JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang pemandu bas kilang hari ini bagi membantu siasatan kejadian poster sebuah parti politik yang telah dirosakkan menggunakan senjata tajam di kawasan Tampoi di sini.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata lelaki berusia 62 tahun itu ditahan kira-kira 5.35 pagi, berdasarkan hasil risikan sepasukan 'Team Cantas' Jabatan Siasatan Jenayah.
Beliau berkata hasil siasatan, pihaknya merampas sehelai bendera parti politik berukuran 117 sentimeter (cm) x 58 cm dan sebilah pisau mata gergaji berukuran 34cm daripada lelaki itu.
"Turut dirampas, satu kamera papan pemuka jenama WDR berdefinisi tinggi, sebuah bas kilang jenis Hino serta satu telefon bimbit jenis ZTE Blade.
"Hasil semakan mendapati lelaki itu mempunyai satu rekod jenayah lampau, " katanya dalam kenyataan hari ini.
Kamarul Zaman berkata lelaki berkenaan direman empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Beliau turut menasihatkan semua parti dan penyokong agar menghormati satu sama lain serta tidak melakukan kerosakan terhadap poster, gegantung, kain rentang dan sebarang tindakan khianat terhadap harta benda parti politik.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 01 2023

Kamarul Zaman berkata lelaki berusia 62 tahun itu ditahan kira-kira 5.35 pagi, berdasarkan hasil risikan sepasukan 'Team Cantas' Jabatan Siasatan Jenayah. - Gambar fail/Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Polis kesan tiga lagi suspek kes langgar lari di Jalan Klang Lama
Polis sedang mengesan tiga lagi suspek dalam kejadian langgar lari melibatkan dua kenderaan yang dipandu secara melulu di hadapan sebuah pusat hiburan di Jalan Klang Lama, di sini, awal pagi semalam.

Ibu dan teman lelaki disyaki dera kanak-kanak berusia tujuh tahun hingga mati ditahan
Seorang wanita dan teman lelakinya ditahan kerana disyaki mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun sehingga meninggal dunia di sebuah rumah di Taman Bukit Ampang dekat sini semalam.

Dua rakan didakwa rompak tiga individu termasuk wanita warga Rusia
Hakim tidak menawarkan jaminan kepada kedua-dua tertuduh dan menetapkan sebutan kes pada 7 Februari tahun depan.

Kes ganja: Reman pelawak dilanjut empat hari, rujuk pejabat pendakwaan
Lanjutan sehingga Sabtu itu dikeluarkan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan di Mahkamah Majistret Teluk Datok di Banting.

Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.

Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.

Tiga lelaki curi kabel TM ditahan selepas larikan diri 60 kilometer
Tiga lelaki yang disyaki mencuri kabel Telekom Malaysia Berhad (TM) berjaya ditahan manakala seorang lagi lolos setelah melarikan diri sejauh 60 kilometer (km) apabila dikejar oleh anggota polis.

Kes curi: Pembantu peribadi pelakon wanita dibebas dengan jaminan polis
Wanita itu ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes curi di rumah seorang pelakon wanita yang juga majikannya di Taman Cempaka membabitkan kerugian kira-kira RM30,000, pada 26 Jun lalu.

Polis tumpas 'Geng Vennu' terlibat kes pecah masuk premis perniagaan di Pahang
Polis menahan dua anggota kumpulan 'Geng Vennu' yang disyaki terlibat dalam beberapa kes pecah masuk premis perniagaan di Pahang.

Polis tahan dua pengasuh disyaki dera, abai kanak-kanak di taska
Polis menahan dua pengasuh wanita disyaki melakukan penderaan dan pengabaian kanak-kanak di sebuah taska di Semenyih, bulan lepas.