KUALA LUMPUR: Polis menahan dua pengasuh wanita disyaki melakukan penderaan dan pengabaian kanak-kanak di sebuah taska di Semenyih, bulan lepas.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata kedua-duanya yang berusia 22 tahun ditahan pada 29 Jan lepas, susulan polis menerima laporan daripada seorang wanita pada 27 Jan lepas yang menemukan kesan lebam pada dahi bayi perempuannya berusia 11 bulan semasa mengambilnya dari taska berkenaan, namun tidak pasti puncanya.
"Hasil semakan rakaman kamera litar tertutup di taska itu mendapati mangsa (bayi perempuan) telah terjatuh dari kerusi bayi.
"Ibunya memaklumkan menerima mesej daripada individu tidak dikenali yang menghantar beberapa video memaparkan perbuatan disyaki penderaan dan pengabaian terhadap mangsa oleh pengasuh di taska itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mangsa dihantar ke taska itu sejak Ogos 2023 manakala hasil pemeriksaan fizikal di Hospital Kajang mengesahkan mangsa mengalami kecederaan 'soft tissue injury over frontal' (kecederaan tisu lembut pada bahagian hadapan kepala).
Mohd Zaid berkata kedua-duanya yang negatif terhadap dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau telah diberi jamin setelah keterangan diambil.
Siasatan katanya dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat kes Insp Mohamad Faeez Norzah menerusi talian 013-2773 407.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 10 2024

Mohd Zaid berkata kedua-duanya yang negatif terhadap dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau telah diberi jamin setelah keterangan diambil. - Gambar hiasan/Unsplash

Tingkat kemahiran, produktiviti mampu lonjak pendapatan - PM Anwar
Anwar berkata langkah ini bagi memastikan individu memperoleh lonjakan pendapatan seiring dengan peningkatan produktiviti.
[TERKINI] Amaran cuaca panas tahap jaga-jaga di Pendang, Pokok Sena, Baling
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) di Pendang, Pokok Sena dan Baling di Kedah.
AWANI Ringkas: Kebimbangan Sultan Pahang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

KWSP kekal kukuh dengan strategi pelaburan seimbang
KWSP terus menunjukkan prestasi kukuh dalam mengimbangi portfolio pelaburannya di dalam dan luar negara, sekali gus memastikan pulangan kompetitif kepada ahlinya.

Jaga, hormati sensitiviti agama dan budaya Malaysia - Aaron
Menteri Perpaduan Negara ingatkan semua pihak untuk tidak mencetuskan ketegangan atau perasaan benci antara penganut agama.

Fahmi arah MCMC siasat stesen radio persenda upacara agama lain
Pengurusan Astro dan stesen radio tersebut akan dipanggil ke ibu pejabat MCMC bagi memberikan penjelasan penuh.

KWSP: Kerajaan tidak cadang wajib pencarum Islam pilih Simpanan Syariah - PM
Rekod penyamaan dividen KWSP itu dijangka akan meningkatkan lagi keyakinan pencarum beragama Islam untuk menambah simpanan Syariah.

'Dia tinggalkan semua demi saya, anak' - Ridzuan Ridzokumura sifatkan Akiko isteri penyayang
Meski masih cuba untuk kuat dengan kehilangan besar itu, Ridzuan bagaimanapun reda dengan pemergian isteri tercinta.

3 penyampai radio ERA mohon maaf secara terbuka
Nabil, Radin, Azad Jasmin susun jari mohon maaf berhubung aksi mereka yang kurang menyenangkan dan menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India.
ERA FM mohon maaf atas kandungan tidak sensitif
Stesen radio ERA FM tampil memohon maaf secara terbuka selepas penyiaran kandungan yang menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India. ERA FM menegaskan tiada niat untuk menyinggung mana-mana pihak dan berjanji lebih berhati-hati pada masa hadapan.

Polis kesan tiga lagi suspek kes langgar lari di Jalan Klang Lama
Polis sedang mengesan tiga lagi suspek dalam kejadian langgar lari melibatkan dua kenderaan yang dipandu secara melulu di hadapan sebuah pusat hiburan di Jalan Klang Lama, di sini, awal pagi semalam.

Ibu dan teman lelaki disyaki dera kanak-kanak berusia tujuh tahun hingga mati ditahan
Seorang wanita dan teman lelakinya ditahan kerana disyaki mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun sehingga meninggal dunia di sebuah rumah di Taman Bukit Ampang dekat sini semalam.

Dua rakan didakwa rompak tiga individu termasuk wanita warga Rusia
Hakim tidak menawarkan jaminan kepada kedua-dua tertuduh dan menetapkan sebutan kes pada 7 Februari tahun depan.

Kes ganja: Reman pelawak dilanjut empat hari, rujuk pejabat pendakwaan
Lanjutan sehingga Sabtu itu dikeluarkan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan di Mahkamah Majistret Teluk Datok di Banting.

Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.

Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.

Tiga lelaki curi kabel TM ditahan selepas larikan diri 60 kilometer
Tiga lelaki yang disyaki mencuri kabel Telekom Malaysia Berhad (TM) berjaya ditahan manakala seorang lagi lolos setelah melarikan diri sejauh 60 kilometer (km) apabila dikejar oleh anggota polis.

Kes curi: Pembantu peribadi pelakon wanita dibebas dengan jaminan polis
Wanita itu ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes curi di rumah seorang pelakon wanita yang juga majikannya di Taman Cempaka membabitkan kerugian kira-kira RM30,000, pada 26 Jun lalu.

Polis tumpas 'Geng Vennu' terlibat kes pecah masuk premis perniagaan di Pahang
Polis menahan dua anggota kumpulan 'Geng Vennu' yang disyaki terlibat dalam beberapa kes pecah masuk premis perniagaan di Pahang.

Polis tahan dua pengasuh disyaki dera, abai kanak-kanak di taska
Polis menahan dua pengasuh wanita disyaki melakukan penderaan dan pengabaian kanak-kanak di sebuah taska di Semenyih, bulan lepas.