CYBERJAYA:Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil maklum tentang kejadian tiga orang pelajar yang dilaporkan telah terjatuh ketika menyusuri jambatan gantung untuk mendapatkan rangkaian Internet bagi mengikuti kelas dalam talian di Kampung Gusi, Sabah baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan, MCMC memberitahu mereka sedang mengusahakan penyelesaian sementara dengan sokongan Common Tower Technologies Sdn Bhd (CTT), bagi menyediakan perkhidmatan jalur lebar kepada Kampung Gusi melalui teknologi VSAT.
"Inisiatif ini merupakan usaha tanggungjawab sosial korporat daripada pihak CTT dan pemasangan VSAT akan dilaksanakan selewat-lewatnya pada 15 Disember 2020.
"Selain itu, tiga menara telekomunikasi akan dibina berhampiran Kampung Gusi di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).
BACA: Dua beradik daki bukit, panjat pokok untuk dapat Internet ikuti kelas dalam talian
"Lokasi-lokasi tersebut telah dinyatakan di dalam dokumen tender yang dikeluarkan oleh MCMC pada 20 November 2020," kenyataan itu menyebut.
MCMC bersimpati dengan nasib tiga pelajar berkenaan dan menasihatkan agar pelajar tidak membahayakan diri dalam usaha mencari capaian internet.
Astro Awani
Mon Nov 30 2020

Penyelesaian sementara dapat kerjasama CTT, manakala tiga menara telekomunikasi akan dibina berhampiran Kampung Gusi di bawah pelan JENDELA.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

MCMC terbit laporan Rundingan Awam Draf Kod Tatalaku (Amalan Terbaik)
MCMC hari ini menerbitkan laporan mengenai Rundingan Awam berhubung Draf Kod Tatalaku (Amalan Terbaik) untuk Penyedia Perkhidmatan Pesanan Internet dan Penyedia Perkhidmatan Media Sosial.

Mohamad Salim dilantik semula sebagai Pengerusi MCMC
Menurut laporan media sebelum ini, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil melanjutkan tempoh perkhidmatan Mohamad Salim pada Isnin.

MCMC nafi jadi alat kerajaan untuk tutup mulut pengkritik
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menafikan pihaknya dijadikan sebagai alat bagi menutup mulut pengkritik kerajaan.

MCMC sokong tiada caj tambahan bagi akses 5G
MCMC akan memastikan setiap penyedia perkhidmatan rangkaian mudah alih mematuhi komitmen yang telah dinyatakan.

MCMC ingatkan orang ramai tidak sebar gambar, kandungan pelajar maut dilanggar
MCMC dalam kenyataan malam ini memaklumkan tindakan undang-undang boleh dikenakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Bertindak mengikut akta bukan sekat kebebasan media, MCMC jawab RSF
Tindakan yang dibuat adalah bagi memastikan penyebaran maklumat dilakukan secara bertanggungjawab dan tanpa menyebarkan fitnah.

Jangan muat naik, kongsi kandungan hina Institusi Diraja - SKMM
SKMM akan pantau dan tindakan penguatkuasaan bersama PDRM akan diambil terhadap pihak yang melakukannya.

KKD tidak kekang kebebasan media lapor berita - Fahmi
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) tidak akan mengekang kebebasan pengamal media di negara ini untuk melaporkan berita.

MCMC buka kertas siasatan terhadap Awesome TV
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 206 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi menyiasat laporan dikeluarkan Awesome TV.

MCMC keluar 112 kompaun bernilai lebih RM4 juta bagi tahun 2022
Sebanyak 106 kompaun telah dikeluarkan kepada pemegang lesen MCMC dengan nilai kompaun sebanyak sebanyak RM4.616 juta.