua jeti dekat pangkalan Pound dan Gergaji di pekan Rantau Panjang mendapati orang ramai terutama masyarakat dari kedua-dua belah negara masih menggunakan khidmat bot tambang untuk bergerak.
Seorang pengemudi bot tambang dikenali sebagai Mohd, 30 an berkata, pengangkutan air seperti bot dan perahu masih banyak digunakan penduduk tempatan di kedua-dua belah negara kerana menjimatkan masa.
Katanya setiap hari ada sahaja penduduk yang menggunakan khidmatnya dengan tambang semurah RM2 untuk satu hala dan semakin bertambah apabila hujung minggu.
Menurutnya kesemua yang menggunakan jeti di kedua-dua pangkalan di situ adalah penduduk tempatan sahaja malah peningkatan paras air di situ sudah dianggap biasa dan masih boleh diharungi dengan bot.
"Kami sebenarnya sudah mengenali setiap penumpang bot kerana ada yang setiap hari menggunakan bot untuk lebih cepat termasuk membeli belah di pasar berdekatan.
"Mereka ini biasanya ada pertalian saudara di sini dan mengambil kesempatan mengunjungi rumah saudara," katanya yang sudah lebih 10 tahun mengusahakan bot tambang.
Mohd berkata meskipun melepasi sempadan menggunakan bot dilihat berisiko namun keselamatan setiap penumpang tetap diutamakan oleh pemilik bot termasuk menyediakan jaket keselamatan.
"Kita tahu apabila musim tengkujuh paras air meningkat dan arus juga deras tetapi dengan pengalaman yang ada kita akan pastikan tiada sebarang kemalangan akan berlaku," katanya.
Sementara itu, penduduk pekan Rantau Panjang yang dikenali sebagai Malik, 40-an berkata penggunaan bot dan perahu oleh penduduk tempatan di situ bagi menyeberang sungai memang menjadi amalan sejak berdekad yang lalu.
Katanya sekiranya menggunakan laluan darat sudah pasti memakan masa yang lama kerana jaraknya yang agak jauh berbanding laluan sungai.
"Sungai Golok ini bukannya luas sangat, hanya 70 hingga 100 meter sahaja jarak memisahkan antara Malaysia dan Thailand.
"Selain di pekan Rantau Panjang, di pekan lain yang bersempadan dengan negara jiran kebanyakan penduduk lebih gemar menggunakan bot seperti di Pengkalan Kubor, Tumpat," katanya.
Adam Darwish
Mon Dec 05 2022

Peningkatan paras air Sungai Golok di sempadan Malaysia-Thailand tidak menghalang penduduk di kawasan bersempadan untuk terus menjalankan aktiviti seharian mereka. - Astro AWANI

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Keputusan kes dadah penyanyi wanita terkenal Kelantan dan lima yang lain diketahui 6 Mac
Mahkamah Wilayah Narathiwat akan membuat keputusan kes dadah membabitkan penyanyi terkenal Kelantan bersama suami dan empat rakannya pada 6 Mac depan.

Dua suspek tembak polis Thailand mungkin tidak berada di Malaysia - KPN
Polis berkata dua suspek yang dipercayai menembak mati seorang pegawai kanan polis Thailand dan anaknya, berkemungkinan tidak berada di negara ini.

Penyanyi wanita terkenal Kelantan dan lima yang lain mengaku bersalah ambil dadah di Thailand
Keenam-enam rakyat Malaysia termasuk seorang penyanyi terkenal dari Kelantan yang dihadapkan ke Mahkamah Wilayah Narathiwat , Thailand hari ini mengaku bersalah mengambil dadah.

Polis kenal pasti dalang utama dadah di Sungai Golok
Suspek lelaki berumur 24 tahun dari Kelantan dipercayai memainkan peranan utama dalam sindiket dan mempunyai hubungan rapat dengan seorang wanita warga Laos.

Kegiatan jenayah rentas sempadan Malaysia-Thailand terkawal - Polis
Polis telah menahan tujuh individu kerana merentas secara haram dan mereka dijatuhkan hukuman mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/1963.

Lagi rakyat Malaysia ditahan di Sungai Golok, dipercayai pengedar dadah
Polis Thailand menahan seorang lelaki rakyat Malaysia kerana disyaki mengedar pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM120,000 dalam serbuan di sebuah premis di pekan Sungai Golok.

63 mangsa banjir di Kelantan, Johor masih berada di dua PPS
Seramai 36 mangsa banjir di Pasir Mas masih berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tok Deh, Rantau Panjang, kekal seperti semalam.

TDM tahan dua warga India cuba seberang Sungai Golok
Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menahan dua warga India yang cuba menyeberangi Sungai Golok menuju ke Thailand, pada Ahad lepas.

Tiga ditangkap guna pangkalan haram seberang Sungai Golok
Tindakan tiga lelaki tersebut telah melanggar arahan keluar masuk Malaysia-Thailand menggunakan pangkalan haram.

Empat individu termasuk dua rakyat Malaysia ditahan seberang Sungai Golok secara haram
Tiga lelaki dan seorang wanita ditahan selepas disyaki menyeberang sempadan Malaysia-Thailand menggunakan pangkalan haram di Sungai Golok, semalam.