PELABUHAN KLANG: Inisiatif pelaksanaan stok pengimbal ayam oleh Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dijangka mampu menampung 20 peratus bekalan dalam negara menerusi pengimportan 4,536 metrik tan sumber protein berkenaan secara berperingkat dari Thailand, sehingga hujung Julai depan.
Ketua Pengarah LPP Datuk Azulita Salim berkata pengimportan bekalan ayam itu bertujuan menjadi stok pengimbal dalam mengimbangi sebarang ketidakstabilan atau kenaikan harga sekiranya ada kawasan yang dilaporkan berlaku kekurangan bekalan sumber protein di seluruh negara.
Beliau berkata peruntukan RM50 juta telah diluluskan Kabinet bagi pelaksanaan program berkenaan.
"Kesemuanya stok ayam yang masuk ke dalam negara melalui program ini juga telah disahkan dari segi kualiti oleh Jabatan Veterinar Malaysia dan diakui persijilan halalnya," katanya selepas meninjau bilik sejuk Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Selangor, hari ini.
Menurutnya permulaan enam kontena dengan setiap satunya berisi 20 hingga 21 metrik tan ayam, diimport dari pengeluar ayam di Thailand oleh PPN Selangor dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas).
Azulita berkata selain PPN Selangor, PPN Johor juga akan mengimport ayam sebanyak tiga kontena dan PPN Perak sebanyak lima kontena dalam masa terdekat.
"Seekor ayam diimport ini mempunyai berat antara 1.7 hingga 2 kilogram (kg) yang memenuhi kehendak berat pasaran ayam tempatan pada kadar 1.8 kg," katanya.
Mengulas berhubung tahap pengeluaran ayam yang dikendalikan agensinya bagi mengurangkan kebergantungan import, beliau menegaskan pengeluaran ternakan ayam pihaknya ketika ini berjumlah kira-kira 1.8 hingga 2 juta metrik tan.
"Kita memang sangat menyokong keputusan kerajaan supaya (LPP) dapat mengeluar sendiri ayam. Kita mungkin agak terhad dari segi peruntukan, namun usaha ini sedang dilaksanakan secara berterusan supaya kita dapat bantu (meningkatkan) bekalan ayam (dalam negara)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 29 2022
Azulita (tengah) menunjukkan ayam bulat import di dalam kontena dengan kapasiti 120 metrik tan ketika mengadakan tinjauan ke kilang pemprosesan ayam Pertubuhan Peladang Negeri Selangor hari ini. - Foto BERNAMA
Kedudukan geopolitik Malaysia amat signifikan bantu bangun semula Gaza - IKIM
Dalam konteks geopolitik, Malaysia berada dalam kedudukan strategik untuk menjalin kerjasama erat dengan negara-negara anggota OIC.
Usaha babitkan perjuangan Palestin tidak wajar dipersoal - ABIM
Usaha itu turut digembleng bersama sumbangan peribadi rakyat Malaysia yang prihatin serta memperlihatkan solidariti nasional.
Pembekal buntu buah kelapa kurang menjelang Thaipusam
Seorang pembekal utama buah kelapa di Pulau Pinang mendakwa mengalami kerugian puluhan ribu ringgit menjelang perayaan Thaipusam susulan masalah pengeluaran hasil komoditi berkenaan.
Pembukaan NADI pupuk komuniti lebih berinovatif, interaktif
Kemudahan NADI membantu pelajar dan penduduk mempelajari ilmu baharu yang relevan dengan perkembangan semasa.
Perpaduan dan nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan - Zaliha
Di sebalik pembangunan dan kemodenan Wilayah Persekutuan yang merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, tersemat semangat perpaduan dan nilai kekeluargaan di setiap sudutnya.
Polis Filipina sahkan pemergiaan Malabed satu kehilangan
Polis Filipina pada Jumaat mengesahkan seorang pegawainya Kolonel Polis Pergentino Malabed berada dalam pesawat American Airlines yang terhempas ke Sungai Potomac selepas bertembung dengan helikopter Black Hawk Tentera pada Rabu.
Junta tentera lanjutkan darurat
Junta Tentera melanjutkan darurat selama enam bulan lagi, sehari sebelum ulang tahun keempat rampasan kuasa.
Hamas umum nama tiga tebusan bakal dilepaskan
Hamas pada Jumaat mengumumkan nama tiga tebusan yang bakal dilepaskan pada Sabtu.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Pemimpin pembangkang India ditahan atas dakwaan rogol, serangan
Seorang pemimpin parti pembangkang Kongres India ditangkap pada Khamis atas tuduhan rogol dan serangan.
FDA lulus ubat baharu berpotensi jadi alternatif opioid
Pil itu dinamakan Journavx, yang digunakan untuk merawat sakit akut jangka pendek yang sering berlaku selepas pembedahan atau kecederaan.
[KOLUMNIS] Telur oh telur
AYAM penelur hanya dapat bertelur apabila mencapai usia 18 - 20 minggu.
Lima syarikat pengisar makanan ayam dikesan terbabit perjanjian antipersaingan, langgar Akta 712 - MyCC
Siasatan mendapati maklumat perdagangan sensitif telah dikongsi antara syarikat terbabit yang dilihat berpotensi mengganggu persaingan dalam pasaran.
Koperasi digalak terlibat dalam ternakan dan import ayam - Noh Omar
Semua koperasi di negara ini digalakkan terlibat dalam sektor ternakan dan import ayam dalam memastikan bekalan dengan harga lebih murah dapat diberikan kepada rakyat.
Usahawan FELDA : Nik Agro Farm sasar pengeluaran 15,000 anak ayam kampung asli
Permintaan terhadap ayam kampung adalah sangat tinggi dan sering menjadi pilihan kepada mereka yang mementingkan nutrisi terbaik.
Kerana seekor ayam, lelaki ini didenda RM813
Seorang lelaki berusia 83 tahun didenda sebanyak AS$194.77 (RM813) kerana ayam jantan miliknya berkokok tanpa henti pada waktu pagi.
Ayam murah di Dungun punya sijil halal - Exco
Ayam yang dijual dengan harga murah di sebuah pasar raya di Dungun sejak beberapa bulan lepas disahkan mempunyai sijil halal dan diimport dari China.
Harga ayam dan Akta Persaingan 2010
Saban tahun kita disajikan dengan harga ayam yang meningkat naik terutamanya ketika musim perayaan. Dimana puncanya? Apa pula peranan Akta Persaingan 2010?