KUALA LUMPUR: Kakitangan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) terpaksa keluar dari bangunan yang terletak di Jalan Sultan Salahuddin dekat sini kerana dipercayai berlaku letupan di tingkat lima bangunan tersebut.
Turut berada di lokasi kejadian ialah Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.
Beliau sepatutnya menyertai sesi libat urus bersama media yang dijadualkan kira-kira jam 2.30 petang.
Kelihatan satu jentera bomba telah tiba dilokasi kejadian bagi memeriksa kejadian tersebut.
Sementara itu, Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Rusdi Ismail berkata, kebakaran kabel bawah tanah dipercayai menjadi punca suasana di bangunan LPP di Jalan Sultan Salahuddin dekat sini dikejutkan dengan bunyi letupan dalam kejadian pada Selasa.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 2 petang.
"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul dengan kekuatan tujuh anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian pada jam 2.09 petang kemudiannya menerima makluman awam berkaitan letupan di dalam bilik elektrik di salah satu tingkat di bangunan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Menurutnya, pemeriksaan awal kemudian dijalankan bagi mengenal pasti punca awal kejadian.
"Hasil pemeriksaan anggota bomba bersama juruelektrik bangunan mendapati letupan berpunca daripada kebakaran kabel dibawah tanah.
"Kebakaran bagaimanapun tidak melibatkan struktur bangunan dan juga mangsa di lokasi kejadian," ujarnya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Oct 24 2023

Kakitangan LPP terpaksa keluar dari bangunan yang terletak di Jalan Sultan Salahuddin dekat sini kerana dipercayai berlaku letupan di tingkat lima bangunan tersebut. - Foto Sinar Harian

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Ada letupan, kakitangan LPP terpaksa keluar dari bangunan
Kakitangan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) terpaksa keluar dari bangunan kerana dipercayai berlaku letupan di tingkat lima bangunan tersebut.