KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memutuskan bahawa dua produk vaksin influenza iaitu Vaxigrip Tetra dan SKYCellflu Quadrivalent yang dihentikan sementara penggunaannya sebelum ini, boleh digunakan semula.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan di laman Facebook hari ini berkata KKM melalui Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah menjalankan penilaian risiko terperinci bagi kedua-dua jenama vaksin yang terlibat.
Katanya, penilaian berkenaan dijalankan berdasarkan informasi diterima daripada Agensi Pencegahan dan Kawalan Penyakit Korea (KDCA), laporan keselamatan tempatan dan global serta badan regulatori antarabangsa lain.
"Sehingga 31 Okt, pihak KDCA mengesahkan bahawa kebarangkalian adalah sangat rendah untuk mengaitkan vaksin influenza sebagai punca kematian seperti yang dilaporkan (sebelum ini).
"Laporan siasatan bagi 72 kes daripada 83 kes kematian (11 kes masih dalam siasatan) tersebut menunjukkan bahawa, punca kematian adalah disebabkan oleh penyakit sedia ada dihidapi oleh individu berkenaan atau sebab lain tiada hubungkait dengan vaksin influenza yang diberikan," katanya.
KKM pada 28 Okt lepas menasihatkan pengamal perubatan menghentikan sementara penggunaan dua produk vaksin influenza tersebut berikutan terdapat laporan kes kematian dikaitkan dengan produk berkenaan di Korea Selatan.
Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata pihak KDCA juga mengesahkan tiada jenama, pengilang atau nombor kelompok vaksin tertentu yang boleh dikaitkan dengan kes-kes kematian yang berlaku.
Katanya, KKM juga telah menilai kualiti produk dan menyemak data laporan kesan advers susulan imunisasi (AEFI) tempatan serta global, meliputi profil keselamatan bagi semua vaksin influenza, termasuk kedua-dua jenama vaksin tersebut.
Tambahnya, sejumlah 1.5 juta dos vaksin influenza dibawa masuk ke Malaysia sehingga Oktober 2020 dengan hasil penilaian kesemuanya termasuk kedua-dua jenama vaksin berkenaan mematuhi standard kualiti yang ditetapkan.
"Hasil semakan lanjut juga menunjukkan tiada kes kematian yang dilaporkan susulan pemberian mana-mana vaksin influenza di Malaysia. Kesan advers yang dilaporkan merupakan kesan advers yang biasa berlaku serta telah didokumentasikan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 03 2020
Sejumlah 1.5 juta dos vaksin influenza dibawa masuk ke Malaysia sehingga Oktober 2020.- Gambar hiasan
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Warga emas disaran ambil vaksin influenza, lindungi diri daripada jangkitan serius
Warga emas disaran mengambil vaksin influenza bagi melindungi diri daripada jangkitan lebih serius.
Kepakaran menghasilkan vaksin ada pada universiti, bukan KKM - Pakar
KKM perlu kerjasama dengan universiti untuk bangunkan vaksin bagi mengelakkan pembaziran dana serta kebergantungan kepada vaksin import.
Pemvaksinan mpox di Republik Demokratik Congo bermula 2 Okt
Usaha pemvaksinan yang akan berlangsung hingga 11 Oktober menyusul berikutan penerimaan lebih 265,000 dos vaksin daripada rakan antarabangsa.
Malaysia bakal raih potensi pelaburan industri halal bernilai RM4 bilion dari China - Ahmad Zahid
Malaysia bakal meraih manfaat potensi pelaburan baharu dari China dalam industri halal bernilai kira-kira RM4 bilion, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
69 peratus kanak-kanak di Gaza terima vaksin polio - Kementerian Kesihatan Palestin
Pencapaian ini dicapai dalam tempoh tujuh hari selepas melancarkan fasa pertama kempen pemvaksinan polio.
Lebih 160,000 kanak-kanak diberi vaksin polio di selatan Gaza - Agensi PBB
Fasa kedua kempen pemvaksinan polio bermula di Khan Younis pada Khamis, susulan kejayaan fasa pertama di kawasan tengah Gaza.
Congo terima kumpulan pertama vaksin mpox
Pesawat yang membawa dos vaksin dihasilkan oleh Bavarian Nordic dan disumbangkan EU itu tiba di ibu negara Kinshasa.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mpox: Singapura beri vaksin JYNNEOS kepada petugas kesihatan, kontak rapat
Singapura akan memberikan vaksin JYNNEOS kepada petugas kesihatan dan kontak rapat kes mpox, menurut Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) dalam satu kenyataan pada Rabu.
160,000 kanak-kanak Gaza terima vaksin polio - Kementerian Kesihatan Palestin
Vaksin diberikan kepada kanak-kanak di pusat-pusat bergerak dan ditetapkan kementerian dan UNRWA yang dihadiri ramai keluarga.