KEMAMAN:Dua pengusaha kebun yang menanam pelbagai jenis durian termasuk Musang King, dan kelapa sawit di Kampung Teladas dekat Air Putih di sini mengalami kerugian kira-kira RM60,000 selepas tanaman mereka diserang sekumpulan gajah.
Zulkifli Mohd Zain, 58, berkata dalam kejadian pada awal pagi Sabtu lepas, sebanyak 65 pokok duriannya yang berumur setahun musnah akibat serangan haiwan liar itu.
"Sedih dan kecewa kerana hanya 15 pokok durian sahaja yang masih selamat sedangkan saya dah berhabis dalam RM50,000 untuk kerja-kerja mengurus kebun ini sejak setahun lepas.
"Memang saya tahu gajah sering menceroboh kawasan kebun yang diusahakan penduduk kampung sejak beberapa tahun lalu, namun tak sangka kali ini saya pula yang mengalami nasib sama," katanya ketika dihubungi pemberita pada Isnin.
Zulkifli berkata pagar yang dipasang di sekeliling kebunnya itu juga roboh akibat serangan tersebut, namun beliau bercadang akan menanam semula pokok durian dengan pemasangan pagar elektrik pada masa akan datang bagi mengelak kejadian sama berulang lagi.
Seorang lagi pekebun, Yusof Ahmad, 70, berkata serangan terbaharu itu adalah serangan kali ketiga pernah dialaminya hingga menyebabkan dia kerugian ribuan ringgit.
"Kali ini, gajah makan umbut dan pucuk lebih 20 pokok kelapa sawit sedangkan saya memang menunggu hasil tanaman ini matang untuk mendapatkan wang belanja, tak sangka pula ia musnah akibat serangan gajah.
"Banyak kali dah gajah datang menyerang, malah pekebun ambil inisiatif sendiri datang ronda pasang unggun api setiap malam untuk pastikan gajah takut untuk ceroboh. Kami harap sangat masalah yang dah lama berlarutan ini dapat diselesaikan segera," katanya.
Untuk rekod, kali terakhir serangan gajah itu berlaku pada 2 Okt tahun lepas menyebabkan seramai 30 pekebun di kampung sama yang menanam kelapa sawit dan pisang kerugian lebih RM30,000.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu Dr Abdul Malek Mohd Yusof ketika dihubungi berkata masalah serangan gajah di kawasan tersebut memang dalam makluman pihaknya.
"Pemantauan sedang dilakukan dan pada masa sama kita berharap mana-mana pihak yang ingin meneroka tanah untuk berkebun, seeloknya meminta pandangan daripada Perhilitan bagi memastikan kawasan itu selamat daripada serangan haiwan liar sekali gus dapat meminimumkan kerugian," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 08 2021
![Pengusaha kebun Musang King rugi lebih RM60,000 gajah rosak tanaman Pengusaha kebun Musang King rugi lebih RM60,000 gajah rosak tanaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51612802720_GAJAHROSAKANTANAMA.jpg)
Yusof menunjukkan kesan serangan gajah terhadap pokok kelapa sawit di Kampung Teladas dekat Air Putih. - Bernama
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.
![Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740004505_TBlemas.jpg)
Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Mahkamah tertinggi Colorado putuskan gajah-gajah di zoo AS bukan manusia Mahkamah tertinggi Colorado putuskan gajah-gajah di zoo AS bukan manusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737549817_kimba.jpg)
Mahkamah tertinggi Colorado putuskan gajah-gajah di zoo AS bukan manusia
Habeas corpus tidak terpakai kepada haiwan, "tidak kira betapa canggih kognitif, psikologi atau sosial haiwan itu".
![Lima sekeluarga cemas, gajah mengamuk hampiri kereta Lima sekeluarga cemas, gajah mengamuk hampiri kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734746523_tbgajahagresif.jpg)
Lima sekeluarga cemas, gajah mengamuk hampiri kereta
Gajah tersebut hanya menyentuh bahagian kereta dengan menggunakan belalainya sahaja.
![Operasi tangkap gajah di Kampung Som esok - Perhilitan Pahang Operasi tangkap gajah di Kampung Som esok - Perhilitan Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41728462167_gajah.jpg)
Operasi tangkap gajah di Kampung Som esok - Perhilitan Pahang
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang akan melaksanakan operasi menangkap gajah di Kampung Som, Jerantut esok.
![Ini rupanya punca gajah digunakan uji pagar ECRL Ini rupanya punca gajah digunakan uji pagar ECRL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71730443127_perhilitan.jpg)
Ini rupanya punca gajah digunakan uji pagar ECRL
Pagar itu bagi mengelak konflik manusia-gajah di kawasan tersebut terutamanya semasa dan selepas projek ini disiapkan.
![Kenderaan rosak diserang gajah di JRTB Gerik-Jeli Kenderaan rosak diserang gajah di JRTB Gerik-Jeli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51729737830_kenderaanrosakdi.jpg)
Kenderaan rosak diserang gajah di JRTB Gerik-Jeli
Perhilitan Perak telah menghalau antara 25 hingga 30 ekor gajah menggunakan kaedah tembak dan halau di tempat kejadian.
![Serangan gajah: Perhilitan terus pantau Kampung Basung Serangan gajah: Perhilitan terus pantau Kampung Basung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/71621568242_perhilitan.jpg)
Serangan gajah: Perhilitan terus pantau Kampung Basung
Perhilitan Terengganu akan meneruskan pemantauan di Kampung Basung di Kuala Berang bagi mengesan gajah liar yang menyebabkan kematian warga emas hari ini.
![Myan Ton Pian, Rambai antara tarikan Program MADANI Rakyat Zon Timur Myan Ton Pian, Rambai antara tarikan Program MADANI Rakyat Zon Timur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71719978273_ProgramMADANIRakya.jpg)
Myan Ton Pian, Rambai antara tarikan Program MADANI Rakyat Zon Timur
Gajah berkenaan pernah tular di media sosial selepas mengepalai perarakan Lambaian Kasih.
![Gajah mati dilanggar kenderaan di JRTB Gerik-Jeli berusia tujuh tahun Gajah mati dilanggar kenderaan di JRTB Gerik-Jeli berusia tujuh tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713132803_anakgajahmati.jpg)
Gajah mati dilanggar kenderaan di JRTB Gerik-Jeli berusia tujuh tahun
Seekor gajah yang mati dilanggar kenderaan adalah gajah betina yang dianggarkan berusia tujuh tahun.
![Gajah sesat jauh dari hutan, masuk kampung berdekatan pantai Gajah sesat jauh dari hutan, masuk kampung berdekatan pantai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709825241_Gajahsesat.jpg)
Gajah sesat jauh dari hutan, masuk kampung berdekatan pantai
Penduduk kampung di sekitar daerah Besut terkejut dan berada dalam ketakutan kerana kehadiran seekor gajah yang dipercayai tersesat dari Hutan Simpan Hulu Besut sejak Selasa lepas.
![Perhilitan Johor tangkap, pindah dua gajah rosakkan tanaman di Kluang Perhilitan Johor tangkap, pindah dua gajah rosakkan tanaman di Kluang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705211172_TBGajahJERTIHPer.jpg)
Perhilitan Johor tangkap, pindah dua gajah rosakkan tanaman di Kluang
Perhilitan Johor menangkap dua ekor gajah jantan, yang dipercayai bertindak merosakkan kawasan tanaman pertanian.