KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengenal pasti dan menyusun pelbagai pendekatan bagi menyelesaikan dua isu utama iaitu membabitkan pengurusan sekolah dan kebajikan guru di bawah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) 100 hari.
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin berkata dalam menyediakan infrastruktur pendidikan yang selamat dan kondusif, pihaknya telah memohon kepada kerajaan agar dilaksanakan pemutihan tanah supaya projek menaik taraf dan pembinaan semula sekolah daif dapat dilakukan segera.
Katanya ini penting kerana kekangan utama untuk menaik taraf dan membina semula sekolah daif di sesetengah kawasan adalah berkaitan status tanahnya yang masih belum menjadi milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP).
"Apabila ia bukan tanah PTP maka kami (KPM) tidak boleh bangunkan bangunan (sekolah) di tanah tersebut walaupun sudah ada peruntukan. Itu yang jadi banyak kelewatan (pembangunan bangunan sekolah).
"Sebab itu kami telah mohon diadakan pemutihan tanah kerana daripada lebih 10,000 sekolah di seluruh negara sebenarnya masih ada tanah yang bukan milik PTP. Ada tanah milik individu, diwakafkan tanpa dokumen lengkap, milik majlis tempatan, tanah hak adat Bumiputera (NCR) dan pelbagai lagi status," katanya dalam Program Bual Bicara Koresponden BERNAMA yang disiarkan Bernama TV hari ini.
Radzi berkata bagi kebajikan guru pula, KPM telah menambah baik urusan pertukaran guru dengan mengguna pakai Sistem eGTukar yang membenarkan permohonan dibuat secara berterusan berbanding hanya dua kali setahun, sebelum ini.
Katanya menerusi sistem itu, pertukaran guru akan dilakukan berasaskan pada kekosongan di negeri-negeri lain dan bukan hanya tertumpu di negeri yang dipohon.
"Jadi Sistem eGTukar ini mengambil kira kebajikan guru-guru sebagai Keluarga Malaysia dan insya-Allah kita boleh lihat bahawa dalam masa akan datang, jumlah guru yang akan ditukarkan itu akan lebih meningkat," katanya.
Sementara itu, dalam konteks pengambilan guru untuk mengisi lebih 18,000 kekosongan jawatan guru, Radzi berkata peluang itu turut ditawarkan kepada graduan di luar bidang pendidikan.
Bagaimanapun, beliau berkata setiap graduan yang dipilih perlu melalui latihan tertentu yang disediakan KPM bagi memastikan mereka kompeten untuk mengajar subjek yang ditugaskan.
"Dalam konteks ini (pengambilan) keutamaan kami memang kepada graduan yang memiliki ijazah pendidikan tetapi disebabkan ada bekalan (graduan pendidikan) tak cukup, jadi kami buka juga pengambilan untuk mereka yang tiada ijazah pendidikan.
"Mereka akan diberi lantikan secara kontrak perkhidmatan dan latihan. Ini antara pendekatan yang kami gunakan untuk tutup jurang berkenaan (jurang kekosongan)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 23 2021
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin ketika sesi temu bual program terbitan Bernama TV, 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Wisma Bernama hari ini. - Foto BERNAMA
Pengerusi ASEAN: Malaysia berpeluang tingkat kerjasama sektor takaful, takaful semula
Malaysia, yang akan menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan berpeluang memajukan kerjasama serantau dalam sektor kritikal termasuk dalam takaful dan takaful semula.
FGV sifatkan penangguhan EUDR sebagai peluang giatkan usaha kelestarian
FGV Holdings Bhd menyifatkan penangguhan penguatkuasaan EUDR sebagai peluang untuk pihaknya lebih giat melakukan perkara yang perlu dengan kalangan pekebun kecil.
NADMA bina lapan lagi pusat pemindahan kekal seluruh negara
Kerajaan merancang membina lapan lagi pusat pemindahan kekal (PPK) yang lengkap dengan kemudahan asas selesa di seluruh negara untuk kegunaan mangsa banjir.
EV pemacu peralihan hijau, atasi kebergantungan petrol - Liew
Penggunaan kenderaan elektrik (EV) perlu dilihat sebagai langkah penting dalam usaha peralihan hijau Malaysia selain mengurangkan kebergantungan negara terhadap bahan api petrol.
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
KPM beri guru, sekolah autonomi laksana ujian akhir sesi akademik 2024/2025
Kementerian Pendidikan (KPM) memberikan autonomi kepada guru dan sekolah dalam pelaksanaan ujian akhir sesi akademik bagi sesi 2024/2025.
Belanjawan 2025: KPM harap pemantapan ekosistem pendidikan diberi keutamaan
Fadhlina berkata KPM turut meminta kerajaan memperkenalkan lebih banyak inisiatif bagi memperkasakan sistem pendidikan negara.
Lebih 83,000 pelajar bakal terima manfaat Program Anak Kita - Fadhlina
Program itu merupakan salah satu keutamaan kerajaan, dengan fokus kepada Reformasi Pendidikan.
Semua pihak perlu kerjasama atasi masalah keciciran pelajar - PM Anwar
Sektor swasta dan masyarakat sivil perlu bergabung tenaga, memberi sokongan sebaiknya termasuk dalam aspek teknologi maklumat.
Program Intervensi Tahun 1 selama tiga bulan pastikan murid kuasai 3M - KP Pendidikan
Program tersebut berlangsung selama tiga bulan sebelum murid dibenarkan kembali ke kelas perdana.
KPM, MoF laksana program 'Anak Kita' atasi isu keciciran pembelajaran
Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Kewangan (MoF) hari ini mengumumkan kerjasama bagi melaksanakan program 'Anak Kita' sebagai usaha menangani masalah keciciran pembelajaran.
Sesi persekolahan bagi sekolah terjejas banjir, jadi PPS akan ditentukan KPM - PM Anwar
KPM akan mempertimbang untuk memberi kelonggaran kepada sekolah yang terlibat, termasuk cuti tambahan kepada pelajar dan murid.
KPM setuju 10 tuntutan dikemukakan kerajaan Sarawak bagi perkukuh pendidikan
KPM bersetuju sepenuhnya dengan 10 tuntutan dikemukakan kerajaan negeri Sarawak menerusi Jawatankuasa Tindakan Bersama Pembangunan Pendidikan dalam usaha memperkukuhkan pendidikan di Sarawak.
Malaysia umum pencalonan kerusi lembaga eksekutif UNESCO
Malaysia bersedia bersaing untuk mendapatkan kedudukan dalam Lembaga Eksekutif UNESCO.
Kelayakan masuk perkhidmatan awam minimum SPM dorong murid tamat persekolahan
Keputusan kerajaan untuk meningkatkan kelayakan masuk minimum ke dalam perkhidmatan awam kepada SPM menjadi pendorong kepada murid untuk menamatkan persekohan.