Ringkasan AI
- Pembantu peribadi kepada seorang pelakon wanita popular yang ditahan kerana mencuri barang kemas bernilai kira-kira RM30,000 dibebaskan dengan jaminan polis setelah tempoh reman tamat.
- Suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau dan kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu curi di dalam bangunan.
- Wanita itu ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak dan direman selama empat hari sebelum dibebaskan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintenden Nazruel Ekram Abu Saare berkata, wanita itu dibebaskan setelah tempoh reman tamat pada Ahad.
"Suspek dibebaskan dengan jaminan polis, sementara siasatan kes dilengkapkan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Pada Jumaat, media melaporkan wanita itu ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes curi di rumah seorang pelakon wanita yang juga majikannya di Taman Cempaka di sini, membabitkan kerugian kira-kira RM30,000, pada 26 Jun lalu.
Nazruel Ekram dilaporkan berkata, wanita itu ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak dan direman empat hari hingga Ahad.
Suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau dan kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu curi di dalam bangunan. -Sinar Harian