TAIPING: Seorang penghantar makanan ditahan kerana disyaki mengedar dadah dalam satu sekatan jalan raya di Hentian Rehat dan Rawat Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat sini, Khamis lepas.
Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping, Supt Razlam Ab Hamid berkata, lelaki berusia 37 tahun ditahan sepasukan polis peronda lebuh raya pada 9 pagi.
"Suspek menaiki kereta Perodua Alza yang dipinjam melalui anak saudaranya untuk melakukan aktiviti pengedaran tersebut dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Selangor.
"Hasil pemeriksaan dalam kereta itu menemukan satu guni plastik mengandungi 18 ketulan mampat daun kering dadah jenis ganja seberat 18 kilogram bernilai RM54,000 serta merampas wang tunai sejumlah RM2,119," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping, di sini, hari ini.
Razlam berkata, suspek dipercayai mengambil upah mengedar dadah sejak Julai lepas dengan bekalan diperoleh dari Pulau Pinang untuk dibekalkan kepada kira-kira 10,000 penagih untuk pasaran tempatan.
Menurutnya, hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah serta tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.
Beliau berkata, suspek direman selama seminggu sejak Jumaat lepas bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - BERNAMA
Bernama
Mon Aug 29 2022

Seorang penghantar makanan ditahan kerana disyaki mengedar dadah dalam satu sekatan jalan raya di Hentian Rehat dan Rawat Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat Taiping, Khamis lepas.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Penghantar makanan didenda RM1,800 miliki senapang tiruan
Seorang penghantar makanan didenda RM1,800 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah memiliki dua laras senapang tiruan yang dibeli secara dalam talian, minggu lepas.

Polis bongkar sindiket jual 'biskut ganja' RM50, empat termasuk tiga beranak ditahan
Polis membongkar aktiviti pengedaran 'biskut ganja' yang dijual serendah RM50 untuk satu bekas dengan penahanan empat individu termasuk tiga beranak di sekitar Lembah Klang, Selasa lalu.

Penghantar makanan maut dirempuh kereta di lampu isyarat merah
Seorang penghantar makanan maut dirempuh sebuah kereta ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat di Jalan Taman Mas, Puchong pada Jumaat.

Penghantar makanan didakwa rempuh anggota polis ketika pemeriksaan
Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merempuh dan melanggar seorang anggota polis berpangkat koperal, minggu lepas.

Penghantar makanan maut langgar kotak kuasa TNB
Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan.

Mahkamah tolak rayuan bekas penghantar makanan rogol kanak-kanak
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 18 tahun dan 10 sebatan terhadap seorang bekas penghantar barang yang merogol seorang murid darjah enam di sebuah hotel bajet, empat tahun lepas.

Kereta terbabas dalam kolam takungan najis selepas cubaan larikan diri
Penghantar makanan berusia 19 tahun itu cedera di dahi dan pipi, serta calar di tangan dan kaki.

Penghantar makanan maut motosikal bertembung kereta
Mangsa, Muhammad Hasmadi Jamil, 24, maut di tempat kejadian apabila parah di kepala dan badan.

Penghantar makanan, kanak-kanak dua tahun maut nahas jalan raya
Seorang wanita dan kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut dalam nahas jalan raya membabitkan dua kenderaan di Kilometer 10.2 Jalan Batu Caves, di sini menghala ke Selayang, malam Jumaat.

Penghantar makanan naik kuda hantar pesanan pelanggan
Kejadian jarang berlaku itu menyebabkan orang ramai berpusu-pusu merakam gelagat lelaki tersebut.