ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 9 Oktober 2024.


1. Kerajaan pertimbang tamatkan subsidi telur ayam selepas bekalan pulih - Mat Sabu

Penamatan subsidi itu dapat dimanfaatkan untuk pembangunan sektor agromakanan lain yang lebih mendesak.



2. Sultan Nazrin gesa perangi GISB habis-habisan - Menteri Besar Perak

Gesaan itu dibuat selepas laporan lengkap yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah diteliti.


3. Kerajaan rombak strategi tangani isu kekurangan beras putih tempatan

Salah satu daripadanya adalah pengasingan kuasa beberapa agensi yang akan dilakukan segera.


4. UTP universiti nombor 1 Malaysia dalam ranking Times Higher Education 2025

Universiti Teknologi Petronas (UTP) mencapai kejayaan luar biasa dengan menjadi universiti nombor satu Malaysia yang mendapat tempat dalam Times Higher Education (THE) World University Rankings 2025, melonjak ke kelompok 200-250 daripada kedudukan sebelumnya dalam kelompok 301-350.


5, 'Jangan buat spekulasi, kunjungan dua kapal China ke Pulau Pinang dibuat secara rasmi'

Orang ramai diminta supaya tidak menimbulkan sebarang spekulasi berhubung kunjungan dua kapal latihan dari China bersama pelajar dari Naval University of China ke Pelabuhan Pulau Pinang Sabtu lalu.


6. Sultan Selangor titah bentuk jawatankuasa bagi pemulihan kanak-kanak GISB

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan sebuah jawatankuasa dibentuk bagi pemulihan kanak-kanak yang diselamatkan dari Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd.


7. Mengapa sambut meriah kapal tentera laut China? - Saifuddin

Sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang disifatkan 'tidak masuk akal' terutama ketika perairan Malaysia iaitu di Sabah dan Sarawak diceroboh oleh aset negara berkenaan.


8. 'AS$120 juta yang dikredit ke akaun saya bukan daripada pendapatan peribadi' - Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa AS$120 juta yang dikreditkan ke dalam akaun bank beliau melalui tiga transaksi bukanlah pendapatan peribadinya.


9. Malaysia antara 20 pasaran utama bagi keterangkuman kewangan

Malaysia disenaraikan antara 20 pasaran utama atau tertinggi bagi keterangkuman kewangan berdasarkan analisis global membabitkan 40 pasaran menerusi Indeks Keterangkuman Kewangan Global 2024.


10. Fazura tidak setuju lagu duet dengan Fattah, 'Bertahan Demi Cinta' dipasarkan

Pengurus Fazura, Iman Tang memaklumkan pelakon dan penyanyi itu tidak mengetahui lagu duet bersama bekas suami, Fattah Amin, Bertahan Demi Cinta dipasarkan hanya beberapa hari selepas mereka bercerai.