JOHOR BAHRU: Kementerian Pertanian Keterjaminan Makanan (KPKM) yakin pengeluaran beras putih tempatan di seluruh negara dapat dipulihkan dalam tempoh sebulan menerusi Program Khas Beras Putih Tempatan (BPT).
Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata menerusi program itu, kementerian telah mengambil beberapa langkah intervensi termasuk meminta pengilang meningkatkan 20 peratus bekalan beras putih tempatan di pasaran bagi penyelesaian jangka pendek.
Beliau berkata beberapa sesi libat urus dengan pemegang taruh dalam industri padi dan beras negara juga akan diadakan Khamis ini bagi membincangkan mengenai kaedah dan mekanisme untuk memulihkan pengeluaran beras.
"Menerusi sesi libat urus itu, KPKM akan menerangkan kaedah dan mekanisme berkaitan bekalan beras tempatan negara, meliputi penyelesaian bagi jangka masa sederhana dan panjang," katanya ketika diminta mengulas mengenai strategi kementerian bagi memulihkan pengeluaran beras putih tempatan negara.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau bekalan beras putih tempatan di Giant Tampoi, di sini hari ini.
Mohamad berkata inisiatif yang dilaksanakan kementerian sebelum ini seperti Projek Smart Sawah Berskala Besar (Smart SBB) Mini Sekinchan, dijangka akan dapat membantu memulihkan pengeluaran beras tempatan.
Beliau berkata ini adalah kerana projek Smart SBB tersebut mampu mengeluarkan hasil yang memberangsangkan iaitu sebanyak 11 metrik tan padi beras bagi satu hektar sawah.
Setakat ini, katanya bekalan beras putih tempatan mencukupi dengan kawalan harga kekal RM2.60 sekilogram sejak 2008, sekali gus menjelaskan usaha kementerian memulihkan pengeluaran beras itu adalah berikutan permintaannya yang meningkat, susulan peningkatan harga beras import.
Ditanya mengenai 95 peratus orang tengah mengawal penghasilan padi negara pula, beliau berkata ia tidak benar dan hanya sekadar dakwaan sahaja.
Sementara itu, Mohamad mengulangi bahawa KPKM dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sentiasa bekerjasama untuk membanteras isu penukaran label kampit beras, yang sebelum ini dilapor dilakukan bagi memanipulasi harganya di pasaran.
"Perkara ini sedang ditangani. Pihak kawal selia padi beras negara bertindak dan sentiasa mengawasi. Insya-Allah, sekarang ia dalam kawalan dan tindakan penguatkuasaan yang diambil adalah mengikut akta sedia ada," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 05 2023
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu menunjukkan beras putih tempatan yang tiada kenaikan harga dan masih terkawal ketika meninjau stok keterjaminan makanan di Pasaraya Giant Tampoi hari ini. - Foto Bernama
AWANI Ringkas: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah akaun dan tunggakan bil elektrik yang terlibat dalam proses pemotongan bekalan terus meningkat.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Adik Zaliha Mustafa meninggal dunia
Adik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Shamsiah binti Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Pekerja Islam berdepan diskriminasi solat Jumaat diminta buat aduan - Exco
Pekerja beragama Islam yang berdepan isu diskriminasi untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat bermula 1 Jan tahun depan diminta membuat aduan.
Lebih 2,000 alumni bakal sertai Malam Alumni UM 2024
Aktiviti ini dijangka memberi motivasi kepada pelajar baharu dan alumni muda untuk terus mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing.
MediaTek lancar cip Dimensity 8350
Ia dihasilkan menggunakan teknologi 4nm, hadir dengan empat teras CPU Cortex-A715, empat teras CPU Cortex-A510, GPU Mali-G615 MC6, dan NPU 780.
[KOLUMNIS] Perolehan aset terpakai: Pilihan praktikal pertahanan
Pembelian aset terpakai ini terbukti mampu menawarkan jalan tengah yang pantas dan efektif.
Sidang Parlimen: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Fasa akhir pembinaan kapal Littoral Combat Ship (LCS) pertama dijadualkan siap akhir tahun ini dan dilaksanakan mengikut jadual ditetapkan dalam kontrak.
'Kita perlukan pasukan penembak dron' - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata Malaysia memerlukan pasukan penembak dron bagi mengatasi masalah penyeludupan dadah dalam negara.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
KPKM usaha pastikan bekalan beras sentiasa ada di pasaran
Mohamad berkata ketika ini bekalan beras putih tempatan adalah sebanyak 56 peratus, dan dijangka mencukupi.
KPKM pertimbang cadangan penetapan harga lantai belian padi RM1,500 per tan metrik
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan membincangkan cadangan menetapkan harga lantai belian padi pada RM1,500 per tan metrik.
KPKM akui ada premis tidak dapat bekalan beras putih tempatan
KPKM kini giat melaksanakan rombakan strategi melalui pelaksanaan reformasi industri padi dan beras.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 9 Oktober 2024.
Kerajaan rombak strategi tangani isu kekurangan beras putih tempatan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan perkenal empat strategi bagi menyelesaikan isu kekurangan beras putih tempatan.
Cadangan naik harga siling beras putih tempatan dimuktamad sebelum Oktober - Mohamad Sabu
Cadangan kenaikan harga siling beras putih tempatan (BPT) dijangka dimuktamad sebelum Oktober tahun ini, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
Cadangan kenaikan harga siling BPT masih dibincangkan - Mohamad Sabu
Perbincangan berhubung cadangan harga siling beras putih tempatan (BPT) dinaikkan sedang berjalan.
LPP akan mohon kuota tambahan beras putih tempatan
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) akan memohon kuota tambahan beras putih tempatan (BPT) sekiranya jumlah yang diperuntukkan tidak mencukupi.
Keterjaminan makanan: Perak sedia usaha 11,000 tanah terbiar
Kerajaan negeri Perak akan memulakan projek tanaman padi di kawasan tanah terbiar di Kampung Kandang Hulu, Mukim Kota Lama Kanan, Kuala Kangsar.
Stok fizikal beras negara mampu tampung keperluan hampir enam bulan
Stok fizikal beras negara sehingga kini adalah sebanyak 1,096,964 tan metrik termasuk 290,000 tan metrik stok penimbal beras.