KUALA LUMPUR: Pengunjung yang hadir ke Program MADANI Rakyat 2024 Zon Timur di Dataran Sayangi Kuantan, Pahang pada 5 hingga 7 Julai ini, berpeluang bertemu dengan dua ekor gajah yang dibawa khas dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah (PKGK), Lanchang.
Diberi nama Myan Ton Pian dan Rambai, gajah berkenaan pernah tular di media sosial selepas mengepalai perarakan Lambaian Kasih bersempena Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong ke-16 Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 30 Jan lepas.
Menurut laman Facebook Malaysia MADANI, selain dapat melihat kedua-dua gajah berkenaan secara dekat, peminat haiwan terutamanya kanak-kanak juga boleh menyertai aktiviti di zoo haiwan jinak.
Program MADANI Rakyat menyediakan pelbagai perkhidmatan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri seperti pameran, karnival kerjaya, Jualan MADANI, tawaran pengurangan saman terpilih Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pemeriksaan kesihatan.
Acara menarik untuk seisi keluarga turut diadakan seperti promosi pelancongan desa, edaran anak pokok, pengumpulan e-waste dan program Jom Tukar Topi Keledar!.
Selain itu, orang ramai turut berpeluang menyertai pertandingan teh tarik berirama, tebar roti canai, kompang formasi dan e-sukan.
Majlis perasmian Program MADANI Rakyat Zon Timur akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 6 Julai dengan dihadiri pemimpin tertinggi kerajaan Persekutuan dan negeri.
Selain usaha kerajaan membawa perkhidmatan terus kepada rakyat, program ini juga dapat mewujudkan saluran komunikasi berterusan antara masyarakat dengan kerajaan, sekali gus memperkukuhkan hubungan dalam usaha membina negara yang lebih sejahtera selaras dengan agenda Malaysia MADANI.
Dalam pada itu, Jabatan Penerangan (JaPen) menerusi program Info On Wheels (IOW) giat mengadakan jelajah di pantai timur bagi mempromosikan Program MADANI Rakyat Zon Timur.
Di Kuala Lipis, Pahang, IOW membuat hebahan melalui pembesar suara bagi memberi penerangan kepada masyarakat setempat mengenai perkhidmatan dan aktiviti yang dijalankan pada program berkenaan.
IOW yang merupakan program turun padang dan libat urus JaPen bersama komuniti setempat, turut berkongsi mengenai aktiviti hebahan dijalankan di Marang, Terengganu menerusi hantaran di media sosial.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 03 2024

Pekerja bertungkus lumus menyiapkan dekorasi, ruang pameran dan reruai Kementerian-Kementerian menjelang penganjuran Program MADANI Rakyat 2024 Zon Timur. - Foto BERNAMA

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Myan Ton Pian, Rambai antara tarikan Program MADANI Rakyat Zon Timur
Gajah berkenaan pernah tular di media sosial selepas mengepalai perarakan Lambaian Kasih.