SEJAM lebih saya berpeluang membawa dan menerangkan sendiri satu persatu 10 #TuntutanRakyat yang utama kepada Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Kementerian Kewangan pukul 1.30 tengah hari tadi.
10 Tuntutan Rakyat ini merupakan rumusan isu-isu utama termasuk tambah baik pakej bantuan i-Citra, moratorium, LPPSA, BPR yang kami Pemuda UMNO rumuskan hasil maklum balas ribuan komentar dan mesej-mesej peribadi yang kami terima termasuk Hotline Pemuda UMNO.
Ini merupakan pertemuan kedua selepas ikhtiar kami membawa suara rakyat ini kepada Datuk Seri Ismail Sabri Jumaat lalu. Saya katakakan kepada YB Tengku Zafrul: “Tolonglah YB, ini harapan rakyat teramai di bawah yang memang amat susah, terdesak dan tertekan ketika ini!”.
10 PERMINTAAN RAKYAT UNTUK TAMBAH BAIK BANTUAN RAKYAT
1. Segerakan Bantuan Khas COVID-19 (BKC), jangan tunggu bulan Ogos. Itupun belum ada tarikh bulan Ogos bagi tujuan pembayaran. Rakyat amat terdesak sekarang. (Nota: Nilai BKC adalah RM250 untuk M40, RM800 untuk B40; RM1,300 untuk miskin tegar; RM100 untuk bujang)
2. Jangan berkira sangat, luluskan sahaja kedua-dua kategori penerima BPR/BKC dan penerima GKP-Geran Khas Prihatin (M40: BKC (RM250) + GKH (500) = RM750 sahaja; B40: RM300 + GKH:RM500 = RM800 sahaja). Ramai mengadu dinafikan BPR/BKC kerana GKP sedangkan GKP untuk bantu perniagaan terjejas sedangkan BPR/BKC lebih kepada keperluan menampung kehidupan diri dan keluarga.
3. Permudahkan proses rayuan tanpa perlu banyak dokumen pembuktian pengurangan pendapatan. Karenah birokrasi akan menyusahkan rakyat terutamanya M40 yang hanya menerima RM250 (takut-takut kos nak merayu akhirnya yang tinggal berbaki jika berjaya sekalipun sudah tidak berbaloi).
4. LHDN wajar ambil kira data terkini. Ramai di kalangan rakyat terutamanya M40 yang jatuh ke kategori B40 sejak awal tahun ini ketika PKP 2.0 dan makin parah apabila PKP 3.0. Data pembayaran cukai 2020 tidak menggambarkan realiti sebenar keadaan majoriti rakyat!
5. Kerajaan wajar menambah suntikan fiskal dengan meningkatkan jumlah BKC terutamanya untuk M40. Nilai RM250 terlalu sedikit dalam keadaan rakyat sudah sampai ke peringkat terdesak.
6. Tambah baik i-Citra dengan dibenarkan pengeluaran secara ‘lump sum’ berbanding berkala setiap bulan dan kadar lebih tinggi mengikut simpanan pencarum, contohnya RM10,000 atau berkadaran dengan jumlah simpanan dalam Akaun KWSP.
7. Benarkan akses kepada Akaun 1 KWSP dan permudahkan pengeluaran i-Citra tanpa perlu melalui karenah birokrasi dalam pengeluaran dan permohonan.
8. Benarkan akses kepada golongan T20 dan M40 untuk mengeluarkan caruman pada kadar lebih tinggi bagi tujuan melangsaikan komitmen-komitmen seperti hutang akibat daripada pendapatan yang terjejas secara mendadak.
9. Selaraskan kaedah penawaran moratorium yang dibuat oleh bank-bank dengan tidak mengenakan faedah terakru sehingga rakyat terpaksa membayar kos pinjaman lebih tinggi akibat memilih moratorium. Perluaskan juga moratorium kepada agensi kerajaan termasuk LPPSA.
10. Bantuan khas kecemasan untuk peniaga-peniaga kecil yang ramai mula terpaksa gulung tikar akibat PKP 3.0 yang berpanjangan dan tiada berkesudahan.
Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Kenyataan Media
Tue Jul 13 2021

Asyraf mengadakan pertemuan dengan Tengku Zafrul di Kementerian Kewangan pada tengah hari Selasa. - Gambar/ Datuk Asyraf Wajdi Dusuki

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.

Ketua Pemuda UMNO 'hadir awal' ke Istana Kehakiman Putrajaya
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh dilihat hadir lebih awal berbanding pemimpin parti lain apabila sempat memuat naik gambar sedang berjoging di hadapan Istana Kehakiman Putrajaya.

Saya akan hadir beri sokongan moral kepada Najib - Akmal Saleh
Pemuda UMNO menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong dan sebagai ahli parti, beliau akur dan menghormayi yang yang dinyatakan oleh parti.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 29 Disember 2024.

Pengampunan Diraja: Adam Adli gesa Dr Akmal tarik semula kenyataan
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh digesa untuk menarik balik kenyataannya yang mempertikaikan pengampunan diraja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lagu AI 'Hussein Hussein untuk Mahkota' tarik perhatian pengundi
Lagu 'Hussien Hussien untuk Mahkota' yang menggunakan suara kecerdasan buatan (AI) antara pendekatan Barisan Nasional (BN) bagi menarik perhatian pengundi pada PRK DUN Mahkota.
![[KOLUMNIS] PRK DUN Mahkota: UMNO diuji di negeri kubunya [KOLUMNIS] PRK DUN Mahkota: UMNO diuji di negeri kubunya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81691812118_PilihanrayaHariMe.jpg)
[KOLUMNIS] PRK DUN Mahkota: UMNO diuji di negeri kubunya
Kalau kita lihat keputusan lepas, BN seharusnya boleh menang dengan majoriti lima angka kali ini kerana BN dan PH sudah bergabung di peringkat pusat.

Kelantan beri peruntukan sama rata kepada semua ADUN
Kerajaan Kelantan memberi peruntukan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk kepada ADUN pembangkang di negeri ini.

PAU 2024: Akmal cadang tukar Menteri Komunikasi dengan wakil UMNO
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kepada Presiden UMNO agar Menteri Komunikasi digantikan dengan wakil daripada UMNO.

Zahid Hamidi setuju dengan Dr Akmal, UMNO mahu dua pertiga kerusi pada PRU16
Presiden UMNO tidak puas hati jumlah kerusi yang ada sekarang namun menegaskan, sekiranya mahu dua pertiga, UMNO perlu bekerja lebih keras.

Wanita UMNO mahu calon wanita kekal di PRK DUN Mahkota
Wanita UMNO menuntut supaya calon yang bertanding bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Johor dipilih daripada sayap berkenaan.