Kesalahan tidak menyatakan harga sebenar bagi pengusaha hotel serta makanan dan minuman (F&B) selepas ini adalah sama dengan tindakan peniaga-peniaga lain yang tidak mempamerkan tanda harga.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, kesalahan itu dianggap sama selepas Rang Undang-Undang Kawalan Harga dan Antipencatutan (Pindaan) 2017 serta Rang Undang-Undang Perihal Dagangan (Pindaan) 2017 diluluskan Dewan Rakyat pada Khamis.
“Langkah itu diambil bagi mengelakkan pengguna dikenakan caj yang berlainan daripada apa yang diiklankan oleh peniaga dan juga bagi melindungi hak mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Koperasi Negara 2017 Peringkat Negeri Melaka yang dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron di MITC Ayer Keroh petang Jumaat.
Hamzah ketika menggulung perbahasan dua rang undang-undang tersebut di Dewan Rakyat kelmarin memaklumkan peniaga tidak lagi dibenarkan mempamerkan harga berbeza dengan harga yang perlu dibayar oleh pengguna dan ini bermakna tiada kos tersembunyi terpaksa ditanggung dan pengguna dan mereka hanya perlu membayar berdasarkan harga yang dipamerkan oleh peniaga.
Bagaimanapun katanya, sebagai permulaan, hanya peniaga yang terlibat dalam sektor perhotelan serta F&B perlu mematuhi peraturan pameran harga terangkum termasuk iklan yang ditawarkan mereka perlu meliputi semua caj seperti cukai, duti dan caj kerajaan.
Sementara itu beliau berkata, peniaga dalam talian yang gagal mempamerkan tanda harga pada gambar barangan jualan boleh dikenakan tindakan undang-undang sama seperti peniaga konvesional mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999.
Menurutnya, akta tersebut telah lama dikuatkuasakan namun sehingga kini masih ramai peniaga dalam talian yang tidak mengendahkan perkara tersebut.
Kementeriannya kata beliau dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memastikan tindakan diambil adalah mengikut akta bersesuaian.
Astro Awani
Fri Aug 04 2017
![Pengusaha hotel tidak pamer harga dikenakan tindakan sama dengan peniaga lain Pengusaha hotel tidak pamer harga dikenakan tindakan sama dengan peniaga lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-05/81495199678_HamzahZainuddin.jpg)
HAMZAH: Langkah itu diambil bagi mengelakkan pengguna dikenakan caj yang berlainan daripada apa yang diiklankan oleh peniaga dan juga bagi melindungi hak mereka.
![Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720343570_SultanKedah.jpg)
Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah
Generasi muda perlu diperkasakan supaya menjadi muslim sejati dan memiliki jati diri yang kental.
Usah korban jati diri kerana kuasa, pangkat dan populariti - Sultan Sallehuddin
Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah mengingatkan supaya umat Islam jangan mengorbankan jati diri sebagai seorang Muslim semata-mata kerana inginkan kuasa, kekayaan harta benda, pangkat dan populariti.
Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat kabinet Jumaat depan
Isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan bagi mencari penyelesaian terbaik termasuk aspek perundangan dan penguatkuasaan.
Kerjasama BN-PH ditentukan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi parti
Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan sama ada kerjasama antara BN dan PH diteruskan pada PRU-16 atau pun tidak hanya akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi BN.
Isu nasional jadi faktor penolakan PH di Sungai Bakap
Isu nasional yang mendominasikan ayunan terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) sungai Bakap dilihat sebagai punca penolakan Pakatan Harapan.
Tuntutan RM100 juta subkontraktor Lebuhraya DASH tidak berasas
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) menegaskan tuntutan lebih 20 subkontraktor yang terlibat dalam pembinaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) bagi mengutip bayaran tertunggak berjumlah RM100 juta yang terhutang kepada mereka secara kolektif daripada syarikat itu adalah tidak berasas dari segi perundangan.
Pengarah filem Mansor Puteh meninggal dunia akibat kemalangan
Pengarah dan pengkritik filem serta budaya, Mansor Puteh, 70, dilapor meninggal dunia selepas kereta yang dipandunya terbabas di Alam Damai, Cheras, pada Ahad.
![Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720343650_WanJunaidi.jpg)
Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari
Penghijrahan Sarawak mendapat perhatian dan pengiktirafan dunia terutama dari segi tadbir urus yang menekankan isu alam sekitar dan kelestarian.
Fokus Minggu Depan: Astro AWANI terus pacu usaha pemerkasaan PMKS
Hari terakhir siri Jelajah Jiwa SME 2024 menyaksikan kehadiran warga Johor yang tidak melepaskan peluang bagi bersama dalam misi memperkasakan usahawan tempatan.
Untuk berkongsi suasana di sana, kita bersama wartawan Astro awani, Amzar Alif yang kini berada di Aeon Mall Tebrau City Johor Bahru.
Untuk berkongsi suasana di sana, kita bersama wartawan Astro awani, Amzar Alif yang kini berada di Aeon Mall Tebrau City Johor Bahru.
Fokus Minggu Depan: Laporan PAC akan dibentang dan dibahaskan minggu depan
Prof. Dr Ahmad Martadha Mohamed, Ketua Kluster Tadbir Urus dan Integriti UUM ada perinciannya.
![Enam ahli Bersatu diserahkan notis terhenti serta-merta hari ini Enam ahli Bersatu diserahkan notis terhenti serta-merta hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717850908_HamzahZainuddin.jpg)
Enam ahli Bersatu diserahkan notis terhenti serta-merta hari ini
Hamzah dalam kenyataan hari ini berkata tindakan itu selaras dengan arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti yang bermesyuarat pada 7 Jun lepas.
![Mesyuarat MPT: Status tujuh wakil Bersatu sokong PM sudah diputuskan Mesyuarat MPT: Status tujuh wakil Bersatu sokong PM sudah diputuskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717850908_HamzahZainuddin.jpg)
Mesyuarat MPT: Status tujuh wakil Bersatu sokong PM sudah diputuskan
Status enam Ahli Parlimen dan seorang ADUN Bersatu yang berpaling tadah dengan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah diputuskan dalam mesyuarat MPT.
![Tak boleh sokong PM: 10 ADUN Bersatu Perlis, Terengganu serah Surat Arahan MPT Tak boleh sokong PM: 10 ADUN Bersatu Perlis, Terengganu serah Surat Arahan MPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81717040837_tbHamzahZainudin.jpg)
Tak boleh sokong PM: 10 ADUN Bersatu Perlis, Terengganu serah Surat Arahan MPT
Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyerahkan Surat Arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).
![Cadangan pergi pasar: 'Hamzah nak elak jawab PN dukung golongan kaya, warga asing' - Anwar Cadangan pergi pasar: 'Hamzah nak elak jawab PN dukung golongan kaya, warga asing' - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716705918_TBanwaribrahim.jpg)
Cadangan pergi pasar: 'Hamzah nak elak jawab PN dukung golongan kaya, warga asing' - Anwar
Perdana Menteri menegaskan beliau hampir setiap minggu turun ke warung kecil dan pasar di seluruh negara serta bertanya keadaan rakyat.
![PM bidas kenyataan Hamzah mengenai penyasaran subsidi PM bidas kenyataan Hamzah mengenai penyasaran subsidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716540973_tbAnwarIbrahim.jpg)
PM bidas kenyataan Hamzah mengenai penyasaran subsidi
Anwar menekankan, penyasaran dibuat bagi menarik subsidi dari golongan kaya dan warga asing kerana diesel tidak digunakan majoriti rakyat.
![Bekas Setpol Hamzah Zainuddin didakwa terima rasuah RM350,000 Bekas Setpol Hamzah Zainuddin didakwa terima rasuah RM350,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716439559_DatukSeriHamzahZa.jpg)
Bekas Setpol Hamzah Zainuddin didakwa terima rasuah RM350,000
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menerima rasuah daripada seorang pengarah syarikat sebagai upah bagi mendapatkan tender pembekalan.
![Ahli Parlimen, ADUN Bersatu diberi tempoh 14 hari nyata pendirian - Hamzah Ahli Parlimen, ADUN Bersatu diberi tempoh 14 hari nyata pendirian - Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715942070_HamzahZainuddin.jpg)
Ahli Parlimen, ADUN Bersatu diberi tempoh 14 hari nyata pendirian - Hamzah
Semua wakil rakyat Bersatu termasuk enam Ahli Parlimen dan ADUN yang berpaling tadah dengan menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan diberi tempoh 14 hari untuk menyatakan pendirian mereka.
![Bersatu serah notis kepada enam ahli Parlimen selepas PRK Kuala Kubu Bharu - Hamzah Bersatu serah notis kepada enam ahli Parlimen selepas PRK Kuala Kubu Bharu - Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714294014_HamzahZainudinBer.jpg)
Bersatu serah notis kepada enam ahli Parlimen selepas PRK Kuala Kubu Bharu - Hamzah
Bersatu akan mengeluarkan notis berhubung status kedudukan enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas PRK Kuala Kubu Bharu.
![PN sambut baik keputusan kerajaan beri peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang PN sambut baik keputusan kerajaan beri peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709959971_Hamzah.jpg)
PN sambut baik keputusan kerajaan beri peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang
Perikatan Nasional (PN) menyambut baik keputusan yang dibuat kerajaan bagi memberikan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.
![Dewan Rakyat kecoh: 'Saya berpuasa.. sabarlah' - Azalina Dewan Rakyat kecoh: 'Saya berpuasa.. sabarlah' - Azalina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710832940_TBPARLIMENjpg.jpg)
Dewan Rakyat kecoh: 'Saya berpuasa.. sabarlah' - Azalina
Dewan Rakyat kecoh apabila penggulangan Datuk Seri Azalina Othman Said mengenai RUU Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023 dicelah Datuk Seri Hamzah Zainudin.