Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor telah mengambil inisiatif mengeluarkan pelan tindakan kontegensi pembelajaran murid bagi sekolah yang terjejas dengan insiden pencemaran udara di Pasir Gudang.
Ia termasuk memastikan guru di sekolah terjejas ini menyediakan jadual ganti terancang selepas insiden bencana.
Langkah itu agar peruntukan masa belajar setahun dipenuhi sebagaimana Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 7, 8 dan 9 tahun 2016.
Pengarahnya, Azman Adnan berkata JPNJ prihatin terhadap kelangsungan pembelajaran murid yang terkesan dengan insiden itu.
"Selain inisiatif ini, terdapat sekolah yang tidak terjejas khususnya di daerah berhampiran iaitu Johor Bahru menerima murid kelas peperiksaan mengikuti sesi pembelajaran di sekolah itu sebagai langkah sokongan kepada murid yang terjejas bencana.
"Malah guru-guru terlibat juga diminta supaya menyediakan bahan pembelajaran alternatif melalui pelbagai medium media seperti kaedah Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE), Aplikasi WhatsApp, Telegram, email dan Eduweb TV," katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.
Jelas Azman, bahan pembelajaran ini disediakan bagi memastikan murid masih dapat memperolehi pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan.
"Selain itu, buku teks, buku latihan dan buku aktiviti serta modul sedia ada yang dibina guru juga dijadikan bahan untuk murid belajar diluar sesi persekolahan formal.
"Ibu bapa dan penjaga boleh memantau dan membimbing murid dalam tempoh sekolah ditutup supaya mereka masih dapat meneruskan proses pembelajaran di rumah.
"JPNJ juga berharap langkah yang telah dan akan diambil pendidik ini khususnya di Pasir Gudang ini akan memberi impak kepada proses pembelajaran murid," menurut kenyataan itu lagi.
Astro Awani
Thu Jun 27 2019
![Pelan kontigensi pembelajaran murid Pasir Gudang Pelan kontigensi pembelajaran murid Pasir Gudang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/81561282820_pencemaranudara.jpg)
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor telah mengambil inisiatif mengeluarkan pelan tindakan kontegensi pembelajaran murid yang terjejas. - Gambar fail
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Sekolah baharu, kelas kabin antara inisiatif atasi isu sekolah padat - KPM Sekolah baharu, kelas kabin antara inisiatif atasi isu sekolah padat - KPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739774964_AZMANADNAN.jpg)
Sekolah baharu, kelas kabin antara inisiatif atasi isu sekolah padat - KPM
Kementerian Pendidikan mengenal pasti beberapa inisiatif bagi mengatasi isu kepadatan pelajar di sekolah, susulan peningkatan jumlah murid terutamanya di Selangor.
![Kertas SPM didakwa bocor: KPM ada SOP pengurusan peperiksaan Kertas SPM didakwa bocor: KPM ada SOP pengurusan peperiksaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736759492_TBBAP.jpg)
Kertas SPM didakwa bocor: KPM ada SOP pengurusan peperiksaan
Pihak KPM komited memastikan SOP berkenaan dipatuhi semua pihak terlibat sepanjang peperiksaan berlangsung.
![SPM: 133 pusat peperiksaan alternatif di enam negeri berisiko banjir SPM: 133 pusat peperiksaan alternatif di enam negeri berisiko banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71735786721_SPM.jpg)
SPM: 133 pusat peperiksaan alternatif di enam negeri berisiko banjir
Langkah tersebut antara mekanisme dan pelan integrasi bagi memastikan kesemua calon SPM di negeri berisiko banjir dapat menduduki peperiksaan.
![Banjir: Hanya SK Tembila yang masih digenangi air di Terengganu Banjir: Hanya SK Tembila yang masih digenangi air di Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71733118883_TBAzmanAdnan.jpg)
Banjir: Hanya SK Tembila yang masih digenangi air di Terengganu
Sebanyak 28 buah sekolah di Terengganu yang digenangi air banjir telah surut dan sedang menjalani proses pembersihan.
![883 sekolah di seluruh negara berisiko banjir - KP Pendidikan 883 sekolah di seluruh negara berisiko banjir - KP Pendidikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731574850_AzmanAdnan.jpg)
883 sekolah di seluruh negara berisiko banjir - KP Pendidikan
Sebanyak 883 sekolah termasuk rendah dan menengah dikenal pasti berisiko dilanda banjir di seluruh negara.
![Program Intervensi Tahun 1 selama tiga bulan pastikan murid kuasai 3M - KP Pendidikan Program Intervensi Tahun 1 selama tiga bulan pastikan murid kuasai 3M - KP Pendidikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61727238912_tbAzmanAdnanKPM.jpg)
Program Intervensi Tahun 1 selama tiga bulan pastikan murid kuasai 3M - KP Pendidikan
Program tersebut berlangsung selama tiga bulan sebelum murid dibenarkan kembali ke kelas perdana.
![Pemimpin pendidikan perlu lebih efisien tangani cabaran transformasi teknologi digital Pemimpin pendidikan perlu lebih efisien tangani cabaran transformasi teknologi digital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81726314390_TBAZMANADNAN.jpg)
Pemimpin pendidikan perlu lebih efisien tangani cabaran transformasi teknologi digital
Pemimpin pendidikan yang terdiri daripada pengetua dan guru besar (PGB) tidak boleh lagi bergantung kepada kaedah tradisional semata-mata.
![KPM sedia beri peluang kepada 402 kanak-kanak mangsa eksploitasi peroleh pendidikan KPM sedia beri peluang kepada 402 kanak-kanak mangsa eksploitasi peroleh pendidikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726308802_TBAZMANADNAN.jpg)
KPM sedia beri peluang kepada 402 kanak-kanak mangsa eksploitasi peroleh pendidikan
Kementerian Pendidikan sedia memberi peluang pendidikan kepada 402 kanak-kanak yang didakwa menjadi mangsa eksploitasi, pengabaian dan penganiayaan.
![122,062 murid Tahun Satu ikuti Program Intervensi Literasi dan Numerasi 122,062 murid Tahun Satu ikuti Program Intervensi Literasi dan Numerasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71725862222_TBAzmanAdnan.jpg)
122,062 murid Tahun Satu ikuti Program Intervensi Literasi dan Numerasi
Seramai 122,062 murid Tahun Satu di seluruh negara ini dipilih mengikuti Program Intervensi Literasi dan Numerasi bermula bulan lepas.
![Lima sekolah rendah di Sabah dipilih Projek Rintis Sekolah Digital Lima sekolah rendah di Sabah dipilih Projek Rintis Sekolah Digital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718399860_projekrintissekol.jpg)
Lima sekolah rendah di Sabah dipilih Projek Rintis Sekolah Digital
Lima sekolah rendah di Sabah dipilih untuk melaksanakan Projek Rintis Sekolah Digital ke arah melahirkan lebih ramai murid fasih digital.