SUNGAI PETANI: Cubaan seorang lelaki untuk melarikan diri selepas melanggar seorang penghantar makanan mengundang malang apabila kenderaan dipandunya terbabas ke dalam kolam takungan najis di Jalan Sepuluh, Taman Seri Wang, di sini.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, ketika kejadian kereta jenis Honda Civic yang dipandu lelaki berusia 23 tahun itu berada di laluan sama dengan penunggang motosikal terbabit.
"Namun setiba di lokasi kemalangan, pemandu kereta itu dipercayai terlepas simpang dan membelok ke sebelah kiri jalan (laluan keluar simpang) dengan tergesa-gesa lalu melanggar motosikal yang ditunggangi seorang penghantar makanan.
"Kerana ketakutan, pemandu kereta itu meninggalkan lokasi kemalangan dengan memecut laju kereta.
"Namun tidak sampai 100 meter, pemandu itu hilang kawalan dan kereta terbabas lalu masuk ke dalam kolam takungan najis," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Wan Azharuddin berkata, penghantar makanan berusia 19 tahun itu cedera di dahi dan pipi, serta calar di tangan dan kaki.
Tambahnya, pemandu kereta itu pula mengalami kecederaan di dahi dan badan.
"Hasil siasatan mendapati kemalangan berpunca akibat kecuaian pemandu kereta itu kerana hilang kawalan dan melanggar penunggang motosikal.
"Kenderaan itu ditahan untuk pemeriksaan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya lagi.
Adie Sufian Zulkefli
Mon Jul 15 2024
Keadaan kereta yang terbabas ke dalam kolam takungan najis di Jalan Sepuluh, Taman Seri Wang, dalam kejadian langgar lari pada Isnin. -Foto PDRM
Bank Indonesia beku akaun bank dikaitkan dengan perjudian dalam talian
Penyedia perkhidmatan pembayaran mesti mempunyai sistem pengesanan untuk mengenal pasti akaun yang digunakan untuk transaksi penipuan.
COP29: Penyertaan Malaysia beri kemajuan terhadap matlamat pelepasan karbon sifar bersih
Malaysia buka inisiatif inovatif dan pelaburan besar untuk membolehkan negara melangkah lebih jauh ke arah menjadi negara pelepasan karbon sifar bersih.
KPM fokus enam bidang utama capai standard global Pelan Pembangunan Pendidikan
Kementerian Pendidikan akan meningkatkan usaha mencapai standard global yang telah termeterai dalam kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
Perak bentang Belanjawan 2025 Jumaat depan
Perak akan membentangkan Belanjawan Negeri 2025 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 29 Nov hingga 5 Dis ini.
ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.
Trump calonkan Whitaker sebagai Duta AS ke NATO
Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu menamakan bekas pemangku peguam negara, Matthew Whitaker sebagai pilihannya untuk jawatan Duta AS ke Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Trump berkata Whitaker akan mengukuhkan hubungan dengan rakan kongsi NATO dan berdiri teguh dalam menghadapi ancaman terhadap keamanan serta kestabilan, lapor Agensi Berita Jerman (DPA).
Kapal angkasa kargo Rusia berjaya dilancar ke orbit
Rusia berjaya melancarkan kapal angkasa kargo Progress MS-29 ke orbit menggunakan roket pengangkut Soyuz-2.1a
Taikun India Gautham Adani terpalit rasuah jutaan dolar
Pengerusi Kumpulan Adani India, Gautam Adani didakwa di Mahkamah Persekutuan New York, Amerika Syarikat atas pertuduhan berkaitan skim rasuah dan penipuan besar-besaran. Adani bersama tujuh individu lain, termasuk anak saudaranya, Sagar Adani didakwa membayar rasuah bernilai 265 juta (RM1.18 bilion) kepada pegawai kerajaan India untuk mendapatkan kontrak yang menjana keuntungan AS$2 bilion dalam tempoh 20 tahun.
Remaja Australia minum alkohol beracun di Laos meninggal
Seorang lagi pelancong asing maut akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, pada Khamis.
Polis keluar 276 saman kepada penunggang motosikal bawah umur
Terdapat peningkatan 30 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas yang hanya mencatatkan 206 saman melibatkan penunggang motosikal bawah umur.
Murid tahun satu maut, abang dan rakan parah dalam kemalangan
Seorang murid lelaki Tahun Satu maut manakala abangnya serta seorang rakan mereka cedera parah selepas motosikal dinaiki bertembung dengan sebuah van di Kampung Charok Putih di sini, petang tadi.
Tiga maut, dua parah dalam nahas tiga kenderaan di Lahad Datu
Kejadian melibatkan pertembungan tiga kenderaan iaitu sebuah Nissan Frontier, Proton Iswara Aeroback dan sebuah motosikal.
Video tular: Pemandu lori tidak lari, beredar kerana bimbang keselamatan - Polis
Seorang penunggang motosikal cedera akibat kecuaian pemandu lori yang secara tiba-tiba membelok ke arah kiri untuk masuk ke sebuah simpang di Kilometer 48.7 Lebuhraya Cyberjaya dekat DengkiL.
Kontraktor maut rempuh sekawan lembu
Seorang penunggang motosikal maut selepas merempuh kawanan lembu yang melintas jalan di Kilometer 24 Jalan Ferri, Hutan Melintang, semalam.
Seorang peserta RXZ Members 6.0 maut kemalangan di LPT2
Seorang peserta RXZ Members 6.0 maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lagi motosikal jenis sama dan sebuah treler di Kilometer 379.5 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), petang tadi.
Seorang penunggang motosikal maut dirempuh lori
Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah lori jenis Isuzu di Jalan Sungai Sam-Dabong kira-kira 12.45 tengah hari tadi.
Dua maut kemalangan empat kenderaan di Kota Tinggi
Menurut polis, MPV yang hilang kawalan telah melanggar motosikal sebelum penunggang dan penumpang belakang Xpander tercampak ke bahu jalan.
Motosikal baharu 150cc ke atas perlu dilengkapi ABS mulai tahun depan - Ahmad Zahid
Semua motosikal baharu berkapasiti 150cc dan ke atas perlu mempunyai Sistem Brek Anti Kunci (ABS) mulai 1 Jan depan, yang merupakan antara inisiatif kerajaan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya,
Penunggang motosikal maut langgar tayar lori bergolek di lebuh raya
Seorang penunggang motosikal maut selepas langgar sebuah tayar lori yang bergolek dari arah bertentangan di kilometer 266.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah Utara pada Rabu.