Menurut laporan media sebelum ini, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil melanjutkan tempoh perkhidmatan Mohamad Salim pada Isnin.
Mohamad Salim dilantik sebagai Pengerusi MCMC bagi dua tahun bermula 1 Mac 2023 hingga 29 Februari 2025.
Dilaporkan, di bawah pimpinan beliau, MCMC mencatatkan prestasi kewangan terbaik dengan pendapatan bersih RM1.13 bilion tahun lepas iaitu peningkatan 38 peratus berbanding RM820.6 juta pada tahun sebelumnya.
-- BERNAMA