SHAH ALAM: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) bersedia membantu kira-kira 7,780 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di peringkat sekolah rendah kebangsaan seluruh negara bagi menubuhkan koperasi.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Fattah Abdullah berkata, di samping menanam budaya keusahawan secara tidak langsung kepada semua pihak yang terlibat, hasil keuntungan koperasi itu juga boleh digunakan dalam menggerakkan aktiviti PIBG berkaitan kecemerlangan dan pembelajaran di sekolah.
Katanya, setakat tahun lalu, sebanyak 22 koperasi PIBG dan alumni di peringkat sekolah rendah kebangsaan di seluruh negara telah ditubuhkan bagi usaha tersebut.
"Kita sedia maklum, bukan semua ibu bapa mampu untuk menawarkan atau menyumbang dalam bentuk kewangan. Susulan itu PIBG digalakkan untuk menggunakan platform yang tepat dan berkesan untuk mengumpulkan dana bagi meluaskan lagi peranan mereka.
"Oleh itu, Angkasa sebagai badan apeks koperasi yang diiktiraf oleh kerajaan sentiasa memberi sokongan dan galakan kepada badan bukan kerajaan dan persatuan terutama PIBG serta alumni sekolah untuk menubuhkan koperasi," katanya selepas merasmikan Mesyuarat PIBG ke-29 Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Alam Megah, di sini, pada Sabtu.
Abdul Fattah berkata, melalui koperasi PIBG yang ditubuhkan, mereka juga boleh menjadi penaja kepada aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah selain menjalankan perniagaan bagi memenuhi keperluan anggota koperasi dan komuniti di sekolah.
"Dan inilah antara sebab saya hadir ke SK Taman Alam Megah kerana sekolah ini akan menubuhkan koperasi PIBG dalam jangka masa terdekat," katanya.
Dalam pada itu, Abdul Fattah berkata, koperasi di Malaysia turut menyumbang 2.7 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) 2023 dengan perolehan sebanyak RM64.5 bilion dengan koperasi sekolah turut menjadi penyumbang kepada jumlah itu.
Mengulas lanjut, kata beliau, 23 buah koperasi sekolah menengah kebangsaan turut mencapai perolehan sebanyak RM1 juta manakala satu lagi mendapat perolehan RM2 juta.
"Ini jelas menunjukkan koperasi berjaya menjadi platform yang mampu memupuk keusawanan dalam segenap peringkat umur.
"Apatah lagi koperasi yang diwujudkan oleh PIBG yang sudah pasti terdapat pemikir dan penggerak yang hebat," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sat May 11 2024

Abdul Fattah berkata, koperasi di Malaysia turut menyumbang 2.7 peratus kepada KDNK 2023 dengan perolehan sebanyak RM64.5 bilion dengan koperasi sekolah turut menjadi penyumbang kepada jumlah itu. - Gambar Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Trudeau umum pembangunan rangkaian kereta api berkelajuan tinggi pertama di Kanada
Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau mengumumkan pada Rabu yang Kanada sedang membangunkan rangkaian kereta api berkelajuan tinggi di koridor Toronto-Quebec City.

Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.

Malaysia di trajektori tepat jadi pusat teknologi serantau - MCCA
Sektor teknologi digital menerima pelaburan RM163.6 bilion, mengatasi nilai pelaburan digital diluluskan pada 2023 sebanyak 250 peratus.

Pertumbuhan KDNK di rantau Asia-Pasifik diunjur perlahan kepada 3.7 peratus tahun ini
KDNK seluruh rantau Asia-Pasifik (APAC) diunjurkan perlahan kepada 3.7 peratus pada 2025 daripada jangkaan 3.9 peratus pada 2024.

Disiplin fiskal kerajaan MADANI tingkatkan keyakinan pelabur
Disiplin fiskal kerajaan MADANI berjaya mengurangkan defisit fiskal daripada 5.5 peratus pada 2022 kepada 4.1 peratus pada 2024.

MDEC sasar sumbangan ekonomi digital 25.5 peratus kepada KDNK Malaysia pada akhir 2025
MDEC akan menyokong Malaysia untuk mencapai atau melepasi sumbangan ekonomi digital sebanyak 25.5 peratus kepada KDNK pada akhir 2025.

Pertumbuhan KDNK Malaysia dijangka kekal kukuh 4.9 peratus pada 2025
Malaysia dijangka menyaksikan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang kekal kukuh pada 4.9 peratus bagi tahun ke tahun pada 2025.

Pelaburan: Ini 3 strategi berdepan risiko geopolitik dan kadar faedah tinggi
Dalam persekitaran ekonomi global yang penuh ketidaktentuan, pelabur perlu lebih strategik dalam membuat keputusan.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit melonjak kepada 4.4265/4350 berbanding dolar AS daripada 4.4310/4385 pada Jumaat lepas.

MITI akan perkukuh usaha tarik pelaburan susulan prestasi kukuh KDNK 2024
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata KDNK Malaysia pada 2024 mengatasi sasaran, didorong oleh pelaburan dan eksport.