IPOH: Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) akan memohon kuota tambahan beras putih tempatan (BPT) sekiranya jumlah yang diperuntukkan tidak mencukupi untuk mengatasi isu ketiadaan beras di pasaran.
Bagaimanapun, Ketua Pengarahnya Datuk Azulita Salim berkata penambahan kuota itu bergantung kepada permintaan dan LPP menerima kuota sebanyak 2,500 metrik tan setiap bulan hingga hujung tahun ini untuk dipasarkan.
"Sebagai satu langkah intervensi, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah melantik LPP bersama dengan FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) (untuk) memasarkan beras putih tempatan.
"Kita tahu ia agak sukar untuk diperolehi di pasaran buat masa ini. Perbincangan telah dibuat, sekiranya 2,500 metrik tan tidak cukup, pihak kawal selia sememangnya tidak mempunyai masalah untuk meningkatkan atau menambah lagi kuota untuk LPP," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Peladang Outlet Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Perak yang turut dihadiri Pengerusinya Datuk Sham Mat Sahat di sini hari ini.
Kuota BPT yang diperoleh itu katanya akan dipasarkan ke semua Peladang Outlet di seluruh negara pada harga RM26 bagi 10 kilogram bagi memudahkan orang ramai mendapatkan bekalan berkenaan.
"Kita telah mula memasarkan BPT di Peladang Outlet serta di kedai-kedai peladang dan kita juga akan pasarkan di Peladang Premium Outlet di Perak di bawah PPN Perak," katanya.
Sementara itu, Azulita berkata pembukaan Peladang Premium Outlet yang pertama di Perak itu membabitkan jualan produk-produk berkualiti usahawan PPN.
Menurutnya selain di Perak, Peladang Premium Outlet turut terdapat di Putrajaya, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 18 2024

Penambahan kuota BPT bergantung kepada permintaan dan LPP menerima kuota sebanyak 2,500 metrik tan setiap bulan hingga hujung tahun ini untuk dipasarkan. - Gambar fail

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

LPP mahu perluas kerjasama dengan Jabatan Penjara dalam bidang penternakan
Lembaga Pertubuhan Peladang berhasrat memperluaskan lagi kerjasama dengan Jabatan Penjara Malaysia dalam membangunkan projek berkaitan aktiviti penternakan.

Pesawah kawasan LPP di Kedah rugi RM13.5 juta akibat banjir
Seramai 972 pesawah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) di negeri ini mengalami kerugian kira-kira RM13.5 juta selepas kawasan tanaman padi seluas lebih 1,500 hektar ditenggelami banjir.

LPP akan mohon kuota tambahan beras putih tempatan
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) akan memohon kuota tambahan beras putih tempatan (BPT) sekiranya jumlah yang diperuntukkan tidak mencukupi.

Jualan Agro Madani: Buka peluang perkenal produk jenama Peladang
Menerusi Jualan Agro Madani ini juga pengguna memperolehi manfaat dengan kuasa beli yang mereka ada untuk mendapatkan barangan pada harga yang lebih rendah.

Ada letupan, kakitangan LPP terpaksa keluar dari bangunan
Kakitangan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) terpaksa keluar dari bangunan kerana dipercayai berlaku letupan di tingkat lima bangunan tersebut.

Bekalan beras cukup, rakyat diminta tidak buat pembelian panik - LPP
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) memberi jaminan bahawa bekalan beras putih tempatan di negara ini mencukupi.

700 tan metrik beras tempatan diedar mulai Jumaat - LPP
Sejumlah 700 tan metrik beras putih tempatan akan mula diedar ke seluruh Semenanjung Jumaat ini, sebagai langkah awal intervensi dalam menangani permintaan bahan makan ruji negara itu.

Bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM200 kepada pesawah, nelayan 10 April ini
Penyaluran bantuan kepada pesawah dan nelayan yang layak secara one-off sebanyak RM200 seorang akan mula dibayar pada 10 April 2023.

Lembaga Pertubuhan Peladang N.Sembilan tanam kelapa di tanah adat terbiar
Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Sembilan mengusahakan penanaman kelapa di tanah adat terbiar seluas 21.04 hektar di Rembau bagi meningkatkan pendapatan ahlinya di negeri ini.

LPP import 4,536 metrik tan ayam dari Thailand, jadi stok pengimbal
Ia dijangka mampu menampung 20 peratus bekalan dalam negara menerusi pengimportan 4,536 metrik tan sumber protein berkenaan secara berperingkat dari Thailand.