KLANG: Bekas wartawan penyiaran Datuk Karam Singh Walia menasihati pengamal media muda dan baharu dalam bidang kewartawanan untuk tidak mengejar populariti semata-mata dalam melaporkan sesuatu isu berkaitan rakyat.
Karam, 65, yang terkenal dengan menyelitkan pantun dan kiasan ketika menyampaikan laporan beritanya berkata wartawan perlu menjadi pejuang utama kepada isu dan masalah rakyat serta tidak bercakap tentang perkara yang remeh-temeh.
"Yang paling penting buat kerja dengan hasrat, kemampuan dan iltizam yang cukup mendalam. Tidak perlu berfikir dan kejar 'glamour' kerana bila kita buat kerja dengan hasrat baik dan ikhlas, maka rakyat, penonton dan mereka yang membaca berita di luar sana tahu (kita buat kerja)," katanya.
Beliau menitipkan nasihat itu ketika ditemui pemberita selepas menerima sumbangan Tabung Kasih@HAWANA yang disampaikan Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching di kediamannya di Taman Sri Andalas di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Arul Rajoo Durar Raj.
Karam turut menzahirkan ucapan terima kasih atas sumbangan berkenaan dan terharu dengan kunjungan rakan-rakan dari pelbagai agensi media ke kediamannya hari ini.
Selain wang tunai, beliau turut menerima sumbangan barangan daripada Syarikat Pusat Pakaian Hari-Hari dan AEON Big.
Karam pernah berkhidmat sebagai wartawan di Media Prima selama 20 tahun bermula 1995 sebelum mengambil keputusan untuk bersara pada 2014 kerana masalah kesihatan.
Beliau kini mengalami keuzuran akibat penyakit hati dan buah pinggang sejak dua tahun lepas.
Sementara itu, Teo berkata semangat dan mutu profesionalisme yang ditonjolkan oleh Karam sepanjang berkhidmat sebagai wartawan boleh menjadi contoh yang baik kepada pengamal media.
Menurut Teo beliau berbesar hati dapat menziarahi ikon kewartawanan itu kerana Karam merupakan individu yang memenangi dua anugerah pada Anugerah Sri Angkasa 2004.
Beliau berkata Karam merupakan penerima ke-103 Tabung Kasih@HAWANA dan pihaknya menyasarkan untuk menyantuni kira-kira 90 pengamal serta bekas pengamal media menjelang akhir tahun ini.
Teo menyeru mana-mana wartawan atau bekas pengamal media yang berada dalam keuzuran dan memerlukan bantuan untuk menghubungi Bernama selaku urus setia bantuan bagi mendapatkan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA.
Tabung Kasih@HAWANA yang diwujudkan sempena sambutan HAWANA 2023 bertujuan menyantuni wartawan dan petugas media, sama ada yang masih dalam perkhidmatan mahupun telah bersara, yang keuzuran atau memerlukan bantuan.
Ia merupakan inisiatif Kementerian Komunikasi yang dilaksanakan menerusi Bernama.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 14 2024

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching (kiri) menziarahi Bekas Wartawan Penyiaran TV3, Datuk Karam Singh Walia 65, yang mengidap penyakit hati dan buah pinggang serta menyampaikan sumbangan Kasih@HAWANA di kediamannya. - Foto BERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Fahmi bertemu wakil organisasi, pengamal media bincang isu gaji dan hilang kerja
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini mengadakan pertemuan dengan beberapa wakil organisasi dan pengamal media bagi membincangkan isu kebajikan kakitangan media.

Dakwa paksa peluk Islam, Jakim seru pengamal media hormati sensitiviti masyarakat tempatan
Pengamal media perlu sentiasa menghormati sensitiviti budaya, agama dan Perlembagaan Persekutuan dalam melaporkan sebarang isu yang melibatkan masyarakat tempatan.

Kementerian Komunikasi terus pastikan kebajikan pengamal media terbela - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan terus mengutamakan kebajikan dan keperluan pengamal media, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Kerjasama pintar, hubungan baik dengan media penting - KSN
Kerjasama pintar serta hubungan baik antara perkhidmatan awam dengan pengamal media penting dalam usaha memastikan penyampaian maklumat yang berkesan kepada rakyat.

PM Anwar bertemu pengamal media, kongsi perkembangan hala tuju negara
Anwar berkata sesi itu penting supaya penjelasan dapat diberikan khususnya mengenai prestasi jemaah menteri, dasar luar dan ekonomi negara.

Dua wakil Astro terima anugerah kewartawanan pada Nambikkai Star Icon Awards
Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah dipilih sebagai pemenang Anugerah Juri bagi kategori Wartawan Terbaik manakala Mahendran Veluplay dari Astro Seithigal memenangi kategori Pembaca Berita Popular.

Fahmi sedia dengar pandangan pengamal media cadangan pindaan Akta Mesin Cetak
Menteri Komunikasi sedia mendengar pandangan daripada pengamal media berhubung cadangan pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Pengamal media perlu bantu bendung elemen negatif di media sosial - Fadillah
Pengamal media sebagai rakan komunikasi strategik kerajaan perlu bersama membantu membendung elemen negatif di media sosial termasuk buli siber dan menangkis berita palsu.

MPI anjur pelbagai program perkasa pengetahuan pengamal media dalam AI - Presiden
MPI. menganjurkan pelbagai program bagi memperkasakan pengetahuan pengamal media tempatan termasuk penggunaan teknologi AI.

Pengamal media dipelawa bekerjasama cari jalan terbaik depani era digital
Kemunculan kecerdasan buatan dalam industri media tidak seharusnya dilihat sebagai satu ancaman.