SHAH ALAM: Pendakwaan hari ini memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada 40 pertuduhan menerima rasuah membabitkan Sistem Visa Luar Negara (VLN).
Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun, ketika dihubungi melalui WhatsApp, mengesahkan perkara itu.
"Ya, pendakwaan telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes DS Zahid (Ahmad Zahid) petang ini," katanya.
Pada 23 Sept lepas, Mahkamah Tinggi Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa membebaskan Ahmad Zahid, 69, yang juga Presiden UMNO, selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap beliau.
Dalam penghakimannya, Mohd Yazid berkata tiga saksi utama pendakwaan tidak boleh dipercayai.
Beliau juga berkata mereka memberi keterangan bahawa wang telah dimasukkan ke dalam sampul berwarna coklat pada setiap kali penghantaran namun pendakwaan tidak mengemukakan sebarang sampul sebagai bukti.
"Tiada bukti dikemukakan untuk menunjukkan saiz sampul yang digunakan. Saya tidak boleh bayangkan sampul surat apa dan saiznya yang boleh memuatkan wang tunai sebanyak SG$600,000 bersamaan kira-kira RM1.6 juta pada masa yang material," katanya.
Ahmad Zahid didakwa atas 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah SG$13.56 juta daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri bagi melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali perkhidmatan pusat sehenti (OSC) di China dan sistem VLN serta mengekalkan perjanjian kontraknya dengan Kementerian Dalam Negeri bagi pembekalan sistem bersepadu VLN.
Bagi tujuh pertuduhan lagi, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu didakwa memperoleh untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3.125 juta, 15,000 Swiss Franc and US$15,000 daripada syarikat sama yang diketahui mempunyai kaitan dengan tugas rasmi beliau.
Beliau didakwa melakukan kesemua kesalahan di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya serta Country Heights Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 26 2022
Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun, mengesahkan pendakwaan telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Ahmad Zahid. - Gambar fail
Gaji minimum dinaikkan ke RM1,700 bermula Februari 2025
Penguatkuasaan gaji minimum itu ditangguhkan bagi majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja bagi tempoh 6 bulan iaitu berkuat kuasa pada 1 Ogos 2025.
Yuran SBP, IPTA akan dinaikkan kepada kumpulan kaya
Jelas Anwar yang juga Menteri Kewangan, penyasaran subsidi seumpama itu akan turut melibatkan kesihatan awam.
Bantuan Awal Persekolahan kekal, kerajaan peruntukkan RM800 juta
Kerajaan mengumumkan akan meneruskan Bantuan Awal Persekolahan (BAP), dengan hampir 500 juta ringgit diperuntukkan kepada 5.2 juta murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 tanpa mengira pendapatan ibu bapa.
Keputusan representasi Papagomo gugur kes hasut 6 Januari 2025
Keputusan representasi dikemukakan bekas Exco Pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali Papagomo bagi menggugurkan pertuduhan menghasut yang mendatangkan kebencian terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim akan diketahui 6 Januari depan.
Fenomena air pasang di Pelabuhan Klang terkawal
Sebanyak enam balai terlibat bagi pemantauan ini dan tumpuan adalah untuk melihat jika fenomena itu memberikan kesan signifikan kepada masyarakat setempat.
Chegubard akan kemuka representasi gugur tuduhan fitnah
Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard akan mengemukakan representasi bagi menggugurkan pertuduhan mengeluarkan kenyataan fitnah yang akan merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, Januari lepas.
Na'imah gagal tangguh sementara bayar RM313.82 juta kepada LHDN
Isteri bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na'imah Abdul Khalid gagal menangguhkan sementara perintah supaya membayar tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM313.82 juta kepada LHDN.
Tiga termasuk dua pegawai penguat kuasa, Pulau Pinang ditahan
Dua pegawai agensi penguat kuasa dan seorang warga Bangladesh ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang kerana dipercayai terbabit mengatur kemasukan warga asing menerusi laluan kaunter khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.
Terus perangi Rasuah, peruntukan SPRM ditingkatkan kepada RM360 juta
Kerajaan memberi kebebasan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dan mengambil tindakan tegas bagi mengheret pesalah rasuah ke muka pengadilan.
Belanjawan 2025: RM150 juta kepada PBT dan JPS, RM600 juta kepada NADMA
Anwar berkata pengurusan bencana negara terus ditambah baik di samping menyegerakan pelaksanaan projek tebatan banjir melibatkan kerjasama semua kontraktor.
TPM Zahid sasar tingkatkan hubungan Malaysia-Filipina melalui industri TVET dan Halal
Eksport halal Malaysia ke Filipina meningkat 7.4 peratus pada 2023, menjadikan negara itu destinasi eksport halal Malaysia ke-8 terbesar dunia.
Ahmad Zahid berjumpa Ferdinand Marcos Jr, komited kukuhkan kerjasama bilateral dengan Filipina
Ahmad Zahid melakukan kunjungan hormat terhadap Presiden Filipina, Ferdinand Romualdez Marcos Jr, sempena lawatan rasmi tiga hari beliau ke negara itu.
Ahmad Zahid nasihat orang ramai waspada situasi banjir, patuhi arahan
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata semua pihak perlu mematuhi arahan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga.
MoF, BNM, KPKT bincang strategi pinjaman perumahan jangka panjang - Zahid Hamidi
Cadangan Dasar Perumahan Negara, termasuk meneliti pemberian pinjaman perumahan berjangka masa panjang, akan dibincangkan oleh MoF, BNM dan KPKT.
Kenyataan Zahid Hamidi buktikan kesatuan pimpinan Kerajaan Perpaduan - Fahmi
Kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang mengingatkan pimpinan UMNO supaya tidak 'mengusik' rakan-rakan parti komponen membuktikan semangat perpaduan dalam kerajaan.
"Pemimpin UMNO jangan 'usik' rakan komponen Kerajaan Perpaduan" - Ahmad Zahid
Pemimpin UMNO diingatkan agar tidak 'mengusik' rakan-rakan parti komponen Kerajaan Perpaduan sehingga menimbulkan masalah.
Projek RTB Bagan Datuk bawa 1,001 manfaat, kurangkan impak banjir - Ahmad Zahid
Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Tebuk Semani dan Kampung Sungai Nipah di Bagan Datuk, Perak akan membawa 1,001 manfaat kepada penduduk.
Sedia infrastruktur sesuai sokong industri e-sukan - Ahmad Zahid
Latihan dan bimbingan tidak seharusnya tertumpu kepada usaha melahirkan seorang atlet e-sukan semata-mata, tetapi juga sebagai pencipta kandungan digital atau pembangun perisian.
Hi-TVET akan terus diperkukuh dengan program berimpak tinggi - Ahmad Zahid
Ini termasuk memilih Melaka sebagai pusat Hi-TVET di UTeM menerusi program kecerdasan buatan (AI), Internet Kebendaan (IoT) dan robotik.
PM mahu rumah Orang Asli dibina ikut budaya mereka - Ahmad Zahid
Perdana Menteri mahu pembinaan rumah bagi penempatan masyarakat Orang Asli didirikan mengikut cita rasa dan budaya masyarakat itu.