KOTA KINABALU: Lima sekolah rendah di Sabah dipilih untuk melaksanakan Projek Rintis Sekolah Digital ke arah melahirkan lebih ramai murid fasih digital yang mampu menggunakan teknologi secara bersepadu, kreatif, inovatif, bertanggungjawab dan beretika.
Sekolah terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Lapasan, Kota Kinabalu; dua sekolah dari Papar iaitu SK Pengalat Kecil dan SK Buang Sayang; manakala dua lagi adalah SK Tansau dan SK Pekan Putatan di Penampang.
Projek buat julung kali diadakan di Sabah itu menyaksikan kerjasama antara Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan Yayasan Didik Negara (YDN), sebuah yayasan kelolaan Kementerian Pendidikan bagi menyokong Dasar Pendidikan Digital.
Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan berkata, sebanyak 1,350 unit Peranti Tablet Didik Tab akan diberikan kepada lima sekolah tersebut untuk disediakan kepada murid Tahun 1 hingga Tahun 5 agar dapat digunakan sebagai buku teks digital dalam sesi pembelajaran.
"Peranti Tablet Didik Tab ini merupakan peranti yang telah dimuat naik buku teks digital sekolah rendah dan boleh diakses tanpa menggunakan capaian internet," katanya ketika berucap merasmikan majlis peluncuran projek itu di SK Lapasan, di sini, pada Jumaat.
Majlis itu diadakan sempena lawatan kerja beliau ke Sabah bagi mewakili Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Turut hadir Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud yang juga Ahli Parlimen Sepanggar dan Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Raisin Saidin.
Azman berkata, pemberian peranti tablet itu adalah zakat Permodalan Nasional Berhad (PNB) kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan disalurkan kepada YDN dengan jumlah peruntukan sebanyak RM455,000.
Beliau berkata, pihaknya percaya Projek Rintis Sekolah Digital adalah satu langkah penting dalam menyediakan akses kepada murid untuk memperkasa pembelajaran interaktif.
Selain itu, menurutnya, dengan menggunakan peranti digital dan aplikasi pembelajaran, guru-guru juga akan dapat menjalankan sesi pembelajaran dengan lebih menarik dan efektif.
Beliau turut menggesa semua pihak untuk menyokong pendidikan digital sebagai wadah penting di sekolah bagi melahirkan kemenjadian murid pada tahap optimum sejajar dengan perkembangan teknologi dan digital yang pesat ketika ini.
"Saya percaya penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan akan dapat memupuk dan melahirkan lebih ramai generasi cemerlang dan terbilang kepada pembangunan negara yang mampan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Fri Jun 14 2024

Lima sekolah rendah di Sabah dipilih untuk melaksanakan Projek Rintis Sekolah Digital ke arah melahirkan lebih ramai murid fasih digital yang mampu menggunakan teknologi secara bersepadu, kreatif, inovatif, bertanggungjawab dan beretika.

KEB setahun: Pemetaan kluster, 3P pemacu agenda perkasa bumiputera - Pakar
Agenda pemerkasaan bumiputera perlu berteraskan tumpuan terhadap aspek pemetaan kluster dan penguasaan sektor strategik bagi memastikan kehadiran golongan itu di setiap peringkat.
AWANI 7:45 [28/2/2025] – Jangan Derhaka | Longgar Syarat Perhimpunan Awam | Yakin Bebas Dari Penjara Wilayah Narathiwat | Lintas Langsung Dari Lokasi
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqman Hariz
Tumpuan #AWANI745 malam ini
Jemaah Menteri junjung titah supaya tidak berterusan bahas Titah Adendum
Jangan ambil kesempatan kelonggaran perhimpunan aman, kata PM
Penyanyi lagu 'Bae Soba Bae', yakin dibebaskan
Bila puasa? Ikuti laporan langsung penentuan tarikh dan pengumuman Ramadan
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
Jemaah Menteri junjung titah supaya tidak berterusan bahas Titah Adendum
Jangan ambil kesempatan kelonggaran perhimpunan aman, kata PM
Penyanyi lagu 'Bae Soba Bae', yakin dibebaskan
Bila puasa? Ikuti laporan langsung penentuan tarikh dan pengumuman Ramadan
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

Alami kesukaran bernafas, Pope Francis berehat semalam lagi di hospital
Pope Francis, yang telah dimasukkan ke hospital sejam dua minggu lalu kerana mengalami serangan pernafasan, menghabiskan satu lagi malam berehat di hospital pada Jumaat.

Warga berhampiran lokasi kematian Gene Hackman masih terkejut, sedih
Warga di Santa Fe, New Mexico, lokasi bintang veteran Hollywood, Gene Hackman memilih untuk bersara, masih terkejut dan sedih dengan kematian pelakon berusia 95 tahun itu.

Lebih 20,000 murid sekolah terima tajaan makan tengah hari - Bernas
Lebih 20,000 murid sekolah rendah yang kurang berkemampuan daripada 97 sekolah menerima bantuan berbentuk tajaan makan tengah hari seimbang menerusi Promak sejak Januari 2022.

TNB: Menjana masa depan, 60% keuntungan disalur kembali kepada rakyat
TNB sebagai sebuah GLC yang bertanggungjawab, komited terhadap kemampanan kewangan dan melabur semula kejayaannya kepada Malaysia.

Bursa Malaysia ditutup rendah susulan sentimen lemah ekoran pengumuman tarif AS
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dengan indeks petunjuk pasaran turun 0.75 peratus sejajar dengan prestasi pasaran serantau lain.

Terma perdagangan Malaysia naik 0.6 peratus pada Januari 2025 - DOSM
Terma perdagangan Malaysia berkembang 0.6 peratus bulan ke bulan kepada 118.4 mata pada Januari 2025, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

MYCC kenakan penalti lebih RM92 juta ke atas lapan perusahaan terlibat tipuan bida
MyCC mengenakan penalti berjumlah RM92,876,078.90 terhadap lapan perusahaan kerana terlibat dalam kartel tipuan bida melibatkan dua tender.
Tarikh 1 Ramadan 1446H jatuh pada 2 Mac 2025, Ahad
Umat Islam di seluruh negara akan mula berpuasa pada Ahad (2 Mac 2025)
Perkara itu diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dalam pengumuman khas yang disiarkan pada Jumaat.
#AWANInews
Perkara itu diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dalam pengumuman khas yang disiarkan pada Jumaat.
#AWANInews

Kadar keciciran pelajar sekolah rendah dan menengah menurun - KPM
2,873 pelajar merangkumi 883 murid sekolah rendah dan 1,990 murid sekolah menengah telah dikembalikan ke sekolah pada tahun lepas.

KPM terus fokus tangani isu keciciran pelajar - Fadhlina
Isu keciciran pelajar akan terus menjadi fokus utama Kementerian Pendidikan (KPM) sepanjang tahun ini, kata Menterinya Fadhlina Sidek.

Polis tahan guru penolong kanan, disyaki cabul pelajar 12 tahun
Guru berumur 37 tahun dan masih bujang itu didakwa memeluk, mencium serta mengirim gambar tidak senonoh kepada pelajar perempuan berkenaan.

Thailand sasar sejuta pelajar tercicir kembali ke sekolah
Thailand telah memulakan inisiatif di seluruh negara untuk menangani isu keciciran pembelajaran melalui dasar "Thailand Zero Dropout".

Lima sekolah rendah di Sabah dipilih Projek Rintis Sekolah Digital
Lima sekolah rendah di Sabah dipilih untuk melaksanakan Projek Rintis Sekolah Digital ke arah melahirkan lebih ramai murid fasih digital.

Angkasa sedia bantu PIBG sekolah rendah tubuhkan koperasi
Angkasa bersedia membantu kira-kira 7,780 PIBG di peringkat sekolah rendah kebangsaan seluruh negara bagi menubuhkan koperasi.

India: Pencemaran udara berterusan, sekolah di New Delhi ditutup
Penduduk di New Delhi dan kawasan sekitarnya terus menghadapi tahap pencemaran udara yang sangat tidak sihat, memaksa pihak berkuasa menutup sekolah rendah dan melaksanakan langkah-langkah tambahan.

Sekolah K9 dan K11 solusi masalah murid keciciran - KPM
Faktor jarak antara tempat tinggal dan sekolah juga menyebabkan ramai murid yang tercicir persekolahan.

MAIDAM peruntuk zakat pendidikan RM68.1 juta
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) memperuntukkan RM68.1 juta untuk bantuan zakat pendidikan Terengganu bagi tahun ini.

Ribuan penujuk perasaan menentang keganasan di Serbia
Antara tuntutan penujuk perasaan termasuk peletakan jawatan menteri dalam kerajaan kerana gagal melindungi rakyat daripada keganasan.