Memetik laporan liputan6.com, Luna ditemui oleh kru produksi dalam keadaan sesak nafas dan terduduk di atas lantai.
Perkara itu turut dikongsi oleh peminatnya di Instagram, akibat kejadian tersebut, Luna telah mengalami luka kecil di tubuhnya.
Kru produksi mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena berlaku terhadap pelakon itu apabila dia berada di dalam bilik air selama hampir satu jam.
Hos Raffi Ahmad turut berada di kawasan kejadian dan turut membantu kru produksi untuk mengangkat Luna bagi mendapatkan rawatan di hospital berdekatan.
Seperti yang dimaklumkan oleh pembantu peribadinya, Luna telah mengalami masalah kesihatan sejak beberapa hari lalu.