JERTIH: Penduduk kampung di sekitar daerah Besut terkejut dan berada dalam ketakutan kerana kehadiran seekor gajah yang dipercayai tersesat dari Hutan Simpan Hulu Besut sejak Selasa lepas.
Menurut penduduk Kampung Gong Layat dekat Beting Lintang, Zainun Ibrahim, 60, beliau sememangnya terkejut dengan kehadiran gajah tersebut memandangkan kampungnya itu terletak lebih 20 kilometer (km) dari hutan simpan terdekat iaitu Hutan Simpan Gunung Tebu.
"Kira-kira pukul 12 tengah hari semalam saya dapati dua batang pokok kelapa saya tumbang dan pada awalnya tidak menyangka ia dimusnahkan gajah kerana sepanjang umur saya, tidak pernah berlaku kejadian gajah datang ke kawasan ini memandangkan kampung ini terletak puluhan kilometer dengan hutan simpan selain kampung ini berdekatan dengan pantai.
"Pada awalnya, saya fikirkan ia dirosakkan oleh beruang tetapi sedikit sangsi kerana haiwan tersebut tidak mampu untuk tumbangkan pokok kelapa yang bersaiz besar. Bahkan tiada juga kejadian ribut...sebelum saya mengesyaki ia dilakukan oleh gajah selepas melihat kesan tapak kaki yang besar dan kesan umbut kelapa telah dimakan," katanya ketika ditemui Bernama hari ini.
Zainun berkata pokok kelapa itu dirosakkan awal pagi semalam sebelum haiwan itu beredar ke kawasan lain.
Sementara itu Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Terengganu hari ini mengesahkan kejadian seekor gajah tersesat dari Hutan Simpan Hulu Besut dan memasuki beberapa kampung sejak tiga hari lepas.
Pengarahnya Loo Kean Seong berkata pihaknya menerima laporan pertama daripada orang awam berhubung kehadiran gajah tersebut di kawasan kebun kelapa sawit penduduk di Kampung Oh, Jabi, dekat sini pada Selasa lepas.
"Kakitangan Perhilitan telah ke lokasi di kawasan Gong Machang dan sekitar Beting Lintang di sini untuk melakukan operasi menjejak dan menangkap gajah tersebut tetapi sekiranya gagal (ditangkap) ia akan dihalau masuk ke habitat asalnya semula.
"Berdasarkan kesan tapak kaki gajah tersebut, dianggarkan ia berusia antara 20 hingga 25 tahun namun jantinanya belum dapat dikenal pasti," katanya.
Difahamkan mamalia itu dikesan di Kampung Berangan, Hulu Besut yang terletak hampir 40km dari kawasan Beting Lintang pada minggu lepas, sebelum dipercayai melalui puluhan kampung antaranya Kampung Renek, Kampung Kepala Gajah, Gong Machang, Pengkalan Kubur dan sampai di Beting Lintang iaitu kawasan berdekatan pantai.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 07 2024

Zainun berkata pokok kelapa itu dirosakkan awal pagi semalam sebelum haiwan itu beredar ke kawasan lain. - Gambar Sinar Harian

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Mahkamah tertinggi Colorado putuskan gajah-gajah di zoo AS bukan manusia
Habeas corpus tidak terpakai kepada haiwan, "tidak kira betapa canggih kognitif, psikologi atau sosial haiwan itu".

Lima sekeluarga cemas, gajah mengamuk hampiri kereta
Gajah tersebut hanya menyentuh bahagian kereta dengan menggunakan belalainya sahaja.

Operasi tangkap gajah di Kampung Som esok - Perhilitan Pahang
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang akan melaksanakan operasi menangkap gajah di Kampung Som, Jerantut esok.

Ini rupanya punca gajah digunakan uji pagar ECRL
Pagar itu bagi mengelak konflik manusia-gajah di kawasan tersebut terutamanya semasa dan selepas projek ini disiapkan.

Kenderaan rosak diserang gajah di JRTB Gerik-Jeli
Perhilitan Perak telah menghalau antara 25 hingga 30 ekor gajah menggunakan kaedah tembak dan halau di tempat kejadian.

Serangan gajah: Perhilitan terus pantau Kampung Basung
Perhilitan Terengganu akan meneruskan pemantauan di Kampung Basung di Kuala Berang bagi mengesan gajah liar yang menyebabkan kematian warga emas hari ini.

Myan Ton Pian, Rambai antara tarikan Program MADANI Rakyat Zon Timur
Gajah berkenaan pernah tular di media sosial selepas mengepalai perarakan Lambaian Kasih.

Gajah mati dilanggar kenderaan di JRTB Gerik-Jeli berusia tujuh tahun
Seekor gajah yang mati dilanggar kenderaan adalah gajah betina yang dianggarkan berusia tujuh tahun.

Gajah sesat jauh dari hutan, masuk kampung berdekatan pantai
Penduduk kampung di sekitar daerah Besut terkejut dan berada dalam ketakutan kerana kehadiran seekor gajah yang dipercayai tersesat dari Hutan Simpan Hulu Besut sejak Selasa lepas.

Perhilitan Johor tangkap, pindah dua gajah rosakkan tanaman di Kluang
Perhilitan Johor menangkap dua ekor gajah jantan, yang dipercayai bertindak merosakkan kawasan tanaman pertanian.